Assalamualaikum... Bagaimana dengan hari anda? Mungkin disaat ini ada yang sedang hidup bergembira, ada yang sedang sibuk menepati janji & menabur janji yang belum pasti. Realitinya pada masa ini, anggota2 keselamatan negara sedang mempertaruhkan nyawa, berusaha menangani masalah pencerobohon di Lahat Datu Sabah. Sekalung doa untuk kesemua ahli pasukan PDRM & 21RAMD yang sedang berjuang menentang penceroboh2 durjana itu.
Mengalir airmata ini bila satu demi satu berita yang melibatkan kehilangan nyawa anggota kita. Apatah lagi bagi keluarga mereka disaat menerima berita sedih itu. Al Fatihah untuk kesemua wira negara yang terkorban dan takziah buat keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & diletakkan bersama orang2 yang beramal soleh. Kuasa Allah swt sahajalah yang dapat memberi perlindungan & memberi kemenangan kepada kesemua anggota keselamatan negara yang masih berjuang di sana. Amin
Berbalik kepada cerita pisang pulak ya..Tak lama dulu ada customer minta dimasakkan masak lemak pisang muda sebagai salah satu menu. Disebabkan akak kurang minat pisang muda dimasak lemak so akak pun suruh hubby cari lagi pisang emas muda. Pisang lain tak nak sebab tukang masak tak berkenan.
Bila dah siap hidangan ni seperti yang dijangkakanlah yang memakannya hanyalah mama & babah je. Anak2 semua buat muka pelik, dipaksa makan pun tak dapat nak telan..huhuhu..tekak omputih ke pun??? I dulu kecik2 elok je makan tau, memang favourite dish ni cuma I tak dapat selalu memasaknya dirumah sebab anak2 yang tak reti memakannya...
Apa2pun yang penting memang lazat tak terkiralah bila dapat mengadap lauk sebegini. Kena pulak sambal belacan, huishhh mak aiii berpeluh2..hehe..Resepi macam kat bawah tu ya. Bagi yang tak pernah memakannya, apa kata mencubanya. Mana lah tahu sesuai dengan jiwa raga kan. Kadang2 kalau tak cuba mana nak tahu..jgn jadi mcm anak2 I tu...huhu..(nangis lagi)
BAHAN BAHANNYA
- 10 biji pisang emas muda (disiat kulitnya, belah tengah,kerat 2 setiap satu & rendam dlm air)
- 2 sudu besar rempah kari ikan
- 1 mangkuk santan sederhana pekat dari 1/2 biji kelapa saiz besar
- Beberapa ketulan ikan merah kering (direndam sebentar & toskan)
- 3-4 biji cili padi diketuk2
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- 3 ulas bawang merah dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih dihiris nipis
- 1 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia
CARA MEMBUATNYA
- Mula2, panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan2 penumis sehingga garing kekuning2an.
- Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar, diikuti dengan rempah kari ikan. Akak biasanya tak campurkan air, letak terus serbuk rempah lalu dikacau2, bila nampak garing baru masuk sedikit air supaya tak terlalu kering
- Apabila rempah sudah cukup garingnya masukkan ikan kering dan kacau2kan sebentar biar mesra dengan rempah tersebut
- Diikuti dengan santan, kacau2kan sehingga mendidih perlahan2 dan terus dimasukkan pisang muda yang sudah ditoskan airnya terlebih dahulu
- Biarkan pisang tadi masak perlahan2 sambil dikacau sekali sekala, apabila pisang sudah empuk masukkan asam gelugur diikuti dengan cili padi & garam secukup rasa
- Biarkan ia mendidih sebentar sahaja lagi dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan
Inilah sebahagian dari pokok2 pisang yang sempat ditanam. Ambil gambarnya baru kejap tadi. Nampak macam elok je naiknya. Ada pokok pisang emas, berangan & abu.
Anak2 pokok pisang ni ditanam serentak tapi ada yang dah jadi lebih besar dari yang lain. Bergantung pada jenis pisang & anak benihnya kot....Kita wait n see je lah nanti ya. :))