- 500 gm tepung gandum
- 1 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar tepung susu
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu besar oregano
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1 cawan air
Cara membuatnya:
- Kesemua bahan2 diatas dicampurkan dan diuli agak lama sehingga sebati dan menjadi doh yang elastik.
- Biarkan doh ini naik sekali ganda, ambil masa lebih kurang 40 minit ok..
- Bahagikan kepada 2 bahagian dan canaikan berbentuk bulat
- Jika nak buat kerak pizza, guna jari jemari tu dan leper2kan dibahagian tepi disekeliling pizza dan isikan dengan keju mozzarella yang dah dipotong kecil secukupnya macam kat gambar dibawah ni...
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 cawan air
- 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air je
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua bahan diatas dan masak diatas api sederhana
- Kacau2kan sehingga menjadi sos yang likat baru ditutup apinya
TOPPING ( INTI PIZZA )
- Untuk bahan2 topping terpulang kepasa selera masing2 la, boleh letak isi ayam cincang, sosej, daging kisar, tapi sebelum tu haruslah ditumiskan dulu dengan sedikit minyak hingga 3/4 masaknya baru la boleh diletakkan atas doh pizza
Untuk seafood pizza akak letakkan bahan2 seperti berikut untuk topping :
- 15 ekor udang bersaiz besar (dibuang kulit & dicelur dulu)
- 8 jejari ketam (dipotong kecil2 & dicelur dulu)
- 1 biji cili capsicum / benggala merah dihiris nipis2
- 1 labu bawang besar holland dihiris nipis2
- Keju mozzarella secukupnya diparut
CARA MELETAKKAN BAHAN2 TOPPING
- Sapukan sos pizza tadi diseluruh permukaan doh (kecuali keraknya)
- Taburkan sedikit cheese supaya bahan2 topping melekat dengan elok pada doh tu nanti, bila kita nak ngap pizza tu nanti topping tu tak de la jatuh2 ek!
- Susun bahan2 topping kat bahagian atas cheese tu sehingga penuh dikeseluruhan permukaan pizza
- Taburkan lagi parutan cheese mozzarella dibahagian atasnya pulak
- Panaskan oven suhu 200C dan bakar pizza lebih kurang 20 minit atau sehingga garing
0 comments:
Post a Comment