Saturday, July 9, 2011

KEK PISANG LEMBAP BERCIP COKLAT


Assalamualaikum...Kek pisang ni akak buat 2 hari yang lepas. Pada mulanya tu nak buat kek pisang biasa je tapi bila ternampak cip coklat yang masih berbaki tu terasa nak masukkan pula ke dalam kek ni. Anak2 kalau tengok ada bercoklat2 tu suka lah hati depa nak makan. Apa2 pun kek ni semuanya dah selamat di makan yang tinggal cuma gambarnye aje.

Nak lama2 di sini pun tak dapat sebab ada banyak kerja yang perlu akak settlekan. Oklah, kot2 ada yang teringin nak cuba bolehlah tengok resepi di bawah ni yea....


BAHAN BAHAN
  • 800 g pisang yg masak ranum (dilenyekkan terlebih dahulu)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 150 ml mentega dicairkan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 cawan tepung kek ( boleh guna tepung gandum biasa + 2 sudu teh baking powder)
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan cip coklat 


    CARA MEMBUATNYA
    1. Satukan telur dan gula, pukul sebentar hingga gula larut
    2. Masukkan mentega cair dan pukul sebati, diikuti dengan susu cair & vanila, pukul sebentar
    3. Masukkan pisang yang dilenyekkan, kacau2kan diikuti dengan tepung kek yang sudah diayak terlebih dahulu dan gaulkan sehingga sebati
    4. Terakhir, masukkan cip coklat dan gaulkan sehingga rata dalam adunan
    5. Griskan loyang & alas dengan baking paper, masukkan adunan ke dalam loyang & taburkan lagi cip coklat di bahagian atasnya pula
    6. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

    4 comments:

    1. klu kek2 ni mmg laku kat rumah ni esp kek pisang..pnh bt tp x letak choco chips..nampak sedap,moist. :)

      ReplyDelete
    2. Salam Azlina...

      Wah! bestnya ada kek pisang...lama tul kak cek tak wat kek pisang ni...he he...

      Anyway thanks bagi kak cek info pasal steam bc tu...cam menarik je utk dicuba...Insyaallah nanti nak try jugak lah....nampak lebih kemas hasil kejadian frosting atas kek kan...tq again...:)

      ReplyDelete
    3. saya suka sangat ngan kek pisang...pes pisang masih banyak dalam esbox tu, tp masih mencari2 masa nk membaking...huhuh...meh nk rasa sikit bleh?? hehe

      ReplyDelete
    4. Deliah's Deli...mmg laku kat rumah ni, ramai tukang makan, esp anak2 lelaki asyik keluar masuk dapur 24 jam.. :)

      Cik Cek...Waalaikumussalam, steam bc lg mudah kan, nnt nk tengok kak cek buat la pulak, mesti cantikkk tuu.. :)

      Cendana Kasih...Kek pisang tu udah lama abisnye..nnt akak buat lg boleh bg ehh.. :)

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...