Assalamualaikum... Bagaimana dengan hari anda? Mungkin disaat ini ada yang sedang hidup bergembira, ada yang sedang sibuk menepati janji & menabur janji yang belum pasti. Realitinya pada masa ini, anggota2 keselamatan negara sedang mempertaruhkan nyawa, berusaha menangani masalah pencerobohon di Lahat Datu Sabah. Sekalung doa untuk kesemua ahli pasukan PDRM & 21RAMD yang sedang berjuang menentang penceroboh2 durjana itu.
Mengalir airmata ini bila satu demi satu berita yang melibatkan kehilangan nyawa anggota kita. Apatah lagi bagi keluarga mereka disaat menerima berita sedih itu. Al Fatihah untuk kesemua wira negara yang terkorban dan takziah buat keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & diletakkan bersama orang2 yang beramal soleh. Kuasa Allah swt sahajalah yang dapat memberi perlindungan & memberi kemenangan kepada kesemua anggota keselamatan negara yang masih berjuang di sana. Amin
Berbalik kepada cerita pisang pulak ya..Tak lama dulu ada customer minta dimasakkan masak lemak pisang muda sebagai salah satu menu. Disebabkan akak kurang minat pisang muda dimasak lemak so akak pun suruh hubby cari lagi pisang emas muda. Pisang lain tak nak sebab tukang masak tak berkenan.
Bila dah siap hidangan ni seperti yang dijangkakanlah yang memakannya hanyalah mama & babah je. Anak2 semua buat muka pelik, dipaksa makan pun tak dapat nak telan..huhuhu..tekak omputih ke pun??? I dulu kecik2 elok je makan tau, memang favourite dish ni cuma I tak dapat selalu memasaknya dirumah sebab anak2 yang tak reti memakannya...
Apa2pun yang penting memang lazat tak terkiralah bila dapat mengadap lauk sebegini. Kena pulak sambal belacan, huishhh mak aiii berpeluh2..hehe..Resepi macam kat bawah tu ya. Bagi yang tak pernah memakannya, apa kata mencubanya. Mana lah tahu sesuai dengan jiwa raga kan. Kadang2 kalau tak cuba mana nak tahu..jgn jadi mcm anak2 I tu...huhu..(nangis lagi)
BAHAN BAHANNYA
- 10 biji pisang emas muda (disiat kulitnya, belah tengah,kerat 2 setiap satu & rendam dlm air)
- 2 sudu besar rempah kari ikan
- 1 mangkuk santan sederhana pekat dari 1/2 biji kelapa saiz besar
- Beberapa ketulan ikan merah kering (direndam sebentar & toskan)
- 3-4 biji cili padi diketuk2
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- 3 ulas bawang merah dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih dihiris nipis
- 1 tangkai daun kari
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia
CARA MEMBUATNYA
- Mula2, panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan2 penumis sehingga garing kekuning2an.
- Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar, diikuti dengan rempah kari ikan. Akak biasanya tak campurkan air, letak terus serbuk rempah lalu dikacau2, bila nampak garing baru masuk sedikit air supaya tak terlalu kering
- Apabila rempah sudah cukup garingnya masukkan ikan kering dan kacau2kan sebentar biar mesra dengan rempah tersebut
- Diikuti dengan santan, kacau2kan sehingga mendidih perlahan2 dan terus dimasukkan pisang muda yang sudah ditoskan airnya terlebih dahulu
- Biarkan pisang tadi masak perlahan2 sambil dikacau sekali sekala, apabila pisang sudah empuk masukkan asam gelugur diikuti dengan cili padi & garam secukup rasa
- Biarkan ia mendidih sebentar sahaja lagi dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan
Inilah sebahagian dari pokok2 pisang yang sempat ditanam. Ambil gambarnya baru kejap tadi. Nampak macam elok je naiknya. Ada pokok pisang emas, berangan & abu.
Anak2 pokok pisang ni ditanam serentak tapi ada yang dah jadi lebih besar dari yang lain. Bergantung pada jenis pisang & anak benihnya kot....Kita wait n see je lah nanti ya. :))
Assalamualaikum Kak..Bersama-sama kita doakan keselamatan mereka yang berada di barisan hadapan mempertahan tanah air dan kedaulatan negara...
ReplyDeleteDan pisang itu...memang tak pernah makan di masak macam ni...
semoga roh kesemua pahlawan yang terkorban ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin...sedapnya gulai pisang...
ReplyDeleteWahh, terliur nengok gulai ....Sabarr jerr...Hargailah anggota keselamatan kiter yg snggup brkorban utk negara tercinta... Al-Fatihah ...
ReplyDeleteMenariknya saya pula tak pernah masak pakai pisang macam ni kecuali kalau buat kuih. Bolehlah saya cuba.
ReplyDeleteassalam, pisang muda ni selain dibuat kari blh jugak dibuat nasak lemak cili api kan..
ReplyDeleteDah lama tak masak gulai pisang emas muda dengan ikan bilis..sebab susah nak cari pisang emas muda. Sedap nampak bila tengok lauk di atas.
ReplyDeletemasa saya kecik dulu , mak selalu masak pisang muda dimasak lemak . Mak saya masukkan sekali kulitnya . Saya lebih suka makan kulitnya ...
ReplyDeleteAS SALAM kak Ina....nanti singgah umah ye amik award....
ReplyDeleteEntry yang menarik..
ReplyDeletesaya dah follow blog nhe dan jangan lupa follow balik yerr :)
Terima kasih~salam ukhuwah
www.kamarularnizam.blogspot.com
salam kak lina...
ReplyDeletekak.. lain kali kalau masak tak abis mkn meh hantar semangkuk kat saya ye... gerenti licin punya.. heheheee...
mmg faveret gulai pisang ni tak kiralah msk mcmana pun.. selalunya sy msk lemak je... dua versi satu versi lada hitam & satu lagi versi cili padi.. msk kari rasanya belum pernah cuba.. nnt bolehla cuba... nampak sdp sgt tu kak...
wah sedapnya..heheheh
ReplyDeletesalam kak..sy khai n latest follower akk..thnks kongsi resepi...mmg sy suke mkn gulai pisang..tp xtau plak blh msk kari pasni nk try lh hihi
ReplyDeleteSalam 6 Ramadhan kak azlina,
ReplyDeleteGulai macam ni, berselera makan masa berbuka.
Moga segalanya dipermudahkan Allah. Saya mohon maaf atas salah dan silap sepanjang kita kenal ya kak . :)
Assalammualaikum kak lina..apa khabar? Maaf lama x singgah ke cni. Btw Selamat hari raya aidilfitri buat akk n fmili..maaf zahir n batin.
ReplyDeleteFollower ke : 432
ReplyDeleteHai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
salam kenal dan follow
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
Assalammualaikum kak ina..lama saya tak singgah jengah2 org kampar..he he sedapnya gulai pisang emas muda ni..terliuq
ReplyDeleteWaalaikumussalam kerull, terima kasih sudi menjenguk ya! Blog dah setahun tak berupdate, ni baru nak cuba cari masa..tengok la camne nanti...
DeleteAs salam..salam kenal dari cheq da..follow blog
ReplyDeletewaaaa...sedapnye! ^_^
ReplyDelete