Assalamualaikum...Salah satu sebab kenapa akak berminat dgn gardening adalah perasaan (bukan perasan ok!) apabila melihat tanaman mula membesar & berhasil. Tapi bukan semua tanaman boleh berbuah begitu saja. Dah cuba tanam kacang panjang, jagung, cili, semua senang2 je berbuah. Tapi labu...tak pernah menjadi.
Boleh kata tiap2 pagi I akan melawat pokok2 labu, intai2 mana la tahu ada buah yang menjadi. Pokok2 labu tumbuhnya bukan main subur menjalar. Memang tak dinafikan benih labu antara yang paling senang bercambah menjadi pokok. Pantang ditabur aje, selang beberapa hari tumbuhlah anak2 pokoknya. Dari seminggu ke seminggu ia membesar, maka muncullah pula bunga2nya yang kekuningan. Cantik bunga labu ni..tengok di bawah tu....
Tapi setakat melihat bunga2nya yang cantik tu saja la. I memang hairan kenapa bunga2 labu semuanya layu & mati begitu saja..takde satu pun yang survived. Faham2 je la I ni baru nak belajar ilmu2 berkebun ni, memang banyak yg tak tahu.
Alhamdulillah, akhirnya segala persoalan tentang labu telah terjawap setelah akak bertemu blog Ummuaidan. Terima kasih akak ucapkan atas info yang dikongsikan tu. Kalau nak tahu dgn lebih detail sila klik AKU DI FIJI ISLAND
Memang excited & tak sabar2 nak try cara yang Ummuaidan praktikkan tu. Kebetulan tengah ada bunga2 betina & jantan so, the next morning terus cuba and the result memang tak mengecewakan.
The first step anda kena identify dulu yang mana satu bunga betina & yang mana jantan. Kalau ini pun fail jgn nak berangan boleh jadi labu ya...Macam I ni boleh la nak berlagak sikit konon2nya sebab dah kenal walaupun pada hakikatnya baru2 ni je kenal...hehe
Tengok di gambar atas...tu bunga betina. Jika proses pendebungaan berlaku pada bunga ni, Insya Allah labu akan membesar...
Nampak tak di bahagian belakang bunga tu ada sebiji buah labu kecil?Bahagian inilah yang akan membesar nanti. So, macamana proses pendebungaan ni boleh berlaku? Waktu sekolah rendah pun ada belajar subject Sains kan...antaranya ia boleh berlaku dengan bantuan haiwan, serangga, angin & air.
Dah jelas kan, bunga2 labu I semua tak berjaya didebungakan dengan bantuan di atas. Mungkin disebabkan kedudukan bunga betina & jantan yang terletak jauh antara satu sama lain yang tak memungkinkan pendebungaan terjadi secara nature. Jalan lain untuknya adalah membuat pendebungaan sendiri secara manual.
Bunga yang di atas ni bunga jantan. Kalau dilihat bahagian tengahnya ada debunga2 halus berwarna kekuningan. Gunakan berus lukisan dan sapukan dibahagian debunga sehingga ia melekat sebanyak mungkin pada berus. Kemudian ia dipindahkan ke bahagian tengah bunga betina sehingga melekat kesemuanya.
Tunggu beberapa hari & sekiranya pendebungaan itu telah berjaya bunga betina akan menguncup maka proses pembesaran buah labu kecil itu sudah bermula.
Dengan ilmu tersebut akhirnya akak berjaya dapat 2 buah labu. Jika anda lihat bentuknya memang berbeza antara satu sama lain kan! Sebab ia tumbuh dari biji2 labu yang akak main campak je setiap kali beli labu. Seronok pantau perkembangan buah2 labu ni.
Dah rezeki, labu yang dihasilkan adalah sebesar ini saja. I pun tak sure bila waktu yang sesuai nak harvest labu ni. Tunggu punya tunggu, kulit labu pun dah semakin kuning..so, akak pun petik je.
Bila dibelah labu ni gembiranya hati dapat tengok isi labunya cukup tebal & warna isi pun cantik kuningnya. Rasa labu ni pun manis & isinya lembut & gebu. Sesetengah labu ada yang isinya kasar kan..tapi my first pumpkin tak mengecewakan.
Cuma kalau la labu I dapat membesar lagi...mungkin tak cukup baja kot!
Masakan lemak labu adalah favourite anak2 I. Suka sangat la depa kalau makan berkuah2 begini. Senang jaga betul anak2 I ni...bagus3 ;-) Cara memasaknya pun simple je tapi ada juga resepinya di bawah ni ya....
LABU MASAK LEMAK
BAHAN BAHANNYA
Labu dipotong sederhana besarnya
Beberapa batang chinese leek dikerat2 pendek
1/2 bawang besar dimayang nipis2
Seulas bawang putih dihiris halus2
Sebiji cili merah dipotong nipis2
Segenggam udang kecil
Semangkuk santan sederhana pekat
1/2 mangkuk santan cair
1/2 sudu teh garam
Sedikit gula
CARA MENYEDIAKANNYA
- Campurkan potongan labu dengan santan cair dalam periuk dan rebuskan sehingga isi labu menjadi empuk. Keluarkan dulu isi labu & ketepikan.
- Campurkan santan pekat, bawang besar, bawang putih, cili merah & udang kedalam periuk yang sama. Api sederhana & biarkan kuah santan mendidih sambil dikacau2 selalu
- Masukkan chinese leek, diikuti dengan isi labu yang sudah empuk tadi. Kacau2kan
- Sesuaikan rasanya dengan memasukkan garam dan sedikit gula. Biarkan ia mendidih sebentar saja dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.