Saturday, January 22, 2011

HASIL BERKEBUN PETANG TADI...:)

Kan tadi akak dah bagitau nak berkebun petang tadi...ni la hasil yang akak ambik dari kebun yang sekangkang kera tu...Ada lengkuas, serai & limau purut. Apa yang boleh masak guna bahan2 dari kebun ni ya? Rasanya elok jugak masak tom yam esok.
Walaupun kebun tu tak beso mana tapi penat betul berkebun tadi tau! Cangkul 5 kali, berhenti rehat 10 minit, cangkul lagi, rehat lagi & lagi...bayangkan bila nak siap tu! So, finally siap jugak bila dapat pertolongan from Mr Hubby. Kalau tengok hubby akak mencangkul tadi nampak macam nak mengamuk pon ada..wahaha..tak berhenti akak gelak tengok betapa bersemangatnya dia berkebun...
Nanti akak tunjuk lagi la aktiviti berkebun akak ya. Sekarang ni badan semua berdenyut2, tgn pun mcm tak larat nak angkat je...Jumpa lagi ya!!!

7 comments:

  1. best tuh suma bahan segar dari ladang..mmg puas hati dpt mkn dr hasil titik peluh sendiri kan?

    ReplyDelete
  2. Bior betui ladang tu...kebun kecik je Lina. Sronok jugak dpt keluar peluh ptg2...nak jogging kat kawasan umah tu malu pulak, jd le dpt berkebun..hehe

    ReplyDelete
  3. salam..
    azlina...terbaiklah..
    inilah berbudi pada tanah..hasilnya..sangat memuaskan..

    nai sikit....boleh kan>> kira harga borong eik..heheh

    ReplyDelete
  4. Salam Na..akk pun suka berkebun ni..tapi lepas bersalin ni nelum masuk kebun secara rasmi lagi. Seronokkan nak je petik kat kebun hehhe

    ReplyDelete
  5. betul lah org selalu berkata berbudi pada tanah memang tak rugi. kalau nak beli pun kalau sikit2 memang tak jual, at least bila nak guna baru kita petik takde lah membazir

    ReplyDelete
  6. Nak itooooooooooooooot berkebun.....nak jugak2!!!!:)

    ReplyDelete
  7. Ayu, nak hrg borong xde masalah..bape kg Ayu nak, 1kg, 2kg..duit minyk nak anto kat Ayu tu lagi mahal dr brg yg di anto tu! kebun pon beso bilik mandi kecoh je lebih..wahahaha

    Rosa, mmg pon seronok kalau bercucuk tanam nih bagi yg minat..akak pon bukan slalu ada masa nak tengok2 tanaman..bnyk yg mati dr yg hidup.
    Layan baby mmg syiok kan!!

    Betul tu kak Aidah, kalau sesak2 senang je nk dptkn bahannya. Tp geram jugak kdg2 tu bila tanaman tak menjadi...

    Ayu, meh la kita berkebun...mcm Ayu ni mst x cpt semput sbb rajin aerobik, akak ni kejap2 je dah pancit..heh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...