Assalamualaikum semua. Sedap giler...begitulah perkataan yang terkeluar dari mulut anak2 setelah menikmati kek coklat yang dilapis dengan krim keju ni. Akak buat selepas Asar kelmarin, bila dah sejuk dan boleh dipotong malam tu jugak habis 1/2 loyang dikerjakan kami anak beranak. Yang bestnya bila tengok hubby pun berminat memakannya. Normally dia kurang sikit kalau kek coklat2 ni tapi kali ni banyak jugak yang dihabiskannya..
Pastinya kek ni akan selalu terhidang di rumah nampaknya..Thanks to Yatie sudi share resepi kek ni, sudah la sedap mudah pulak tu menyediakannya. Emmm, ni pun dah rasa macam nak buat lagi seloyang dah ni..sabor je la..hehe..Akak letakkan resepinya di bawah ni untuk my future reference & sesiapa yang teringin mencubanya...Selamat mencuba!!
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
SUMBER : YATIE MEMORIES
BAHAN A
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tepung gandum*
- 3 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
- Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tepung gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.
Assalam kak Ina apa kabar?
ReplyDeleteHaish...kite yang tengok dari tingkap ni pun terliuq...kek cekelet digabungkan ngan cis memang mabeles...
Kalau ada kerajinan bleh wat jugak ni...
Waalaikumussalam Lina, akak alhamdulillah bertmbh2 sihat adanye lepas bnyk mkn kek coklat & cis ni..dah rajin nanti buat tau kek ni..betul2 sedapppp :))
DeleteAssalamualaikum Kak..emmm masih mencongak2 dan bayangkan gabungan rasa antara cheese dan choc...Pasti sedappppp kan....Tetiba plak teringin nak mencubanya...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Sue, kalau dah teringin tu cepat2 la masuk dapur buat kang meleleh pulak air liur tu. confirm sedap kek ni..:))
DeleteAssalamualaikum K.Azlina,
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi cantik kek coklat dan di sukai keluarga...seronok mendengarnya...mmng sedap dan mudahkan buat kek ni...mmng kek kegemaran kami sekeluarga juga...
Waalaikumussalam Yatie, mmg x cukup seloyang kek coklat ni..anak2 pun dah minta dibuat lagi. maceh bnyk2 atas resepi kek ni ya. dah banyak resepi Yatie yg akak cuba & semuanya menjadi perfectly..banyak lg resepi yg nak dicuba hehe :))
DeletePrberet anak2 sy gak ni...:-)
ReplyDeleteAlhamdulillah, makin sihat anak2 kita ya...:)) Thanks sudi singgah ke sini...
Deletesedapnyer kak...nak cuba..nak cuba...sedapnyerrr...
ReplyDeleteCuba..jgn tak cuba..lupakan diet tu dulu. rugi tak makan kek coklat + cis ni tau..:))
DeleteSedap nie kak..bahan2 pun simple jer nampaknya...nak cuba jgk lah..tp biasa kat sini ganti sor cream ngan cream cheese sbb takut tak halal..
ReplyDeleteSimple je kan bhn2nya tapi mmg sedap nih...Ok je gantikan krim tu, risau jugak bab halal ni x leh main2kan Ummu..Selamat mencuba :))
Deleteaduh...meleleh beb! Tapi bolehkah sy membuatnya? (Kurang keyakinan diri sbb masak maggie pun anak2 komplen x sedap! he he..)
ReplyDeleteHaishhhh...saja nak merendah diri la tu!! Tak kenal makan tak cinta tau Lynn (eh eh mcm x kena je peribahasa tu..heheh) Belum cuba belum tahu..try la dulu confirm anak2 x komplen :))
Delete