Monday, July 2, 2012

KEK PUDING ROTI KARAMEL...SAKIT DI MATA TAPI SEDAP DI TEKAK ;-))


Assalamualaikum semua!!  Malam ni sejuk betul kat area tempat akak ni memandangkan petang tadi hujan selama beberapa jam. Lepas Maghrib sempat ngajo anak mengaji lepas tu sempat aii masuk selimut kejap sementara tunggu Isyak...nasib baik tak terlelap..hehe..Actually kan, arini memang sangat2 memenatkan sebab petang tadi akak memunggah & mengemas tak habis2, siap bertukang lagi..ketuk paku sana, ketuk paku sini...ubah peralatan dapur ke sana & ke sini..huhhh, memang memenatkan!! Bior ler aii buat sendiri, malazzz dah nak suruh2 orang ni. Pendek kata, arini puas la hati akak sebab dah nak hampir siap dah nampaknya...ok lah tu daripada tak berusik kan!

Cerr tengok gambo kek puding karamel akak tu..memang tak lawo kan!! Walaupun tak jadi cantik tapi tetap akan tersiar di sini, takde pilih2 kasih punya...hehe..Jelas adunan kek sudah bercampur ke adunan puding nampaknya kan!! Memang tak puashati dengan percubaan pertama ni, tapi sebab aii ni bersemangat waja & tak cepat putus asa, Insya Allah akan ada yang kedua tak lama lagi..Saja2 nak citer maybe ada beberapa sebab yang menyumbangkan kepada ketidaksempurnaan kek ni.  

Firstly, selepas akak letak adunan kek atas adunan puding akak ambil masa yang agak lama jugak sebelum ia dibakar sebab waktu tu baru akak sedar kat tempat oven tu takde la pulak tempat suisnya...(gara2 baru pindah & first time nak membaking di tempat baru...) Dah siap sedia kesemuanya (after 20 minutes la jugak) baru dapat letakkan oven akak di tempat & suis yang sesuai & baru  mula proses membakar kek ittew; akak setkan masa selama 1 jam.  

Secondly, after 45 mins, akak pun jenguk2 la kot2 dah naik ke kek rupa2nya oven pun tak panas2 (walaupun pada awalnya akak dah check oven tu memang dah panas..huhhh..geram betul temann)  Akhirnya akak ubahkan oven ke tempat lain pulak dan start baking semula. So, akak rasakan mungkin itulah faktor2 penyebabnya kek jadi tak cantik, anda rasa betul tak apa yang akak rasa tuuu?

Walau bagaimanapun, don't judge a book by its cover, ok! Rasa kek ni dah tentu lazat dan berbeza Bagi anda semua yang nak tengok kek ni versi yang cantik boleh la pergi ke link nya seperti di bawah tu, kek karamel air tangan Lina_pg. Memang sgt2 cun keknya, tu yang buat akak rasa nak buat sangat2 tu..Maceh akak ucapkan ya & izinkan akak c n p resepinya tu di sini untuk future reference & mungkin buat sesiapa saja yang ingin mencubanya kelak..


RESEPI KEK PUDING ROTI KARAMEL BY MUNIRA
                    EMBUN ROSALIZA  

BAHAN - BAHAN
BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
(Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok 


                                                        Tak cantik tapi sedapppp.....next time try lagi sampai cunnnnn

    7 comments:

    1. Assalamualaykumwbh Kanda....

      waaaaaaaaaaaaa, seharian akak berkerja berkemas tp masih sempat kuarkan resipe yg marbeles ni.. Tak cantik? Cantik apa....mesti sedap giler. Nanti simpankan kat ayu sket ye...

      Ni pelok cium utk kak sbbb share resepi versi cup. Mama Ayu mesti suka resepi guna cawan ni.....

      Akak rehat2 tau, pastikan byk minum air n tidur cukup ye...emmmuah!

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam Dinda Ayuuu..maceh la sbb puji aiii cantik..opps puji kek aii cantik, malu la sbb kek tu comot, x mcm sifu buat, tapi dijamin sedap wooo!!!
        ha ahh mudah resepi guna cup ni, mcm zaman mak2 kita dulu2 kan.
        Dlm 1-2 minggu ni memang x dan nak rehat2 nampaknya Ayu, tgh sibuk dgn mcm2 hal...apa2 pun....cayanngggg Ayu..take care sis :))

        Delete
    2. Assalam ina, itu mungkin penyebab utama kejadian kek agaknya la, akk pun bukan nya reti pun, buat pun tak pandai lagi, asyik tak cun mcm org lain buat heheh. tapi rasanya memang sedap sejuk n nnyaman je. Ina kaler purple tu brand apa cantik la.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam Kak Rosa, xpe la tak cun janji sedap di tekak kita yg memakannya kan! Tapi saya tengok yg kak Rosa buat tu cantik la..Purple kaler tu saya beli kat kedai jual brgan bakery, brand nama kedainya (Wah Seng, Ipoh)..mmg berkenan warna purple ni..:))

        Delete
    3. assalam kak Ina, rasanya dah betul tu hasil post mortem akak tu hehehe.Mayb sbb lama sangat nk tggu 'kebakaran' tu adunan kek dah jadi Titanic dah tenggelam dalam karamel.

      Harap kak Ina tak serik ya ngan kek karamel ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam Lina..Alamak malu la pulak bila sifuku sayang dtg tengok kek tu, rasa mcm nak sorok je..Akak xkan serik buat kek ni sbb kek ni mmg sedap & anak2 pun suka mkn. Hrp2 next time menjadi la kek ni..maceh Lina :))

        Delete
    4. Assalamualaikum..
      Wow..perfecto..x penah buat pudingnya letak roti..kena try ni..
      Biasalh ina,kita pun penah alami situasi mcm ina..tpi kita salahkn pak oven kot..sian oven jugak yg kena...hihi
      ok ina byk2 kan relax ya,kemas plan2,klau dekat nk gak nolong...

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...