Tuesday, October 14, 2014

RENDANG DAGING MAMA


Assalamualaikum....Salam petang Selasa buat semua.

Masakan rendang memang dah sebati dengan jiwa I..tapi tak le maksudnya I ni expert memasaknya. Maksud I yang bab sebati tu gini ya...tiap2 minggu menu rendang ni memang kena masak sebab dah dalam list keje I..Menu untuk asrama ni dah ditetapkan,.so jangan memandai2 nak tukar menunya kang kene sekeh ngan pengetua pulak..

Rendang ni dimasak special untuk anak2 yang tak jemu2 makan rendang daging mamanya, Resepinya agak pedas so buat yang tak tahan pedas sila kurangkan cili padi. Selamat memasak buat keluarga tercinta...

BAHAN BAHANNYA
  • 1.5 kg daging lembu  (dipotong sederhana besar & agak nipis)
  • 2 biji kelapa diambil santannya (sederhana pekat)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus2)
  • 3-4 helai daun limau purut (dihiris halus2)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 6 sudu besar kerisik
  • 2 asam keping
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
BAHAN2 UNTUK DIKISAR
  • 8 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • Sedikit kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi
CARA MEMASAK
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 kisar, diikuti dengan cili kering kisar, jintan manis & jintan putih, kacau2kan sehingga naik aromanya
  2. Kemudian masukkan daging dan gaulkan perlahan2 dengan bahan2 tumis tadi
  3. Masukkan pula santan, jangan lupa kacau2kan selalu biar merenih dengan api sederhana perlahan
  4. Biarkan sehingga daging lembut dan pekat kuahnya baru dimasukkan kerisik, kacau lagi
  5. Terakhir baru dimasukkan garam dan gula termasuk gula merah, jika suka rasa agak manis boleh tambah gula begitu juga sebaliknya. Masukkan pula asam gelugur dan kacau lagi
  6. Pada peringkat akhir rendang haruslah selalu dikacau jika tidak ia akan hangus. Masaklah sehingga betul2 kering dan sebelum ditutup api jangan lupa masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau buat seketika saja dan bolehlah ditutup api.

2 comments:

  1. Salam kenal, nampak sedapp, boleh cuba nie hehe, anyway saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah..Insya Allah nanti saya singgah ya :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...