Salam petang....hujan tak henti2 sepanjang petang ni. Semua duk terperuk kat rumah, nak keluar pun takde mood so layan aktiviti makan je lah. Ini makanan yang baru akak buat kejap tadi tapi dah lama licin diserbu oleh hero2 kat rumah ni. Dah habis satu pusingan akak tengok masing2 macam tak kenyang lagi so akak buat 2nd round pulak...anak2 tengah nak membesar begitu lah kan !
BAHAN BAHAN
Sebuku roti
Isi ayam
secukupnya
Kepingan cheese
Bawang besar dipotong dadu
Susu pekat manis
Garam
Lada sulah
Sos cili
mayonis
Minyak zaitun - nak guna minyak biasa pun boleh
CARA MEMBUATNYA
Mula2 isi ayam dan bawang besar dicincang2 halus.
Panaskan minyak dan goreng ayam dan bawang, masukkan sedikit garam dan lada sulah.
Masak sampai kekuning2an.
Ambil sekeping roti, letakkan cheese di atasnya.
Letak inti ayam di atas cheese dan picitkan sos cili & mayonis di atasnya.
Ambil roti lagi sekeping dan tangkupkan ke atasnya. Tekan2 supaya melekat.
Dalam satu mangkuk pecahkan telur, campur sedikit garam, lada sulah & susu dan kacaukan.
Ambil roti yang dah siap berinti lalu disalutkan ke dalam telur tadi.
Panaskan kuali dan gorenglah sehingga kekuningan.
Setelah diangkat bolehlah dibelah tengahnya.
0 comments:
Post a Comment