Monday, January 10, 2011

NASI MINYAK PLANTA BERKISMIS

Assalamualaikum...salah satu rutin harian akak kat dapur azlina tu selain dari membebel adalah memasak nasi minyak. Hari2 masak nasi minyak idak ke bosan akak? Bosan la jugak bila dah hari2 kan tapi kesian la pulak kat makcik sorang tu which is my regular customer la...walaupun dia tak de la paksa akak memasak nasi tersebut tapi hajat hati dia ni kalau boleh hari2 nak nasi minyak. Akak ni memang faham hati naluri customer ni..ececeh :)) Ada cikgu sorang tu pulak kalau boleh hari2 nak makan nasi hujan panas, so kena ikut giliran lah ya. 

Hari ni akak masak nasi minyak guna marjerin planta pulak. Bukan la sebab akak dah kehabisan minyak sapi tetapi saja2 ikut suka hati naluri kita la kan...Actuallykan bila guna planta ni pon best apa, nasinya jadi lembut dan wangi sangat. So tadi makcik dah dapat nasi minyak dia & senyumnya panjang sampai ke telinga, sukanya makcik makan nasi minyak kita, terharu rasanya... 

Disebabkan situasi akak yang memasak beraneka jenis menu lauk pauk non stop , selalunya akak akan guna cara yang memudahkan segala kerja iaitu dengan campak2 je apa yang patut, ikut hati je, memang tak de sukat2 punya bahan2 tu, hentam saja labu.... Tapi kalau nak ikut resepinya adalah seperti berikut... 

BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 5 ulas bawang merah, 2 bawang putih & 2 cm halia (dikisar bersama2)
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • 3 sudu makan marjerin planta
  • 1 cawan susu segar uht
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan pati ayam
  • 1 ketul gula batu
  • Garam secukup rasa
  • Kismis emas dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh beras dan rendam kan sekejap , 10 minit pon jadi le & toskan
  2. Panaskan marjerin dalam periuk dan tumiskan bawang besar & bawang putih, rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau
  3. Masukkan pula bahan kisar dan kacau2kan, tunggu hingga garing sedikit
  4. Kemudian baru masukkan pati ayam, gula batu, garam, susu uht dan air dan kacau2kan
  5. Tunggu sehingga mendidih sekejap je baru dimasukkan beras basmathi
  6. Api jangan la terlalu besar, sederhana saja & tunggu hingga nasi masak seperti biasa
  7. Taburkan kismis & bawang goreng secukupnya dipermukaan nasi untuk menambah rasa.

2 comments:

  1. salam kak...kalau ade dalca ke pajeri ke ni mmg laju sy mkn..erm ada yg special tuh..1 ketul gula batu..patut la nmpak sedap sgt2 nasi minyak ni :))

    ReplyDelete
  2. Wsalam Del, sememangnya betul...akak lebih suka lg dgn pajeri. Gula batu kononnya utk kilatkan nasinya...but actually utk akak bior senang keja, just campakkan je seketui dah selesai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...