Monday, May 2, 2011

JOM KITA BERKENALAN !



 Assalamualaikum... Ambil kesempatan malam ini untuk menyelesaikan tag dari Fie, KLIK Bila Periukku Berbunyi untuk melawat blog adik Fie nie..Kiranya akak ni agak terlambat dalam bab2 cam gini, apa2 pun akak appreciate sangat & ingin mengucapkan terima kasih pada Fie yang sudi untuk mengenali akak walaupun di alam blogging saja. Tapi, mana lah tahu mungkin kita boleh bersua satu hari nanti kan! Tiba lah masa untuk menjawap soalan yang berderet2 seperti di bawah...emmmmm (sambil menggaru2 kepala yg tak gatal pun ni...) ok lah jom la jawap satu persatu..hik2
 Apakah status anda ? 

Seorang isteri, ibu kepada 5 org putera

Ceritakan tentang diri anda 
 
Dilahirkan pada tahun 1971 (cerrr kira bape dah umur akak..) sangat meminati bidang dekorasi dan masakan
Berjiwa romantis, manja & peramah (jika dah kenal)
Tegas, serious dan garang bila berkaitan hal2 pekerjaan
Pernah terlibat dalam dunia perbankan & kini telah pun bersara awal dengan rekod yang baik, tujuan asal bersara awal adalah untuk beri perhatian kepada rumahtangga, khususnya anak2
Baru terlibat dalam bisnes makanan secara kecil2an & turut menerima tempahan katering bagi majilis kenduri kendara

Cerita tentang blog anda
 
Blog akak ni baru berusia setahun jagung
Tujuan untuk mengumpul resepi & bercerita berkaitan apa sahaja yang ingin dikongsikan disini
Juga untuk dijadikan reference & kenangan manis di masa akan datang, Insya Allah...
Apa pandangan anda tentang dunia blog Dunia blog adalah dunia tanpa sempadan yang dapat dicapai oleh sesiapa sahaja secara baik atau buruknya. Terpulang lah pada individu itu untuk mendapat manfaat sebanyak mungkin atau merugikan diri sendiri dengan cara yang tidak sepatutnya...

Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak buat blog


Buat blog cepat2 & bagitau akak link dia, bila2 free boleh akak ziarah.. :)

Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda


Emmmm....tiada yang unik. Blog yang biasa2 sahaja. Akak berblog bukan untuk mencipta sesuatu yang unik, cuma ingin berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi hadir disini

Sampai bila hendak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

Akan terus berblog selagi ada kelapangan. Impian akak dalam dunia blog semoga mendapat manfaat yg berterusan & dikurniakan kawan2 blogger yang menceriakan setiap kali akak berada disini...

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat

Tak dapat nak tag sebab ramai sangat yang akak nak kenal, otak pun dah tak boleh nak fikir lagi dah ni...semuanya blogger yang manis2 belaka, semuanya nak kenal & selalunya akak kenal rakan2 melalui blog masing2 menerusi cerita yang dikongsikan disana

4 comments:

  1. Assalamualaikum akak, thanks ya dah joint...sukanya..Fie baru dapat buka blog..semoga persahabatan ini berkekalan selamanya..nanti datang ambil hadiah kad @ award bunga kat blog Fie ya..terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. oo gitu ceternya....salam perkenalan kak...hehe

    ReplyDelete
  3. nak jemput sertai contest di blog saya kalau sudi



    http://www.abgshah.com/2011/05/contest-selamat-hari-guru-cikgu.html

    ReplyDelete
  4. salam ziarah tengahari kak, hari ni cuti, bolehlah ziarah blog kawan2..thanks akak sudi joint..nanti ambil kad yg tak seberapa tu kat blog Fie ya..sayang akak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...