Friday, March 11, 2011

MILO AIS TABUR

Assalamualaikum pembuka kata...Kesibukan melanda, akhirnya dapat juga singgah kejap kat sini...Jadi la kan, walaupun tak boleh lama2 sangat kat sini...huhuhukkk...sekarang ni masa agak terbatas untuk blogging, kadang2 tu terjah blog kawan2 pun tak sempat nak bagi salam...
Gempar dengan berita gempa bumi & tsunami di Jepun, kehilangan nyawa, harta benda dan mcm2 lagi. Sesungguhnya Allah menguji setiap manusia dengan pelbagai cara & bentuk. Pasti ada hikmah yang tersembunyi dengan kejadian tersebut. Akak panjatkan doa buat semua muslimin & muslimat yang berada di sana semoga semuanya selamat & dipelihara Allah swt hendaknya. Begitu juga dengan rakyat Jepun yang tidak berdosa, pilu dengar berita2 sebegini.
Tenang2kan fikiran & rehat2kan minda...jom minum Milo ais tabur. Akak buat untuk semua rakyat jelata untuk minum2 di tgh malam2 buta ni. Supper la konon...
BAHAN BAHANNYA
  • 3 sudu besar serbuk Milo
  • 1 sudu besar serbuk krimer
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Air panas secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan 2 sudu besar serbuk Milo ke dalam gelas yang sederhana besar
  2. Tambahkan air panas secukupnya dan kacau2kan sehingga serbuk Milo betul2 larut
  3. Masukkan pula susu pekat manis dan kacau2kan lagi
  4. Tambahkan ketulan ais secukupnya
  5. Taburkan 1 sudu serbuk Milo & 1 sudu serbuk krimer dibahagian atasnya
  6. Sedia untuk dinikmati.

2 comments:

  1. uishhh sedapnya milo ais kak..order segelas kak...hehe selamat berhujung minggu kak..:)

    ReplyDelete
  2. Nieza...boleh3, ni akak buatkan sgelas beso special utk Nieza! Tabur milo lebih2 lg nie..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...