Sunday, September 16, 2012

GIGIH MEMASAK SAMPAI TAK TIDUR


 Assalamualaikum...Salah satu cabaran memasak untuk tempahan katering esp dlm kuantiti yang besar adalah untuk menyiapkan semua juadah on time & memastikan semuanya menyelerakan. Bagi akak adalah perkara biasa jika tak tidur semalaman apabila dapat tempahan sebegini. Bila diceritakan pada orang (yg bertanya), rata2 semua berkata yang depa takkan sanggup jika bekerja sampai tak dapat tidur. Tapi bila bercerita dengan orang yang biasa buat bisnes makanan, samada katering, tempahan kek & yg seumpamanya, bagi mereka itu perkara biasa & sememangnya begitulah yang sepatutnya. So bagi akak tak tidur bila memasak ni small matter jer...So bagi sesape yang rasa terfikir alahai kesiannya dia, teruknya dia kerja, penatnya dia kerja, lupakanlah ya...

Semalam memasak sakan untuk open house di Petronas Kampar. Kali ni ada photographer so adalah gambar2nya untuk dijadikan kenangan manis dikemudian hari..

Sejak pagi2 lagi ada pelbagai acara untuk para jemputan. Antaranya pertandingan mewarna untuk kanak2, cabutan bertuah, persembahan tarian (ala gangnam style..huhu..), tu yang kat atas persembahan seni silat. & macam2 lagi la acaranya...
 
 Selesai saja kesemua acara, barulah semua tetamu dijemput makan. Disebabkan dah terlalu lama sangat menunggu semua tetamu terus menyerbu ke tempat buffet, sesetengah makanan clear dalam masa tak sampai sejam. Menunya : lemang, nasi impit, rendang ayam, rendang daging, laksa, mee goreng & bubur pulut hitam.

Bagi tetamu VIP pula selain dari menu diatas, disediakan juga nasi minyak, ayam gareng berempah, daging masak hitam, dalca ayam & jelatah. Penat hilang bila tetamu berpuashati. Segala pujian yg diterima menjadi pemangkin semangat dimasa hadapan, Insya Allah..


Comel & ayu....My SIL Nor Fadila & anak sedara Anis...cayanggg dia...Terima kasih Kak Yang ucapkan kerana sentiasa ada disisi diwaktu susah & senang. Kak Yang sangat2 hargai & hanya Allah yg dapat membalasnya.

Wednesday, September 12, 2012

SEPAT GORENG SAMBAL TEMPOYAK


Assalamualaikum...Semenjak kecil lagi akak memang suka makan ikan sepat. Memang selalu jugak mama akak beli & selalunya ikan sepat ni akan digoreng garing dan diletakkan sambal macam sambal tumis tu. Seekor memang tak cukup pulak tu, tak padan dengan budak kecik. Seekor makan dengan nasi & seekor lagi diratah2 je. Terliur rasanya bila teringatkan kesedapan ikan sepat ni. Tapi kan..semenjak dah 17 tahun kawin memang boleh kira berapa kali je ikan sepat ni masuk dapur akak. Setahun sekali pun tak de...Dah macam terlupa pulak kesedapan ikan sepat ni. Akak ni masak je apa yang suami beli, apa yang dibelinya dari pasar maka itulah yang jadi juadah kami seisi keluarga semenjak dulu2 lagi. Tak reti & tak pernah pulak akak nak mintak dia beli itu ini. Lain la kalau akak join sekali ke pasar..pantang tengok yang pelik2 mesti nak cuba, janji halal...

Punya la lama tak merasa ikan ni sekali tu entah macamana suami teringat pulak nak beli ikan sepat ni. Akak macam tak percaya je & hati berbunga2 ceria bila nampak ikan yang sangat disukai...Besar2 pulak tu, tak macam ikan sepat zaman dulu2. Rasa dah tak sabar nak goreng , so akak goreng je and letak sambal tempoyak yang dimasak atasnya. And the result memang sangat2 lah sedap, kena pulak sambal tempoyak cili padi, fuiyoh..berpeluh2 aii tell u....Terasa kemanisan & kelemakan isi ikan sepat yang sangat2 fresh ni.

Jadi bagi sesiapa yang tak pernah makan ikan sepat, cuba la. Mana tahu terus jatuh cinta lepas ni. Resepinya ada di bawah, mudah je membuatnya. Kalau nak tukar ke ikan lain pun takde masalah. Selamat mencuba... :))


BAHAN BAHANNYA
  • 8 ekor ikan sepat (disiang & dibersihkan seperti biasa)
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya (utk lumur pada ikan)
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih
  • 8-10 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar tempoyak
  • Sehelai daun kunyit (dicarik2kan)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan garam dan serbuk kunyit secukupnya keseluruh ikan sepat & goreng sehingga garing & ketepikan 
  2. Kisar bawang merah, bawang putih & cili padi sehingga lumat. Masukkan tempoyak dan kisarkan lagi.
  3. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit lebihan minyak goreng ikan. Kacau2kan & tunggu hingga naik bau 
  4. Masukkan daun kunyit yang dicarik2, kacau2kan & akhir sekali sesuaikan rasanya dengan sedikit gula & garam. Biarkan ia betul2 masak & pekat
  5. Terakhir masukkan ikan sepat goreng tadi dan kaup2kan biar ia sebati dengan sambal tempoyak. Sedia untuk dihidangkan.



Tuesday, September 11, 2012

TERTANGKAP SEWAKTU KEKENYANGAN


Assalamualaikum...Aktiviti berkebun memang dah menjadi minat bagi akak dan suami semenjak dulu2 lagi. Sewaktu kami masih bekerja makan gaji dulu, pantang free je mesti nak pergi bercucuk tanam kat tanah rizab sungai yang terlebih dahulu diusahakan oleh arwah bapak akak. Arwah bapak dulu memang sangat2 rajin berkebun, macam2 hasil yang ditanamnya tapi untuk makan sendiri saja. Kira semangat berkebun akak ni datang dari bapak akak ler...

Dulu pun banyak la jugak pokok2 yang sempat kami tanam. Yang paling senang hidup pokok tebu. Dah besar2 tebu tu suami potong & tolak kat Cina yang jual air tebu. Dapatlah juga hasilnya,  walaupun masa tu kami berdua ada kerja tetap di bank tapi rasa seronok sangat dapat berniaga jual tebu ni...:))

Sekarang ni suami akak dalam proses nak terangkan kawasan persekitaran belakang & tepi luar rumah untuk dijadikan kebun. Agak tebal jugak semak samun. Suami akak buat bila time free je so memang agak lambat la nak siap. Macam minggu ni kami dapat banyak meluangkan masa untuk aktiviti berkebun ni. Petang aritu tengah dok tebas punya tebas sekali suami ternampak la seekor ular sawa ni tengah dok diam2 dalam semak dekat sebatang pokok ni. Tak bergerak2 ular sawa tu , nasib baik la ular tak terkena parang suami kalau tak nama entry kali ni bunyinya TERBUNUH SEWAKTU KEKENYANGAN la jawapnya..hehehe...


Suami akak dengan selambanya pun call la bomba Tapah & tak sampai 5 minit sampailah bomba dengan peralatan menangkap ular tu. Masa ni kawasan rumah dah macam ada pesta menonton ular, ramainya bebudak & bapak2 budak yang datang menonton pertunjukan percuma ni. Masing2 dengan handset ambil gambo ular sawa ni berposing. Glamour la kejap si ular sawa sementara menunggu masa dicekup masuk dalam karung guni tu. Yang mak2 budak macam akak ni tengok dari jauh je. Sonang je tangkap ular ni sebab dia tengah betul2 kekenyangan. 
Menurut ahli bomba yang sorang tu, ular ni mesti baru lepas makan anak anjing sebab ada benjolan kat badannya tu. Pandai la kamu En Bomba, macam la kamu ada nampak dia telan anak anjing. Mana tahu kot2 dia baru bedal kucing sebab akak tengok dah semakin kurang kucing berkeliaran kat belakang rumah tu..



Peralatan menangkap ularnya sebatang besi panjang dan sekarung guni. Ahli bomba pelan2 tolak ular keluar dari semak sampai ke jalan dengan jayanya. Yang tak best tu bila time nak masukkan dalam guni tak berjaya la pulak. Habis rabak guni tu dibuatnya. Iyelah...bawak guni pun satu je, udah le ular sawa tu bukan main besonya lagi, kata suami akak dekat 30 kg berat ular tu. Macam le suami akak tu dah biasa sangat hidup dengan ular sampai yakin  sgt dia meneka beratnya...masa bila suami timbang ntahhh...Bila guni dah rabak terpaksalah hold dulu dan bomba mengarahkan suami akak mencari@membeli guni yang lain pulak.


Akhirnya dah dapat karung guni tu, ahli bomba pun pelan2 masukkan ular kedalam guni tu dengan jayanya. Menurut ahli bomba, lepas ni depa nak buang ular tu kat tempat yang jauh dalam hutan. Apa2 pun terima kasih pada ahli2 bomba yang terlibat dalam penangkapan ular sawa ni. Lepas kejadian ni nampaknya suami akak lebih gigih lagi menerangkan kawasan semak yang berhampiran. Demi keselamatan anak2 katanya. Harap2 lepas ni tak de la terserempak dengan binatang2 buas ya Yangggg.....

Monday, September 10, 2012

SEDAPNYA KENTANG PUTAR...


 Assalamualaikum...kentang putar ni akak sediakan untuk digandingkan dengan menu grilled lamb & chicken chop semalam. Memang puas makan yang dibuat sendiri ni jika banding yang dijual kat rest. fast food tu, dari segi rasa pun memang menang memakannya. Selalunya akak buat banyak sebab anak2 memang suka makan potato tak kira potato dibuat apa pun semuanya depa hentam. Senang bela bebudak lelaki ni..hik3

Mudahnya buat kentang putar ni, setakat lenyek2 kentang tu apa lah sangat kannnn!!! Tapi akak letak la resepinya kat sini untuk reference sesiapa jua yang memerlukan termasuklah anak2 akak satu hari nanti....

BAHAN BAHANNYA
  • 5 biji ubi kentang (saya guna jenis russet)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Kupaskan ubi kentang, potong2kan kepada beberapa bahagian dan rebuskan sehingga empuk
  2. Apabila sudah empuk, toskan ubi sekiranya masih ada lebihan airnya, biarkan ubi sejuk seketika
  3. Dengan menggunakan garfu atau senduk lenyek2kan ubi rebus sehingga lumat kesemuanya
  4. Masukkan kesemua bahan2 yang lain dan gaulkan dengan ubi kentang sehingga sebati
  5. Bentukkan ia menggunakan alat skoop aiskrim dan sebelum dihidangkan tuang ke atasnya brown sauce yang sudah disediakan terlebih dahulu.


Cara untuk membuat kuah sosnya sama seperti di entry sebelumnya, sila KLIK

GRILLED LAMB SHOULDER WITH BROWN SAUCE


Assalamualaikum...Apa kabo semua? Setelah beberapa hari tak mengupdate,dah malam2 buta camni baru sampai seruannya. Mak aiii, kelunya lidah nak memulakan bicara..kakaka...update blog pun guna lidah rupanya...Rasa macam dah beku la otak nak menyusun kata2 kat sini.

Setelah beberapa lama ditunda menu western food yang diidam2kan oleh anak2, akhirnya mama dengan usaha & kegigihannya berjaya jugak merealisasikan impian anak2 tersayang. Kesian la pulak kat depa sebab sepanjang bulan puasa, anak2 asyik makan nasi ala2 kenduri aje. Dah cemuih tahap giler nak melantak nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato..tengah taip ni pun rasa nak termuntah dah. Akak masak kambing bahagian bahu & beberapa set chicken chop. So, akhirnya tercapai la sudah impian anak2. Mama tunggu je ni apa pulak makanan yang jadi impian depa selepas ni..Resepi yang mudah tetapi sedap di tekak kami sekeluarga...Selamat meng"grill"...:))

GRILLED LAMB SHOULDER
  • 6 kepingan daging kambing bahagian bahu
  • 3/4  sudu besar serbuk lada hitam
  • 3/4 sudu besar rempah Mixed Herb
  • 1 sudu besar Maggi seasoning
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
 Cara menyediakannya :
  1. Cuci kesemua daging kambing seperti biasa & toskan sehingga betul2 kering
  2. Campurkan serbuk lada hitam, rempah mixed herb, Maggi seasoning & 2 sudu besar mentega yang telah dicairkan, gaulkan hingga sebati.
  3. Perapkan daging kambing dengan rempah2 diatas selama sejam
  4. Panaskan oven dengan fungsi "grill", bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga garing. Balik2kan daging beberapa kali semasa proses grill tersebut supaya rata masaknya.
  5. Keluarkan dari oven dan hidangkan bersama2 dengan sos & menu2 tambahan yang lain 
Untuk sayur2annya :
  • Brokoli secukupnya
  • 1 cili benggala@cameron hijau/kuning
  • 1 bawang holland
  • 3 buah tomato
  • Sedikit serbuk lada sulah 

Cara menyediakannya :

  1. Potongkan kesemua sayur2an seperti biasa
  2. Gaulkan dengan sedikit serbuk lada sulah sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam oven dan grill selama 5 minit sambil dikacau2kan
  4. Keluarkan apabila sudah separuh masak, tak perlu tunggu sampai sayur lembik, nanti kurang sedapnya.


Untuk sosnya sila klik ..SINI.

Wednesday, September 5, 2012

ITIK RENDANG HITAM



Assalamualaikum pembuka bicara...Anda semua apa khabar? Didoakan semuanya sihat2 hendaknya. Akhirnya tiba juga masa yang sekian lama dirindui..iaitu mengupdate blog ini. Terima kasih atas kesudian teman2 & pembaca yang hadir di sini walaupun tiadanya entri terbaru. Maaf sangat2 kerana lambat membalas komen dari teman2 tersayang. Insya Allah akak akan segera membalas kunjungan anda ya! 

Alhamdulillah, sepanjang ketiadaaan akak segala onak duri telah berjaya akak tempuhi. Syukurlah kesibukan kali ini benar2 mengajar akak erti kesabaran. Dalam akak menyediakan pelbagai menu yang ditempah pelanggan sepanjang Ramadhan, memang tak menang tangan dibuatnya. Penatnya Allah saja yang tahu. Sudahnya elok je beberapa hari berhariraya, akak mula rasa bisa2 diseluruh badan. Bermula dengan sakit tekak, disusuli dengan demam beberapa hari disertai juga dengan batuk yang tiada henti. Udah la tengah tak sihat, datang pula beberapa tempahan musim raya pulak, ada rasa macam nak pengsan bila nengokkan menu yang diminta pelanggan. Tetapi, bila fikir2kan rezeki jangan ditolak, musuh pula jangan dicari..akak pun terima semua tempahan walaupun belum betul2 sihat lagi. Elok2 je dah nak baik terus akak demam balik...huhu...sedihnya....:((

Dari semalam kesihatan akak dah kembali normal, batuk pun dah semakin hilang..syukur Alhamdulillah. Dapatlah akak menapak semula ke sini. Insya Allah nanti nak BW semula, terubat rindu & terhibur rasanya bila dapat tengok menu teman2 semua, yang sudah semestinya lazat2 belaka. Dalam sibuk2 tu akak sempat juga buat 3 jenis biskut raya, demi anak2...Baru beberapa hari raya semua dah licin (itu tandanya sangat2lah sedap biskut raya mama tu kannn....walaupun sebenarnya biskut raya yang biasa2 & simple jer)

Oklah..berbalik pada gambar ni pula adalah rendang itik yang pertama kali akak memasaknya. Beberapa tahun yang lalu akak pernah masak kari itik tapi bila compare dengan rendang ni ditekak akak rasanya sedap lagi dimasak begini. Daging itik ni akak beli di Mydin bahagian frozen. Itik frozen tapi rasa dagingnya tetap sedap, manis & lembut. Walaupun saiznya L, tapi takde lemak, cuba kalau ayam saiz gemuk & besar dah tentu banyak lemaknya. Idea resepi ni pula akak dapat dari Majalah Mingguan Wanita edisi Aidilfitri. Resepi tradisi dikatakan dari Johor asalnya menggunakan ayam. Jom tengok resepinya yang akak olahkan mengikut citarasa akak...
 

BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ayam - (saya guna 1 ekor itik)
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 mangkuk santan dari sebiji kelapa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • 1 cawan kicap lemak manis
BAHAN KISAR
  •  15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili padi (saya tambah)
  • 100 g kismis hitam
  • 3 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan semua bahan2 penumis seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih & bahan2 kisar sehingga kekuningan
  2. Masukkan rempah daging, kacau2kan sebentar dan apabila sudah garing masukkan santan, kicap dan itik 
  3. Biarkan merenih sehingga daging itik menjadi lembut lalu dimasukkan pula kerisik, kacau2kan lagi dan tunggu sehingga rendang menjadi pekat
  4. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula, sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Masak rendang sehingga agak kering dan sedia untuk dihidangkan.










    Akhirkata..... 


    SeLaMat HaRiRaYa AiDilFiTRi DaRi KaK iNa SeKeLuArGa 

    & MaaF ZaHiR BaTiN

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...