Wednesday, June 27, 2012

SAMBAL HITAM PAHANG


Assalamualaikum buat semua yang sudi hadir disini...Cuaca yang begitu panas terik tadi tiba2 dah bertukar menjadi hujan, dingin & nyaman betul rasanya, almaklumlah tinggal kat tepian bukit la katakan...Nyaman je suasana kat area baru ni. Memang berbaloi2 pindah rumah sakan tempohari, walaupun tersgt2 la penat macam nak pengsan waktu nak mengemas. Untung la ada ramai anak lelaki ni, dapat la dikerah2 tenaga depa mengangkat, menyusun, mengatur perabut dsb nya. Walaupun dah 3 minggu berlalu masih ada lagi saki baki barang2 yang belum sempat diusik..Hopefully by end of this month semuanya akan siap dikemas.  

Berbalik pada gambar kat atas tu, sambal hitam Pahang ni akak buat semalam. Stok belimbing buluh ni dapat waktu ziarah keluarga kakak aii di Tronoh Mines Jumaat lepas. Bila tengok pokok belimbing buluh kat belakang rumahnya tu terus teringatkan sambal hitam Pahang resepi mertua Madihaa@Ratna. Memang dah lama akak teringin nak cuba buat baru semalam tercapai. Rasa dia memang sedap & menyelerakan, cuma agak pedas, mungkin akak dah terlebih letak cili padi kot. Proses menyiapkan sambal ni tak lah serumit yang akak sangkakan. Cuma ambil masa agak lama jugak nak kecutkan belimbing buluh tu, 70 biji kesemuanya (ambil masa lebih kurang 1 1/2 jam)

Akak takde kacau pun selang 2 minit macam Ratna sebab malas...hehe...cuma sesekali je akak kacau2kan. Lepas 40 minit nampak dah kering belimbing tu baru la akak selalu mengacaunya sampai kecut kesemuanya. Jenuh jugak tang nak kecutkan dia. Malam semalam merasa la makan dengan nasi panas2, memang meletup. Harap2 betul la menjadi sambal hitam Pahang yang akak buat ni macam yang kat Pahang jugak ya Ratna. Tapi kan, dulu waktu akak  ke Pahang tak de pulak ternampak sambal ni kat mana2 kedai makan...

Ok lah, nak tahu apa bahan2 dia & cara membuatnya, semua ada di bawah ni, akak copy terus dari pemilik asal resepi ini. Terima kasih buat Ratna kerana sudi berkongsi resepi sambal yang sedap ni. Puas rasanya bila dah berjaya buat sesuatu yang dihajati kan!!! Akak dah merasa sambal hitam Pahang ni, memang best, anda bila lagi? Selamat mencuba...



SUMBER : DARI DAPUR MADIHAA 
RESEPI MERTUA MADIHAA
           
Bahan2
 
  • ½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
  • ½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
  • 6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
  • 5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak masak

Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok. Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  
PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

                               

Monday, June 25, 2012

KEK KUKUS BUAH BUAHAN MAMA


Assalamualaikum.....Chakkkk!!!!! Salam rindu di angin laluuu.....Lama betui menghilang tetiba muncul jugak akhirnya. Apa kabo semua? Akak doakan anda semua dianugerahkan kesihatan yang baik & keberkatan dalam apa jua yang sedang dilakukan. Maaf ya kerana agak lama akak tak berkesempatan untuk bw...memang rasa rindu nak bw sebenornya, apakan daya tangan tak sampai nampaknya..huk2..:((  Buat yang sudi hadir di sini walaupun tiada entry terbaru, akak ucapkan terima kasih banyak2, kalau sudi datang la lagi ya :))

Kek kukus buah2an ini akak buat tak berapa lama dulu untuk dijadikan buah tangan sewaktu bertandang ke rumah bakal tunang adik ipar akak. Kek ni menggunakan resepi tradisi mama akak yang memang menjadi kemestian bagi keluarga akak setiap kali menjelangnya hari raya. Teringat pulak masa dulu2 nak tergelak jugak sebab akak ni masa kecil dulu selalu jadi tukang kacau di dapur. Bila dah kena marah tu terus lari ke ruang tamu, tak serik2 pulak tu...(memang selalu kena marah pun bila berada di dapur dengan mama akak memandangkan dia seorang yang perfect dalam kerja2 dapur...kerja beradun sgt2...Syukurlah sebab sedikit sebanyak ada la jugak sikapnya ni yang turun pada anak2nya...especially anak bongsunya ni..hehehe

Ok lah ya...di bawah ada akak sertakan resepi kek kukus buah2an ini..emmm boleh la dijadikan rujukan buat semua termasuk jugak untuk anak2 akak suatu hari nanti..Selamat mencuba  :))


BAHAN BAHANNYA

  • 2 gelas mentega / marjerin ( aii guna mentega..)
  • 2 gelas gula (yang dikisar halus)
  • 1 gelas gula (untuk dijadikan gula hangus)
  • 5 biji telur
  • 600 g tepung gandum 
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh cream of tar tar
  • 1 kotak @ 375 g buah buahan campuran 

CARA MEMBUATNYA

  1. Mula2, campurkan gula halus dan mentega dan putar sehingga kembang
  2. Ambil telur dan asingkan bahagian kuning dan putihnya
  3. Bahagian putih telur diputar sehingga betul2 kental & gebu, jika diterbalikkan bekas adunan putih telur, ia takkan tumpah (pastikan terlebih dahulu mangkuk alat pemutar yang digunakan betul2 bersih & tidak berminyak supaya menjadi putih telur itu seperti yang diinginkan)
  4. Masukkan putih telur ke dalam adunan mentega tadi dan putarkan sebentar biar sebati, kemudian baru dimasukkan kuning telur sebiji demi sebiji, putar lagi sehingga kembang
  5. Sementara itu, gaulkan buah2an campuran dengan tepung gandum yang telah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi, putar dengan kelajuan sederhana 
  6. Dalam periuk kecil, sediakan gula hangus. Caranya, ambil 1 gelas air dan panaskan diatas api yang kecil, kacau2kan & tunggu sehingga gula betul2 cair dan bertukar warna sedikit keperang2an. Cepat2 tutup api supaya gula hangus tak pahit. Ketepikan dulu
  7. Akhir sekali masukkan soda bikarbonat & cream of tar tar ke dalam adunan kek, putarkan lagi dan diikuti dengan gula hangus yang baru siap. Tuangkan gula hangus sambil adunan diputarkan perlahan2..hati2 jgn sampai terkena kulit pulak ya
  8. Apabila sudah digaulkan dengan sempurnanya, tuangkan adunan kek ke dalam loyang 10 inci dan kukus dalam alat pengukus yang telah dibalut dengan tuala (supaya wap tidak menitik atas permukaan kek). Kukus selama 4 jam & pastikan airnya mencukupi, setelah 2 jam tambah lagi airnya
  9. Angkat keluar dari pengukus,sejukkan selama 1 jam sebelum dipotong.