Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dirahmati Allah, didoakan semoga semua ceria disamping famili tersayang. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke tempat yang tak seberapa ni, lama tak berupdate pulak tu! Akak agak busy menyiapkan tempahan masakan sejak kebelakangan ni. Memasak dalam kuantiti yang banyak agak mencabar di bulan puasa. Nasib baik semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah!
Tu yang kat gambar saja2 akak tunjuk puding marble yang selalu akak buat. Kot2 ada sesape yang masih tak reti membuatnya boleh la cuba buat ya!
BAHAN BAHANNYA
- 18 g agar2 bertali
- 1 liter air
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 80 g mentega
- 5 biji telur ayam
- 1 sudu besar tepung kastad
- 1 sudu besar serbuk koko
- sudu teh esen vanila
- Mula2 masak agar2 dengan air dan gula sehingga mendidih dan tutup api dulu.
- Di bekas berasingan, pukul telur sampai sebati masukkan susu cair dan tepung kastad.
- Kacau adunan tu dan tapiskan.
- Masukkan kedalam larutan agar2 dan masak semula di atas api sederhana.
- Kacau2kan sehingga rata dan masukkan mentega dan esen vanila.
- Bila dah larut mentega tu tutup api.
- Bahagikan kepada 2 sama banyak.
- 1 bahagian warna asal dan satu bahagian lagi campurkan serbuk koko.
- Tuang 1 senduk setiap warna berselang seli sampai habis.
- Sejukkan sebelum dimakan.
Kalau nak buat warna warni macam ni pun boleh. Gambar blur sebab waktu shooting selepas tengah malam tu..Adunan dibahagikan kepada beberapa warna yang disukai, dan buat selang seli dalam loyang yang dialas dengan apa2 supaya tinggi sikit dihujungnya. Apabila dah selesai letak loyang dikedudukan asal, maka jadilah puding pelangi..
0 comments:
Post a Comment