Thursday, October 23, 2014

NASI BUKHARI DAGING


Assalamualaikum semua...

Nasi bukhari makan sepinggan mesti nak lagi. Memang dapat makan puas apabila sesekali ada tempahan katering menu begini. Kalau saja2 nak masak untuk hidangan keluarga memang takkan ada rasanya.

Memang ramai yang menyukai nasi ni dan sesuai dengan gelaran raja kepada segala nasi kerana rasanya yang tersendiri. Daging lebih sedap jika ada campur bahagian lemak2 macam tetel, baru la perghh...Menu pengiring bagi nasi ni adalah salsa timun & tomato dan ditambah dalca maghribi.

Resepi asal adalah dari suami boleh dikatakan agak complicated tapi sudah diubahsuai sedikit sebanyak (oleh isterinya..) demi memudahkan penyediaannya,  Sukatan bahan2 untuk resepi ini adalah untuk 6-7 orang makan. Jom terus ke resepinya...

BAHAN BAHAN
  • 1 kg daging lembu
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu besar garam
  • 3 tin susu beras basmathi (rendam kejap dan toskan)
  • 3 1/2 tin susu air stok rebusan daging
BAHAN2 PENUMIS
  • 2 biji bawang besar dihiris 
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris 
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 6 bunga cengkih
  • 5 buah pelaga
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
BAHAN2 KISAR
  • 6 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 buah tomato masak
BAHAN2 UNTUK SALSA TIMUN
  • 1 batang timun
  • 2 buah tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Secubit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit garam
RESEPI DALCA MAGHRIBI SILA KLIK SINI

CARA PENYEDIAAN
  1. Mula2 rebus daging hingga 3/4 empuk dan ketepikan dahulu air rebusannya untuk memasak nasi.
  2. Kemudian panaskan minyak sapi dalam periuk nasi dan tumiskan bahan2 penumis sehingga layu dan kekuningan lalu diikuti dengan bahan2 kisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan tomato. 
  3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk kulit kayu manis, tomato puri dan kacau2kan sehingga naik aromanya. 
  4. Apabila rempah nampak agak garing dan pekat masukkan daging dan masak sehingga daging benar2 lembut, tambah air jika perlu
  5. Kemudian barulah dimasukkan air rebusan daging dan susu cair dan kacau2 biarkan mendidih sebentar baru dimasukkan beras basmathi, kacau lagi perlahan2 
  6. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukupnya, biarkan nasi didalam periuk nasi sehingga betul2 masak. Sesekali kaup balikkan perlahan2 nasi dalam tempoh tersebut supaya masak rata. 
  7. Untuk salsa sayuran, potong dadu timun, buah tomato dan bawang besar. Masukkan kedalam mangkuk dan tambahkan serbuk lada hitam, gula dan sedikit garam lalu digaul sebati.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...