Monday, January 30, 2012

JAWAPAN & PEMENANGNYA IALAH ........


Assalamulaikum & anda semua apa khabar? Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah, baru ada kelapangan maka dapatlah akak kembali lagi disini dengan jawapan kepada soalan teka meneka di n3 lalu. Eloklah terlebih dahulu akak ucapkan terima kasih kepada kesemua anda yang sudi datang meneka. Ramai yang teka gulai telur ikan, dan ada juga diantaranya yang meneka dengan betul.  Dan jawapannya adalah GULAI TEMBUSU iaitu salah satu masakan Padang.

Yang pasti pemenang sudah dipilih, iaitu yang paling terawal meneka sekali sahaja dengan tepat. Pada awalnya ingat nak bagi seorang je jadi pemenang, tapi setelah diambilkira ketepatan nampaknya ada 2 pemenang. Nama peneka yang bertuah tu ialah  

  1. MADIHAA AKA RATNA
  2. NOR ZEE 


Hadiah akan dikirimkan secepat mungkin tapi eloklah akak berhubung terus dengan mereka supaya dapat dipilih dahulu yang mana satu berkenan dihati, lagi best kan dapat pilih2... ;) Nanti bila dah dipilih, hadiah tu akan akak tunjukkan disini...Harap dapatlah segera hubungi akak dgn memberikan alamat email yea.. :))



GULAI TEMBUSU

SUMBER : SISIPAN MAJALAH MINGGUAN WANITA

Bahan bahannya

  • 250 g tembusu / usus lembu
  • 5 biji telur
  • 10 biji bawang merah
  • 30 ulas bawang putih
- semua bahan diatas dikisarkan
Bahan bahan lain
  •  2 sudu cili giling
  • 2 cawan santan
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1 liter air
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Penyediaan Usus :
  1. Keluarkan isi usus
  2. Kemudian, cuci usus lembu hingga bersih
  3. Ikatkan hujung usus dengan tali plastik (sebelah sahaja)
  4. Masukkan bahan yang dikisar
  5. Setelah diisi penuh, ikat hujung usus di sebelah lagi
  6. Rebus usus tadi hingga menjadi keras
  7. Setelah itu, tos dan potong mengikut citarasa
Cara Membuatnya
  1. Tumiskan bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
  2. Masukkan daun-daun hingga terbit bau wangi
  3. Masukkan rempah ratus dan serbuk ketumbar bersama cili giling. Tunggu hingga keluar minyak
  4. Tuangkan air
  5. Setelah mendidih, masukkan tembusu
  6. Tuangkan santan dan masukkan garam serta gula
  7. Tunggu seketika agar ia masak sepenuhnya

7 comments:

  1. Salam kak Azlina...

    ya Allah.. tak sangka la pulak jawapan sy betul & akak sudi pilih saya antara pemenangnya walaupun jawapan yg saya guna tu ikut bahasa saya sendiri je.. hehehe... Terima kasih byk2 ye kak.. kat bawah tu sy sertakan email address saya..

    ratna@zagro.com

    ReplyDelete
  2. ala k.ina,,mcmana suri boleh terlepas teka teki kat bawah tu huhu..ni mesti tak naik kat bloglis suri ni hehe
    -tahniah buat madiha n norzee ye..

    ReplyDelete
  3. Ooo di panggil tembusu gitu, kalo tempat akk panggil perut muda, yg akk maksudkan mmg perut ni lah, tapi dah byk sangat tekaan heheh, xpelah xdak rezeki

    ReplyDelete
  4. assalam kak Ina..saya panggil perut muda..sedap ni kalau wat kerabu.Selalinya makan kat dalam kosong cam rupa paras sotong tuh..versi gelang2

    ReplyDelete
  5. Azlina,
    sedap ker tembusu nie.tak pernah lak makan tapi tengok lina tayang cam menyelerakan.nak nak masak padang..ada masa nak kena cari laa..terimakasih yer atas ucapan tu..
    eh jangan segan segan try laa masuk nanti..anto email kat zamzarina tu..tapi nak senang tengok rancangan tu jumaat nie kul 1..hihihihi..promote nih

    ReplyDelete
  6. x pernah mkn tembusu lembu, ayam punya adalah. cuci bersih2 pastu goreng rangup. kenangan zaman kanak2.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Saya Nor Zee. Sblm ini intai2 gak kot2 dah diumumkan pemenangnya. Alhamdulillah ari ini dah ada jawapan dan saya terpilih pulak antara pemenang tekaan tu.
    Tima kasih byk ya!
    Ni email address saya:-
    Norzee62@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...