Sunday, August 22, 2010

NASI MAQLUBAH

Assalamualaikum...dah betul2 tengah malam baru sampai ke sini. Ni lah nasi maqlubah yang akak masak untuk anak2 makan selepas balik terawih tadi. Mula memasaknya pun dah lambat so tak sempat dimakan waktu berbuka. Memang dah adat kat rumah akak, makan berbuka disusuli lepas terawih 2nd round makan yg heavy2 jugak ...sebab anak2 dan babah dan mama juga tak reti makan nasi time sahur. Normally masa sahur semua minum susu, makan kurma dan telur separuh masak je. Nasi ni makan begitu saja pun dah cukup bagi akak. Buatnya pun senang, janji semua bahan mesti kena ada lah kan.... 
BAHAN2NYA
1kg beras basmathi
1 kg daging lembu
8 biji bawang merah )
4 biji bawang putih ) dikisar
2 cm halia )
4 sudu makan pes tomato
6 biji buah tomato dipotong dadu
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
Sedikit daun ketumbar, bawang goreng dan kismis
Bahan tumis :
6 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) dihiris
2 cm halia ) nipis
1 labu bawang besar )
2 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 bunga cengkih & 3 buah pelaga
2 helai daun pandan dicarik2 dan disimpulkan 

CARA MEMBUATNYA
Beras basmathi direndam selama 30 minit dan dibasuh seperti biasa lalu ditoskan airnya. Gaulkan daging dengan semua bahan2 kisar.
Serbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam dibancuh dengan sedikit air lalu digaulkan juga dengan daging.
Perapkan selama 1 jam
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan penumis dan daun pandan kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau2kan.
Masukkan tomato dan pes tomato diikuti air secukupnya untuk proses melembutkan daging. Apabila daging lembut masukkan beras tadi dan air secukupnya.
Masukkan daun ketumbar dan kismis, garam dan gula secukup rasa.
Bila airnya kering, tutup api dan balik2kan nasi menggunakan chopstick.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...