Wednesday, July 20, 2011

SERI KAYA PANCAKE CIK MAT GEBU


Assalamualaikum... Pancake dibuat untuk makan petang tadi. Actually dah pernah buat beberapa kali sebelum ni. Tapi tak sempat dipostkan entry nya disini. Okay lah...resepi pancake yang sememangnya sedap & disukai oleh hero2 yg berlima di rumah ni  adalah dari blog Dapur Tanpa Sempadan, siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu. Terima kasih akak ucapkan yea! 

Selalu jugak bila masuk blog beliau , akak akan ajak hero2 akak sekali melihatkan hasil masakannya. Tujuan untuk membangkitkan semangat dihati anak2 lelaki akak rajin ke dapur. Maklumlah, anak2 semua lelaki, kalau tak dilatih dari sekarang susah jugak nak cakap macamana lah nanti kan! Alhamdulillah setakat ini semua yg dah besar2 tu (15, 13 & 12 tahun) semuanya suka masak memasak ni. Bagi akak penting untuk anak lelaki tahu memasak sebab sekurang2nya bila berjauhan dari keluarga atau bila isteri dalam pantang bolehlah diharapkan ke dapur..Takdelah hari2 kena beli lauk di kedai je...

Okaylah, resepinya akak copy dari blog Cik Mat Gebu untuk future reference. Thanks again...

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
2 camca besar seri kaya (mat guna jenama "Yeo's") akak guna jenis Agromas
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan susu segar
3 camva besar air
30 gram mentega dicairkan#
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Madu, Strawberry, Seri kaya untuk dimakan bersama pancake#

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan bekas, satukan semua bahan diatas kecuali bahan bertanda (#), kacau rata hingga sebati dan masukkan mentega cair, kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 4 inci dengan sedikit minyak. Tuang 1/3 cawan adunan dan masak dengan api kecil. Tutup dengan tudung periuk, biar hingga permukaan pancake berbuih dan kelihatan kering. Terbalikkan. Masak hingga perang, alih dalam pinggan, buat hingga habis, yang penting guna api kecil.
  3. Hidangkan pancake yang telah siap bersama madu, strawberry atau seri kaya, jika suka... Selamat mencuba

    4 comments:

    1. kandaaaaaaaaaaaaaa yg jauh d mata....dinda dtg memalam buta ni, ngeeeeeeeee, nk minta pinjam non stick pan 4" nak wat pancake yg gebus tu.....
      :))

      ReplyDelete
    2. wahhh gebusnya pankek akak...sedap ni lama dah tak buat..nk buatnya tak la susah pun tapi malas jer..hehe

      ReplyDelete
    3. salam azlina
      peminta farah ya..kalu dekat2 leh ajak g sama2 mlm tu..emmm..
      anak lelaki semua ya..untung..kak 4 pompuan..untung mak ayah che mat pandai masak.harap2 anak2 kita pun pandai mcm cmg...cantik pancake tuuu sekata warna dia..

      ReplyDelete
    4. Ayu Safieza@Humaira...Aduhai adindakuuuu, kekanda pon sebenornye xde non stick pan 4" tu, main belasah guna apa yg ada di dapur je, xde kira bape inci dah, janji siap & dpt mkn, kenyang peyut sukahati..kan adikku cayanggg... :)

      Nieza...mmg gebuss la sgt, masuk mulut mcm hilang begitu saja..cewah2..malas tp mcm2 menu keluar x henti2 tu akak tengok.. :)

      Ilahjy...Wah, sronoknya ramai anak dara, tentu gamat bila masuk dapur ramai2 kan! Iya lah kak, sejuk perut mengandung 9 bulan dpt anak mcm Cik Mat, suka tengok dia rajin msk mcm2 utk mak n ayahnya...Maceh yea..:)

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...