Assalamualaikum....Buona giornata!!! Cosa vuole da mangiare? Makan pizza kena la berbahasa Itali sikit..ceh3...jgn marah!!! Translationnya : Semoga hari ini ceria!!! Apa yang u all nak makan? Nak makan pizza ke tgh2 malam gini? Wah....rindu betul la lama tak blogging. FYI....kaki kanan akak terseliuh semasa menyediakan masakan katering minggu lepas. Sakit beb....Mula2 lepas terseliuh tu sempat lagi akak ketawa2 dengan pembantu akak bila mengenangkan balik bagaimana akak boleh jatuh terduduk tu, sakit baru sikit2 je masa tu. Tak lama kemudian baru la rasa berdenyut2, makin lama makin teruk pulak rasanya. Sekali tengok2 dah bengkak di buku lali kaki & lebam sebesar tapak tangan di bahagian bawah lutut. Tension jugak bila dah tua2 kena macam ni, pergerakan terbatas. Banyak masa dihabiskan dengan duduk & baring je. Buat apa pun jadi takde mood, semuanya jadi susah...kalau drive tu lagi la...nak press minyak pun sakit berdenyut2 Allah je yg tahu. Alhamdulillah sekarang dah ok...boleh la aktif & lasak balik..hehe
Akak buat pizza untuk makan malam ni. Bakar dalam loyang 4 segi ni, cukup untuk 10 orang. Pizza ni agak tebal & gebu, sangat mengenyangkan. Semua rakyat di rumah ni sukakan pizza, sekali hadap je pizza ni... Resepi dia akak letak di bawah ni macam biasa.
BAHAN2 UNTUK DOH PIZZA
- 200 g tepung berprotin tinggi
- 6 g yis segera
- 40 g gula kastor
- 2 biji kuning telur
- 80 ml air
- 40 g mentega
- 1/ sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA
- Campurkan kesemua bahan kecuali air & mentega dan kacau2kan supaya sebati
- Masukkan sedikit demi sedikit air dan ulikan sehingga menjadi doh
- Masukkan mentega dan uli lagi agak lama sehingga doh menjadi kenyal dan rehatkan 20 minit
- Ambil tin pembakar yang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega didasarnya
- Canaikan doh sederhana tebal dan masukkan kedalam tin pembakar tadi
- Isi ayam bahagian dada, dipotong kecil
- 3 sosej ayam dihiris bulat2
- Cili benggala merah dihiris2
- 2 biji buah tomato di hiris nipis
- Bawang holland dihiris2
- 3 kepingan keju dipotong kecil2
- Sos pizza secukupnya
- 5 sudu besar minyak zaitun
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan minyak zaitun & goreng sehingga masak isi ayam, angkat & ketepikan
- Gorengkan pula sosej ayam, angkat & ketepikan
- Sapukan sos pizza secukupnya diatas keseluruh doh pizza tadi
- Taburkan isi ayam, sosej, cili, tomato & bawang
- Bakar dalam oven dengan suhu 200C selama 25 minit
- Taburkan kepingan keju pada 10 minit yang terakhir dan bakarlah sehingga pizza nampak agak garing.
Assalam na..ptt la lama tak ada n3 baru rupa2nya terseliuh mesti sakit bangat tu...org yg aktif bila kena duduk2 mesti tensionkan.
ReplyDeletebak sikit pizza nak rasa la sedap n menyelerakan sekali
sedapnya kak pizza tu...ni kalau anak2 fiza mmg gemo makan ni...=)
ReplyDeleteKak Rosaliza...Waalaikumussalam, mmg sgt2 tension time tu, buat apa pun xde mood. kalau dekat leh je bg pizza 2 potong.. :)
ReplyDeleteHafizah Mohamad...haah la Fiza, mmg sodap. kat rumah akak ni semuanya penggemar pizza. mmg selalu buat pizza sebenornye... :)