Wednesday, July 21, 2010

IKAN KELI AFRIKA, ADA BERANI NAK MAKAN ?


Assalamualaikum semua...ni la rupa ikan keli yang dah selamat akak masak tengahari tadi. Uisshh, besar betul keli Afrika nie, sesekali dia berbunyi gerun la pulak akak mendengarnya... Disebabkan ikan ni besar dan siap berbunyi2 lagi, akak hanya memasaknya aje tapi untuk memakannya NO..NO..NO...tak tergamak la nak makan...



Akak dapatkan bekalan ikan keli dari abang akak, Zainal yang buat penternakan ikan keli kat Ipoh. Menurut abang akak, ikan keli yang dibelanya adalah 90% organik. Yang 10% tu sebab ikan2 tu ada juga memakan benda2 lain kat dalam kolam...itu la explanation dari abang akak..Yang akak suka keli yang dibela sendiri ni, dia tak meletup2 semasa digoreng dan rasanya lebih manis. 



KARI IKAN KELI
  • 1 ekor ikan keli bersaiz besar
  • 10 biji bawang merah )
  • 1 biji bawang besar ) dikisar
  • 4 biji bawang putih )
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji terung dibelah 6
  • 2 biji tomato dibelah 2
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 3 biji bawang merah dihiris2 )
  • 2 biji bawang putih dihiris2 ) penumis
  • 1 inci halia dihiris nipis )
  • 2 tangkai daun kari )
  • 1 sudu teh halba campur )
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak, lalu tumiskan penumis sampai agak layu
  2. Masukkan bawang2 kisar dan tunggu hingga garing sikit.
  3. Masukkan pula rempah kari, serbuk cili dan belacan.
  4. Kacau2kan dan biarkan rempah agak garing.
  5. Masukkan terung, biar hingga 1/2 masak.
  6. Masukkan air asam jawa. Dah mendidih, masukkan ikan keli.
  7. Diikuti santan dan biarkan ia mendidih sebentar.
  8. Masukkan pula tomato dan cili hijau.
  9. Sesuaikan dengan garam dan biar ia mendidih sekali lagi dan boleh la ditutup apinya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...