Hati puas bila melihat pokok tanaman menjadi, hidup subur dan panjang hayatnya. Minat menanam pokok hiasan dah lama...actually semenjak di awal perkahwinan iaitu 19 tahun yang lalu. Seronok bila tengok pokok2 ni membesar tapi kebanyakannya tak tahan lama disebabkan tiada ilmu tentang pokok yang ditanam. Tapi ada jugak yang dah hampir 10 tahun tapi masih bertahan bila setiap kali nampak dah merimbun semacam akak akan tanam semula anak2 pokoknya tu.
Sekarang ni rasa macam dah ada sedikit masa lapang waktu petang, Nailah pun dah besar sikit & setiap petang akak akan bawa dia tinjau2 pokok yang ditanam. Nampaknya dia pun suka sangat tengok pokok2 bunga, kalau nampak je bunga macam nak terkam je rupanye..
Yang berikut ni adalah antara penyeri baru di laman akak ..jom kita tengok sikit, pokok apa ke tu...
Dah lama tak menanam pokok bunga mawar. Dulu2 pernah menanamnya tapi tak bertahan lama. So, ni pokok yang dibeli di Cameron Highlands baru2 ni. Sewaktu dibeli hanya ada beberapa kuntuman yang belum kembang. Sekarang dah nak masuk 2 minggu bunga2nya masih bertahan. Daun2nya masih segar menghijau. Semoga kali ini menjadi hendaknya.
Pokok jenis asam batu ni pun pernah akak tanam dulu. Seingat akak ada macam2 jenis yang akak pernah tanam tapi semua hayatnya tak panjang, paling lama pun setahun. Yang ni pun dibeli di CH, Mintak2 sangat bior menjadi.
Yang ni ibarat love at first sight..sekali tengok memang dah tak berpaling lagi. Daun nya cantik, bentuk bunganya menarik, warna bunga macam purple sikit..Pokok apakah namanya ini ? Dah beli sebulan lebih tapi masih maintain macam sewaktu beli, tak nampak besar2 pun. Hmmm...kita wait and see je la.
Pokok ni beli di CH jugak. Dah pernah tanam 10 tahun dulu tapi pendek sungguh umurnya. Kot2 la akak ni terlebih air atau baja. Or maybe tanah tak sesuai dengan dia ke..Yang akak tengok di nursery tu pokok ni subur dan membesar dengan jayanya. Mudah2an semua pokok2 yang baru ni panjang usianya dan serasi dengan tuannya. Insya Allah!
0 comments:
Post a Comment