Tuesday, September 11, 2012

TERTANGKAP SEWAKTU KEKENYANGAN


Assalamualaikum...Aktiviti berkebun memang dah menjadi minat bagi akak dan suami semenjak dulu2 lagi. Sewaktu kami masih bekerja makan gaji dulu, pantang free je mesti nak pergi bercucuk tanam kat tanah rizab sungai yang terlebih dahulu diusahakan oleh arwah bapak akak. Arwah bapak dulu memang sangat2 rajin berkebun, macam2 hasil yang ditanamnya tapi untuk makan sendiri saja. Kira semangat berkebun akak ni datang dari bapak akak ler...

Dulu pun banyak la jugak pokok2 yang sempat kami tanam. Yang paling senang hidup pokok tebu. Dah besar2 tebu tu suami potong & tolak kat Cina yang jual air tebu. Dapatlah juga hasilnya,  walaupun masa tu kami berdua ada kerja tetap di bank tapi rasa seronok sangat dapat berniaga jual tebu ni...:))

Sekarang ni suami akak dalam proses nak terangkan kawasan persekitaran belakang & tepi luar rumah untuk dijadikan kebun. Agak tebal jugak semak samun. Suami akak buat bila time free je so memang agak lambat la nak siap. Macam minggu ni kami dapat banyak meluangkan masa untuk aktiviti berkebun ni. Petang aritu tengah dok tebas punya tebas sekali suami ternampak la seekor ular sawa ni tengah dok diam2 dalam semak dekat sebatang pokok ni. Tak bergerak2 ular sawa tu , nasib baik la ular tak terkena parang suami kalau tak nama entry kali ni bunyinya TERBUNUH SEWAKTU KEKENYANGAN la jawapnya..hehehe...


Suami akak dengan selambanya pun call la bomba Tapah & tak sampai 5 minit sampailah bomba dengan peralatan menangkap ular tu. Masa ni kawasan rumah dah macam ada pesta menonton ular, ramainya bebudak & bapak2 budak yang datang menonton pertunjukan percuma ni. Masing2 dengan handset ambil gambo ular sawa ni berposing. Glamour la kejap si ular sawa sementara menunggu masa dicekup masuk dalam karung guni tu. Yang mak2 budak macam akak ni tengok dari jauh je. Sonang je tangkap ular ni sebab dia tengah betul2 kekenyangan. 
Menurut ahli bomba yang sorang tu, ular ni mesti baru lepas makan anak anjing sebab ada benjolan kat badannya tu. Pandai la kamu En Bomba, macam la kamu ada nampak dia telan anak anjing. Mana tahu kot2 dia baru bedal kucing sebab akak tengok dah semakin kurang kucing berkeliaran kat belakang rumah tu..



Peralatan menangkap ularnya sebatang besi panjang dan sekarung guni. Ahli bomba pelan2 tolak ular keluar dari semak sampai ke jalan dengan jayanya. Yang tak best tu bila time nak masukkan dalam guni tak berjaya la pulak. Habis rabak guni tu dibuatnya. Iyelah...bawak guni pun satu je, udah le ular sawa tu bukan main besonya lagi, kata suami akak dekat 30 kg berat ular tu. Macam le suami akak tu dah biasa sangat hidup dengan ular sampai yakin  sgt dia meneka beratnya...masa bila suami timbang ntahhh...Bila guni dah rabak terpaksalah hold dulu dan bomba mengarahkan suami akak mencari@membeli guni yang lain pulak.


Akhirnya dah dapat karung guni tu, ahli bomba pun pelan2 masukkan ular kedalam guni tu dengan jayanya. Menurut ahli bomba, lepas ni depa nak buang ular tu kat tempat yang jauh dalam hutan. Apa2 pun terima kasih pada ahli2 bomba yang terlibat dalam penangkapan ular sawa ni. Lepas kejadian ni nampaknya suami akak lebih gigih lagi menerangkan kawasan semak yang berhampiran. Demi keselamatan anak2 katanya. Harap2 lepas ni tak de la terserempak dengan binatang2 buas ya Yangggg.....

6 comments:

  1. salam k.Ina...seramnya jumpa ular ni.Alhamdulilah,akak sekluarga selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Atie..akak mmg geli tengok ular ni, masa nak buat n3 ni pun fikir 1000x..Alhamdulillah dah kena tangkap, lepas ni nak kena clearkan semak belakang rumah secepat mungkin.. :))

      Delete
  2. Amboi makkk...ular sawa? jaga2 Ina, kang ada harimau pulak belakang rumah tu. Belakang rumah akak ni, ada sekor biawak besar, dah lama nmpk. Itu yg tak berani kebelakang rumah yg sekangkang kera tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak2 jgn la ada rimau pulak kak Zana oiii...Sy pun mmg x berani redah semak belakang rumah tu. Karang x pasai2 kena ngap dgn ular sawa pulak...:(

      Delete
  3. Assalam Ina, besaunya ulau tu, memang takut kalo terserempak mcm tu, nasib baik masa kekenyangan, kalo tak susah juga nak menunggu bomba sampai mesti dh meyelinap kelain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak Rosa, betul tu sbb dah kenyang tu senang nak tangkap kalau tidak tentu dah kemana2 ular tu pegi. Nasib baik bukan sy yang jumpa kalau tidak mau pengsan kejap..hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...