Wednesday, November 17, 2010

RENDANG BERKARI AYAM

Assalamualaikum...semoga semuanya sihat2 selalu ya! Di sini adalah rendang ayam yang akak masak untuk dimakan dengan lemang di pagi Aidil Adha tadi. Selain dari rendang yang akak masak ni ada juga beberapa jenis masakan rendang air tangan mak mertua yang jadi hidangan kami. Hari ni akak banyak gunakan hari cuti dengan aktiviti mengemas dapur tambah pulak pagi2 tadi sibuk sediakan set nasi baryani tempahan dari pelanggan...faham2 je la macamana keadaan dapur tu kan!! Dan hari ni jugak akak ambil peluang untuk buat persediaan bahan2 untuk memasak keesokan harinya pulak...Ok la ya, seperti biasa resepinya ada kat bawah ni...
BAHAN-BAHANNYA
  • 2 ekor ayam dipotong agak sederhana besarnya
  • 20 biji bawang merah *
  • 2 labu bawang besar *
  • 10 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 2 cm lengkuas *
  • 5 batang serai *
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • Bahan penumis 4 sekawan secukupnya
  • 3 helai daun kunyit dihiris halus
  • 2 mangkuk santan pekat dari 2 biji kelapa
  • 5 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar gula
  • Garam secukupnya

Bahan yang bertanda * hendaklah dikisar bersama2

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis bahan2 penumis dan bahan kisar diikuti cili kering kisar dan rempah kari, tambah 1 cawan air dan masak sehingga agak garing dan naik baunya
  2. Masukkan pula daging ayam dan kacau2kan ia hingga sebati dan tambah santan pekat dan kacau2kan lagi
  3. Apabila kuah dah agak pekat, masukkan kerisik diikuti asam keping, garam dan gula secukupnya
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau supaya rata
  5. Boleh la ditutup api apabila ayam dah cukup masak dan kuah rendang sudah betul2 pekat dan sedia untuk dihidangkan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...