Tuesday, May 31, 2011

PEHA AYAM SOS CILI MADU 5 HERBA CAMPUR

Assalamualaikum....Pelik pulak rasa malam ni bersemangat nak update blog walaupun agak kepenatan. Keluar dari rumah seawal 10 pagi untuk ke Kampar ditemani pembantu. Belum sempat keluar Tapah, ditahan JPJ atas 2 kesalahan, Alhamdulillah,setelah memberi beberapa reason, & yang paling penting atas budi bicara staff JPJ berkenaan, tiada saman yang dikeluarkan. Memang sebab yang akak berikan tu sangat kuat, dah bukan salah akak jadi macam tu kan...kan..."Hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan yang Encik dah lakukan..terima kasih" ucap akak padanya. Dalam hati suspens jugak sebenornya, tak pernah experience benda camni seumur hidup. Sampai pembantu akak cakap "Ibu, tak payah pergilah ke Kampar, jom balik saja..." ehhh dia pulak yg lebih2 suspens. Bagi akak, no way la nak patah balik..perjalanan diteruskan.

Sampai kat Feroz Khan Capati sempat pekena capati kejap. Akak makan sorang2 sebab tetiba waktu nak order pembantu bagitau "Ibu, saya puasa hari ini..." Dah akak kenyang, teruskan perjalanan ke Kampar & tiba dengan selamatnya di rumah mama akak. Lepas puas lepak & bercerita, bertolak ke Tesco & sempat memenuhkan 2 troli barang. Yang paling bestnya hari ni (selain kena tahan JPJ tuu...) sebab akhirnya terlaksana jugak impian nak buka account di sebuah bank tu....yeay2...Lagi satu, yang best jugak sebab dapat jumpa seorang kawan lama dibank tersebut. Banyak jugak cerita menarik. Singgah semula rumah mak & sembang2 lagi. Tepat 6.15 petang bertolak balik ke Tapah, singgah pulak Pasaraya Minat, beli barang lagi sampai dah tak tahu nak letak kat celah mana dalam kereta tu, so akhirnya letak barang2 atas riba pembantu la jawapnya. Dalam perjalanan singgah pulak kat Anwar Maju, pembantu berbuka puasa disitu & akak pun nak menyibuk jugak makan roti naan keju & ayam tandoori pulak.. :)

Moral of the story, walaupun perjalanan bermula dengan sesuatu yang agak pahit, jangan mengaku kalah, teruskan perjalanan, mungkin anda akan berjumpa dengan macam2 yang menarik selepas itu...

Ayam ni akak masak untuk anak2 yang merajuk sebab ditinggalkan tanpa pesan...hahaha..Bior betui kalau bagitau depa semua mesti nak ikut. Bagi can la mama & pembantu gi jalan2, shopping2 kejap. Resepi dia macam kat bawah laa......

BAHAN BAHAN

  • 5 ketul ayam bahagian drumstick
  • 1 sudu besar 5 herba campur
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 sudu teh serbuk pati ayam

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan peha ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit dan gorengkan sehingga betul2 masak, ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dengan api perlahan tumiskan bawang putih sampai naik baunya
  3. Masukkan cili kisar & serbuk 5 herba campur, diikuti sos tiram & sos cili. Kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan madu & serbuk pati ayam dan kacau lagi biar pekat sosnya
  5. Yang terakhir masukkan paha ayam dan kacaukan lagi sehingga mesra dengan kuah sosnya dan bolehlah ditutup apinya.

8 comments:

  1. Assalammualaikum kak, apa khabar?bz yer...hmmm sedap nengok ayam akak dok berposing tu...sungguh menyelerakan, suka sgt drumstick tu..:)

    ReplyDelete
  2. Nieza...Waalaikumussalam, alhamdulillah akak sihat & hrp Nieza pun begitu yea! anak2 akak pn suka drumstick, depa ni mkn hari2 ayam pun xpe..kalau kita mesti dah jemu kan..thanks Nieza :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak...sedapnyer fiza tgk ayam tu...ni kalau anak2 fiza mmg gemo drumstik tu...fiza suka juga...he he he...nampak berkilat ja ayam akak ni...tgh2 mlm ni rasa lapo la pulak...isk..isk..isk

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk drumstick tu, teringat pula ayam kat pizza hut...nak buat nanti, tp anak akak tak mkn pedas sikit pun...huhu...

    peringatan: keselamatan kena jaga sekalipun nak bergegas utk tugasan penting, apa2hal kena ingat org yg tersayang.

    ReplyDelete
  5. akak..dah sihat ke....
    sedapppnya tengok ayam tu ...
    menggoda betulll...

    ReplyDelete
  6. assalamua'laikum kak,apa kabar? alhamdulillah staff jpj tu bg lepas ya kak..klu x brp plk nk bayar..baik2 nk buka akaun, kena bg duit byr saman pl kan kak..haishh :(

    sedap nmpk ayam anak2 merajuk tu..nk merajuk jg la, kot dapat 1 periuk :)

    ReplyDelete
  7. wah suma drumstick..sy chup satu ya..sedap tuuu

    ReplyDelete
  8. Fiza...Waalaikumussalam, ha ah la anak2 mmg minat drumstick kan! Mak pn sama hik2..kalau dtg awal sikit leh jugak akak bg seketoi...:)

    Zanafahmi...sama la mcm yg kat rumah ni, pedas sikit pun nak komplen, tu yg lg nak msk pedas selalu. depa komplen je tp mkn abis licin jugak akhirnya. setuju dgn kak zana, keselamatan no 1, tp yg kena tahan tu pasal memandai ubahsuai sana sini..hehe padan muka kan! :)

    Mas...Alhamdulillah akak ni sihat, hrp Mas pun begitu. Peha kita mmg menggoda kan! Oppps..peha ayam la.. :)

    Deliah's Deli...Waalaikumussalam, Alhamdulillah akak sihat & hrp Del pun sihat juga. Betul la, kalau kena saman tu mmg x buka acc la jwpnye.. Meh la merajuk kat sini leh bg drumstick ni seketoi & siap suapkan lg..hik2 thanks Del :)

    Lina_pg...Mmg semuanya drumstick, akak mmg suka simpan bahagian tu utk anak2, tu kat dlm freezer bnyk lg tunggu dimasak je...meh2 kita bg seketoi.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...