Wednesday, March 30, 2011

13 TAHUN UMURNYA...MAMA MASIH TERINGAT2 :)

30hb Mac 1998 lahirnya putera akak yang kedua, Ameenul Husainy. Dah 13 tahun umurnya. Seorang anak yang sentiasa ceria & boleh bercakap tanpa henti 24 jam. Di rumah ni dia la tukang buat lawak. Kalau pasal menyakat adik2 pon boleh tahan jugak, sampai mama pun naik geram..grrrrr!!! Dia ni jugak peminat no 1 blog Dapur Azlina tau, apa yg akak update semua dia nak baca, semua dia nak tau, sampai bloglist akak pun habis semua dia terjah...Tapi yang satu lagi ni, mama betui2 tak tahan, suka sangat menyanyi..tak kira siang & malam, tak suka3 

Teringat saat kelahirannya 13 tahun lalu. Kebetulan hari tu adalah hari untuk check up di klinik bersalin Ipoh. Patutnya due 2 minggu lagi. Habis kerja terus ke Ipoh, selesai semua dah malam, sempat pergi makan pizza. Lepas makan, elok je masuk kereta perut memulas2 ingatkan dek pizza & makanan lain. Kebetulan dah malam terus je balik ke Kampar. Rasa semakin menjadi2 pulak sakitnya, terus hantar anak sulung ke rumah mak akak. Hubby ajak check kat hospital Kampar. Sampai disitu, akak takut pulak nak keluar kereta, confident sangat bukan nak beranak lagi, kan lambat lagi..x abis2 ingat tersalah mkn. Terus hubby drive ke Ipoh nak cari klinik swasta, konon nak check apa penyakitnya. Masa tu kat Kampar takde klinik 24 jam.
Sampai di klinik 24 jam, masa tu pun dah pukul 3-4 pagi...doktor pun malas nak layan akak. Senang je dia cakap..u tak de sakit apa2, u dah nak bersalin ni...So, cepat2 lah u pergi tempat mana u nak bersalin sebelum u terbersalin disini...hik3..mcm tu la kata doktor tu...So, bergegas la kami ke klinik bersalin tanpa membawa sebarang persiapan. Doktor pun tegur akak, aik petang tadi baru je jumpa dah jumpa lagi. Tak sampai sejam hero yg ke2 pun selamat dilahirkan. Dengan keadaan akak yg sehelai sepinggang, beg baby pun tak sempat siap, kesian baby kena pakai baju klinik..
Semasa awal tahun dapat peluang masuk ke sekolah berasrama tapi terpaksa akak tolak. Teringat masa tu surat tawaran sampai di sekolah dia, beria2 dia tunjuk kat akak, nak sangat dia masuk asrama. Teruk juga merajuknya sampai ke malam baru keluar bilik & makan nasi. Maafkan mama ya kerana tak mengizinkan Angah ke asrama. Takut nanti jadi sama macam Along, masuk asrama sebulan lepas tu dah mintak berhenti sebab dah tak sanggup hidup di sana. Insya Allah, masih ada peluang di masa hadapan. Bersedia melepaskan Angah selepas PMR nanti....

SELAMAT HARI LAHIR & SEMOGA CENY MENJADI ANAK SOLEH IDAMAN MAMA & BABAH...JAGA SOLAT, JAGA PERIBADI...
KEK HARIJADI KENA TUNGGU MALAM NANTI...MAMA NAK CARI ILHAM DULU YEA...

11 comments:

  1. Assalamualaikumwbh kak Azlina....sunggohlah kureng itew doctor selamba badak je handover ke spital lain...ekekekeee...mmm sib baik abg kak cepat bertindak n x gelabah....:)..ini buat ceny dari Mommy Ayu...

    Anak Ceny
    ...Selamat hari Lahir Nak...semoga menjadi anak yang soleh..berbakti kepada ibu bapa dan mendahulukan Allah swt dlm byk pekara...:) Amen...

    Pssst: bestnya Mommy Ayu dpt jadi org pertama yg wish ni...hopefully la....ceny yang comel.....:)

    Shhh...mama bagi apa kat ceny ni...??Jeng3!!!

    ReplyDelete
  2. happy birthday wat hendsome boy...
    moga menjadi anak yg soleh...
    menjadi insan berjaya dunia dan akhirat....

    ReplyDelete
  3. selamat panjang umur buat ameenul.... ensem2 anak akak kan? :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Ulangtahun yg ke 13 untuk anak bujang Azlina yg hensem ni....beso dah....semuga sejahtera dan berjaya dalam hidup...dan menjadi anak yang cemerlang...soleh dan beriman....Aminnn....

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman akak ni...happy birthday utk anak akak semoga menjadi anak yg baik yang boleh menbanggakan keluarga..insyaAllah...:)

    ReplyDelete
  6. wah dah 13 tahun anak bujang akak ye! tahniah, selamat ulang tahun moga jadi anak soleh.

    ReplyDelete
  7. selamat Hari Lahir utk si hensem Ameenul ni... cepaaat masa berlalu ya kak.. semoga Ameenul terus membesar dgn sihat walafiat & dgn penuh kasih sayang & rahmat dari ALLAH SWT

    ReplyDelete
  8. hepi belated besday buat angah..wah encemnya anak akak ni..semoga anak yang soleh dan berbakti kpd kedua ibu bapa

    ReplyDelete
  9. Buat Ayu Safieza, Nazrah, Mas, Mama Nazhan, Cik Cek, Nieza, Umi & LugieAmir....
    Maaf kerana terlewat membalas semua ucapan disini. Terima kasih dari akak atas ucapan & doa2 untuk anak akak. Akak jua mendoakan semoga teman2 semua berbahagia & sihat selalu disamping keluarga tercinta... :)

    ReplyDelete
  10. Tertinggal pulak nama Lina_pg...sama jugak mcm kat atas tu yea... :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...