Assalamualaikum semua. Sedap giler...begitulah perkataan yang terkeluar dari mulut anak2 setelah menikmati kek coklat yang dilapis dengan krim keju ni. Akak buat selepas Asar kelmarin, bila dah sejuk dan boleh dipotong malam tu jugak habis 1/2 loyang dikerjakan kami anak beranak. Yang bestnya bila tengok hubby pun berminat memakannya. Normally dia kurang sikit kalau kek coklat2 ni tapi kali ni banyak jugak yang dihabiskannya..
Pastinya kek ni akan selalu terhidang di rumah nampaknya..Thanks to Yatie sudi share resepi kek ni, sudah la sedap mudah pulak tu menyediakannya. Emmm, ni pun dah rasa macam nak buat lagi seloyang dah ni..sabor je la..hehe..Akak letakkan resepinya di bawah ni untuk my future reference & sesiapa yang teringin mencubanya...Selamat mencuba!!
Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
SUMBER : YATIE MEMORIES
BAHAN A
BAHAN A
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
- Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cwn gula halus
- 1 sk vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cwn air panas didih
- 1/2 cwn cwn susu segar/cair
- 1/2 cwn minyak jagung/masak
- 1 cwn tepung gandum*
- 3 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
- Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
- Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
- Masukkan air panas,susu dan minyak.
- Setelah itu masukkan tepung gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
- Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
- Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
- Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
- Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
- Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.






