Thursday, May 5, 2011

CREAM PUFF

Assalamualaikum...Kembali di sini dengan cream puff yang comel & sangat sedap rasanya. Terima kasih pada Antan @ Yusaniza kerana mencetuskan keinginan di hati ini untuk membuatnya secepat mungkin. Memang ni lah first time akak buat cream puff, selama ini bila tengok rupanya asyik tertanya2 camne la rasanya. Puas hati bila dah buat & ternyata hasilnya memang memuaskan.
Resepinya akak salin dari dapur Antan kat SINI. Diintai dari dapur CMG kat SINI . Baru teringat dulu akak pun pernah mengendap dapur CMG & memang terliur tengok cream puff yang dibuatnya. Izinkan akak siarkan resepinya di sini untuk dikongsikan dengan yang lain & sebagai future reference. Thanks to both of you yea !!!
BAHAN CREAM PUFF
  • 50 gram mentega
  • 125 ml air
  • 1/3 camca teh garam
  • 75 gram tepung gandum, diayak
  • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
  • 1/2 camca teh esen vanilla
BAHAN CUSTARD CREAM
  • 1 kuning telur
  • 150 ml whipping cream
  • 1 1/4 camca besar tepung custard
  • 25 gram gula halus
  • 1 camca besar parutan keju cheddar
  • 1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA 

UNTUK CUSTARD CREAM :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati.
  2. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
UNTUK CREAM PUFF :-
  1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
  2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.
  3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
  4. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
  5. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing.
  7. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri... 

5 comments:

  1. Cantiknya cream puff dia...sedapkan...

    ReplyDelete
  2. yummy sedap kan kak? umi pun suka!

    ReplyDelete
  3. Antan...mesti la cantik..tengok la sape sifu2nye tuuu kan!!! thanks yea Antan.. :)

    Umi...Sedap sampai x cukup2 almaklum la rakyat pun ramai. umi pun dah penah buat kan! thanks yea umi dtg sini.. :)

    ReplyDelete
  4. Akk suka sangat nak cuba buat cream puff ni..tapi rasa mcm rumit bab nak masak tepung tu heheh..tapi bila tgk na yg first time buat cantik je..keinginan tu dtg lg heheh

    ReplyDelete
  5. Rosaliza...baik buat cepat2 kalau dh teringin tuu. masak tepung tu kejap je, jgn risau..Rosa mesti boleh! Nanti dah buat tunjuk tau!! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...