Monday, July 18, 2011

PUDING TELUR BEROTI




 

Assalamualaikum...Tercari2 resepi yang menggunakan lebihan roti, teringat pula pada resepi kak Rosaliza ni. Ramai juga yang dah mencuba puding roti ni nampaknya. Memang sedap puding ni, lain la sikit dari puding telur yang biasa dibuat tu. Puding sebegini memang digemari oleh seluruh rakyat. So, kepada sesiapa yang tak de idea nak buat apa dengan lebihan roti boleh cuba resepi ni yang sememangnya enak.

Resepinya akak copy dari dapur Rosaliza. Terima kasih yea kak Rosa kerana sudi berkongsi2 resepi yang lazat ni.

  

RESEPI DARI : EMBUN KASEH ROSALIZA

Bahan2nya
  •  3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  •   4 keping roti gardenia
  •   3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
  •   2 cawan air suam
  •   1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
  •   esen vanilla (1 sudu teh)

Cara- cara

  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus kemudian ketepikan. 
  2. Panaskan pengukus 
  3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. 
  4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
  5. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..(akak kukus 15 minit je sbb guna acuan kecil2)



4 comments:

  1. Ya ampun..
    malam2 kak tayang puding..
    cuaca dah lah panas..
    kalau dapat makan nie..

    sure sejuk jer, lagi2 boh dlm peti ais......

    ReplyDelete
  2. Assalam lina, sedapnya nmpk puding roti tu, ni resipi jimat cermat ni, terima kasih kerana sudi mencuba ya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh kak Azlina....mmm syeeeeeeeeeeedapnyeeee...nak wat dah keabisan stock telur ni....hmmmmm adoyai....lopong la mulot nengok....:)

    ReplyDelete
  4. Citarasa Rinduan...betul sgt tu Ayu, mmg lebih sedap jika disejukkan dulu baru mkn, mmg best la sebagai pencuci mulut.. :)

    Kak Rosaliza...Waalaikumussalam, mestilah sedap tengoklah resepi siapa pulak kan! hehe..maceh yea sbb kongsi resepi puding sedap ni dgn semua.. :)

    Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam, Ala ciannya dia, jgn la lopong2 gitu..cepat2 gi beli telur boleh buat utk mkn ptg nnt.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...