Friday, October 24, 2014

SERUNDING DAGING DICICAH DENGAN LEMANG PANAS2


Assalamualaikum...First of all, Salam 1436 Hijrah buat seluruh umat Islam walau dimana sahaja anda berada Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bernafas di dunia yang bersifat sementara ini. Kaki terus melangkah dengan hati mensyukuri segala nikmat dan anugerah yang tidak disangka2 kurniaan dariNya. Bersabarlah...pasti mendapat!

Berbalik pada serunding daging yang sangat2 lazat tak terkira  Demi anak kedua akak yang mengidamkan sangat serunding daging ni. tak abis2 tanya kat mana ada jual sebab dah teringin benor maka sebagai emak tak sampai hati le pulak nengoknye so aritu akak paksa jugak la diri untuk membuatnya.

Berjam2 memasaknya dan memang lenguh tangan memasaknya sebab serunding ni bukan boleh main tinggal2 kang hangus langsung tak boleh dimakan. Tapi amat berbaloi tau sebab kalau beli pun takkan dapat sesedap ni Dapat pulak cicah dengan lemang panas2..kat sini bukan musim raya je tau ada jual lemang , ada satu tempat kat Temoh jual lemang sepanjang tahun. Puaskan angah, berpinggan2 dapat diratahnya.

Kalau nak tahu camne nak hasilkan serunding ni jom semak resepinya...

BAHAN BAHANNYA

  • 2 kg daging (bahagian isi pejal tanpa lemak)
  • 3 ulas bawang besar kisar
  • 8 ulas bawang putih kisar
  • 3 cm halia kisar
  • 3 cm lengkuas kisar
  • 6 batang serai kisar
  • 5 sudu besar cili kering kisar (nak pedas, lebihkan)
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • Santan pekat dari 2 biji kelapa
  • 2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar garam
CARA PENYEDIAANNYA
  1. Daging lembu dipotong ke beberapa bahagian sederhana besarnya dan rebuskan sehingga empuk. Apabila sudah sejuk carik2kan daging agak halus dan kalau nak senang boleh masukkan dalam mesin pengisar tapi jangan hancur sangat..i carik2 guna tangan separuh dan separuh lagi i kisarkan sebab nak cepat..oh ya, air rebusan ketepikan dulu
  2. Seterusnya, didalam kuali panaskan 2 senduk minyak dan masukkan kesemua bahan2 kisar diikuti dengan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, Masak sehingga naik aromanya
  3. Apabila nampak pekat dan garing rempah2nya, masukkan daging yang sudah dicarik termasuk air rebusannya sekali, kacau2kan dan masak api sederhana
  4. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi, biarkan daging dimasak perlahan2 sambil sesekali dikacaukan
  5. Apabila kuah nampak pekat, masukkan pula gula merah, gula pasir dan garam secukupnya, kacau lagi biar sehingga betul2 kering. Pada peringkat ini perlahankan api dan biarkan serunding dimasak sehingga betul2 kering dan garing.
  6. Sesuaikan rasanya jika nak serunding lebih manis, tambahkan gula, begitu juga dengan garam
  7. Tutup api apabila sudah betul2 kering dan biarkan serunding sejuk dahulu. Simpankan di bekas kedap udara, Insya Allah boleh tahan berbulan2 (jika tidak dimakan,,haha jgn marah ya!)

2 comments:

  1. salam maal hijrah wat azlina sekeluarga..wah rajinnye buat serunding..akak order sekilo boleh? hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh utk puan doc boleh je...hik3 thanks for dropping by :))

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...