Monday, May 3, 2010

AYAM PANGGANG MADU BEREMPAH

Masakan ala western adalah kegemaran anak2 akak yang mana kesemuanya adalah hero2 belaka. Setiap kali ada permintaan dari anak2 maka akak akan cuba luangkan masa untuk menyediakannya. Memang dah jadi kemestian bagi keluarga akak semenjak dulu lagi waktu hujung minggu anak2 boleh minta apa sahaja makanan yang mereka idamkan dan mama ini akan sentiasa memenuhi permintaan mereka. Ha...inilah rupa ayam panggang kegemaran anak2 akak. Seronok tengok anak2 berselera makan menghadap ayam panggang ni. Nak memasaknya pun senang sangat, cuma kena tunggu lama la sikit waktu proses memanggangnya.. Kepada sesiapa yang suka makan ayam cubalah resepi ini.. BAHAN2NYA
  • Seekor ayam
  • 5 biji bawang putih dilumatkan
  • 3 biji bawang besar Holland dihiris ikut style masing2
  • 2 biji tomato dibelah2
  • Cili benggala merah & hijau (ikut suka nak bubuh banyak mana)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • 5 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu besar lada hitam dikisar (jgn terlalu halus)
  • 1 sudu besar oregano
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun ) campurkan
  • 2 sudu besar mentega dicairkan ) sekali
  1. Ayam dibersihkan & ditoskan sehingga betul2 dah kering.
  2. Gaulkan semua bahan2 kecuali sayur2an, minyak zaitun dan mentega.
  3. Lumurkan pada ayam dan diperap selama 2 jam.
  4. Simpan sikit bahan lumuran untuk diperap bersama sayur2an
  5. Waktu nak dipanggang, sapukan dengan berus minyak zaitun dan mentega pada keseluruhan ayam dan pangganglah selama 1 jam.
  6. 5 - 10 minit terakhir baru dimasukkan bahan sayur2an yang telah diperap.
  7. Nampak dah garing tu cepat2lah keluarkan dari oven, nanti terhangus pulak..
  8. * Kalau rajin sapulah minyak zaitun dan mentega berkali2 sepanjang proses memanggang.
Sedap dimakan dengan kentang putar... Tambah coleslaw, lagi terangkat... Mama, buat lagi ayam panggang ya...Amsyar sukaaa...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...