Friday, November 5, 2010

LEMAK CILI API PUCUK PAKU TELUR MASIN

Assalamualaikum, dah petang rupanya..kejap je masa berlalu. Hari ni akak memang tak sibuk sebab cuti2 gini kebanyakan pelanggan2 tetap RTH yang 80% terdiri dari guru dan bekerja pejabat ambil kesempatan balik kampung atau cuti2 Malaysia...dah dijangka pun, kalau time cuti memang suasana agak lengang... Dari feedback yang akak dapat, kebanyakan dari pelanggan & teman2 semua menyatakan perkara yang sama tentang lokasi tempat ni memang payah orang nak nampak...Ada sorang tu siap kata begini..."U masak memang sedap, tapi sedap macamana pun kalau tempat tersorok macam ni siapa nak datang..." Uiiiks..bunyinya macam nak naik darah bila dengar (biasa la akak ni sikit2 naik darah...bila nak turun darah ntah la...) Tapi memang betul kata2 dia ni, biasanya orang akan terlepas pandang. Hakikatnya depa tak tahu, bukan senang nak dapat kedai betul2 kat tepi jalan..takkan nak suruh akak main pacak je buat warung makan kat tepi jalan kan!! Ok la, cukup la dengan bebelan akak di petang Jumaat. Kat gambar tu salah satu lauk yang akak masak untuk tengahari tadi. Sayur pucuk paku ni memang digemari pelanggan. Tambah bila dimasak ala-ala kampung gini. Kadang2 akak masak dengan ikan masin, kadang2 dengan telur masin macam ni..bagi akak memang rasanya sedap bebeno...dah akak yang masak mesti la kata sedap kan!! Jangan marah.... BAHAN2NYA
  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 biji telur masin, direbus, dikupas kulit & dibelah 4
  • 10 biji cili padi *
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang putih *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 1 batang serai diketuk2
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 mangkuk santan sederhana pekat
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak untuk menumis
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan bertanda * yang dikisar bersama2 terlebih dahulu dan diikuti serai dan tunggu hingga naik bau
  2. Masukkan santan dan asam gelugur dan tunggu hingga mendidih
  3. Dah mendidih tu masukkan pula sayur pucuk paku yang dah siap di potong kecil, masukkan bahagian batangnya dulu dan tunggu agak lembut diikuti bahagian daunnya
  4. Bila dah agak lembut sayurnya baru masukkan telur masin
  5. Masukkan sedikit garam dan gula ikut citarasa masing2, tunggu mendidih dan boleh la ditutup apinya.

3 comments:

  1. suka masak lemak cam gini tp x prnh letak telur masin... mesti la sedap... nmpk pun dh cukup bselera... hehehe...

    ReplyDelete
  2. punya la dok teopong dr umah,apa menda la yg bulat kat atas pucuk paku tu.rasa musykil gak ingatkan buah durian..rupanya teluq masin hik..hik..hik..sedap tu mskn kampung cenggini

    ReplyDelete
  3. Moklong, sedap makan sampai mak mertua lalu pun tak nampak yea?? Sepinggan nasi x cukup kan moklong..hehe

    Lina_pg, amboi lina sampai teropong2 ke Tapah ya!! Aiyokk,rupa dah mcm buah durian kat teropong tu kan...hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...