Showing posts with label JEMPUT2/CUCUR. Show all posts
Showing posts with label JEMPUT2/CUCUR. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

CUCUR IKAN BILIS



Assalamualaikum...Anda semua dah minum petang? Akak baru je lepas menggoreng cucur bilis ni. Cuaca di Tapah sekarang ni sangat2 mendung, kebarangkalian nak hujan tu sangat tinggi. Dan waktu mendung2 gini memang perut rasa lapar je kan! Tengok tadi pun hubby dok raba2 perut sambil masuk dapur...hehehe..nasib baik dah siap cucur bilis tu, dapatlah dihidangkan untuk hubby kesayangan aiiii...

Ok lah...kami dah nak minum petang ni, ada sesape yang teringin jugak nak makan cucur ni kena la membuatnya sendiri yea..Resepi akak letak macam biasa di bawah ni.. :))

BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan ikan bilis (direndam sebentar)
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis & dipotong dadu
  • Beberapa tangkai daun kucai dikerat2 pendek
  • 100 g tauge
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
 
CARA MEMBUATNYA

  1.  Toskan ikan bilis yang direndam tadi dan campurkan dengan bahan2 lain seperti bawang besar, kucai & tauge ke dalam tepung gandum
  2. Tambahkan garam secukup rasa dan air, gaulkan sehingga betul2 adunan tersebut betul2 sebati
  3. Panaskan minyak masak secukupnya, apabila minyak sudah panas jemput2kan adunan ke dalam minyak dan gorengkan sambil dibalik2kan supaya sama rata gorengannya
  4. Apabila suda cukup masak & garing bolehlah diangkat dari minyak dan toskan cucur 
  5. Sedia dihidangkan & sedap dicicah dengan sos cili atau kuah kacang
 



Tuesday, February 22, 2011

JEMPUT JEMPUT NASI UDANG BILIS BERJAGUNG

Petang2 makan jemput jemput ni senang kerja. Semua rakyat jelata kat rumah ni suka makan. Kejap je dah pon licin. Jemput2 ni kalau tak habis pon tetap maintain lembut, kalau buat pagi sampai ke petang lembutnya. Sekarang rakyat jelata semua dah kekenyangan, malam ni xyah dinner boleh tak??? Terus supper ke?? Senang sikit kerja mama..Tapi, owh tak mungkin... Rakyat jelata yang begitu rajin study ni sikit lagi mesti lapar balik tu...No way la tak masak dinner.... Ni resepi jemput2 akak..jemput la membuatnya yea! BAHAN BAHANNYA
  • 300 g udang dibuang kulit & dibersihkan
  • 100 g ikan bilis dikopek dan dibersihkan
  • 1 tongkol jagung dihiris2kan kesemua isinya
  • Beberapa tangkai daun bawang dan daun sup dihiris halus2
  • 1 biji cili merah dihiris halus2
  • 1 labu bawang besar dihiris halus2
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan nasi putih
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Nasi putih dimasukkan ke dalam blender dan campurkan 2 cawan air, blend sehingga betul2 lumat
  2. Masukkan udang dan ikan bilis dan blend lagi sehingga sebati
  3. Keluarkan kesemuanya dan masukkan ke dalam bekas
  4. Masukkan tepung gandum, hirisan jagung, daun bawang & sup, cili merah, bawang besar & garam secukupnya dan gaulkan bersama2 bahan nasi yang diblend tadi
  5. Sesuaikan kepekatan adunan, jika agak kental, boleh tambah sedikit air
  6. Setelah digaul sehingga rata boleh la dijemput2 dengan hujung jari ke dalam minyak panas yang mencukupi
  7. Gorengkan ia sehingga berwarna kuning keemasan dan sedikit garing.
  8. Angkat, toskan minyaknya dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, February 11, 2011

CUCUR UDANG RANGUP

Assalamualaikum....Dah beberapa hari jugak tak dapat menjenguk kesini gara2 sibuk dengan tempahan katering. Hari ni pun sampai ke petang kerja membasuh & mengemas, Alhamdulillah selesai dah semuanya...lega betul lah!!! Ni hidangan yang famili akak makan sebelum Maghrib tadi. Agak lambat makan petangnya sebab makan tengahari pon dah terlajak sampai ke 3 petang. Biasa la kalau hari Jumaat ni memang agak kelam kabut suasananya. Seronok tengok anak2 menghadap cucur udang ni sebab memang favourite depa. Macam biasa la resepi dia akak letak kat bawah ni ok!!! BAHAN BAHAN
  • 1/2 kg tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 300 g udang sederhana saiz dibersihkan & tak perlu dibuang kulit
  • Segenggam udang kecil ditumbuk sehingga lumat
  • 2 cawan air
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • Secekak daun kucai dipotong2 pendek
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali udang yg tak perlu dibuang kulit dan gaulkan sehingga betul2 sebati
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng
  3. Guna senduk kecil dan sendukkan adunan cucur letakkan beberapa ekor udang diatasnya dan tuangkan ke dalam minyak panas dan buat agak leper supaya garing hasilnya nanti
  4. Terbalikkan supaya garing dikedua2 bahagian dan angkat apabila sudah betul2 garing gorengannya. Sedap dicicah dengan sos kegemaran.

Sunday, January 16, 2011

CUCUR KEMBONG

Assalamualaikum....Petang2 mcm ni jom kita pekena cucur kembong. Teringat ingat time kecik2 dulu, mak akak selalu sangat buat cucur kembong ni. Kalau makan yang mak masak, semuanya sedap belaka..Dan kalau dapat hadap cucur kembong yang mak buat tu memang tak bangun2 selagi tak habis semuanya. Ok, tak payah panjang2 ya, sebab banyak kerja sedang menanti ni...

BAHAN BAHANNYA

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur saiz B
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 5 sudu makan gula
  • 1/2 cawan air + 1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali marjerin ke dalam mangkuk dan kacaukan supaya sebati dan rehatkan selama 15 minit
  2. Cairkan marjerin dan masukkan ia kedalam adunan tepung tadi dan gaulkan biar betul2 sebati
  3. Tambahkan sedikit air sekiranya adunan agak keras, bancuhan tepung ni sama seperti bancuhan cucur lain
  4. Perapkan lagi 20 minit
  5. Jemput2kan ia ke dalam minyak panas seperti biasa dan goreng sehingga bertukar warna keemasan.

Wednesday, November 10, 2010

VADE UDANG

Assalamualaikum buat semua...vade udang ni dibuat petang tadi. Makan petang2 sambil minum kopi. Teringin nak makan vade so kena la buat sebab kat area sini takde orang yang menjualnya. Vade ni walaupun dah sejuk tapi masih lembut...makan tengah panas2 apalagi lah, memang sedap. Resepinya mudah aje, begini :
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 cawan tepung kacang dhal hitam
  • 2 cawan tepung gandum
  • Udang segar secukupnya
  • 2 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dihiris halus
  • 2 tangkai daun kari dihiris halus
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cm halia dicincang halus2
  • 1/s dudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air suam

CARA MEMBUATNYA

  1. Satukan tepung kacang dhal, tepung gandum dan soda bikarbonat dan diayak bersama2
  2. Masukkan yis, bawang besar, cili hijau, daun kari, garam dan serbuk lada ke dalam bekas tepung tadi
  3. Masukkan air suam dan gaul sehingga betul2 sebati. Adunan ini agak lembut dan melekat2 jika disentuh
  4. Peramkan sebentar dalam 1 ke 2 jam
  5. Waktu nak menggoreng, panaskan minyak secukupnya (agak banyak juga)
  6. Letakkan alas plastik yang dibasahkan sedikit dengan air atas tapak tangan, guna sebelah tangan lagi (basahkan jari2 dulu) dan jemputkan adunan keatas plastik dan dibentukkan menjadi agak leper
  7. Letakkan udang dibahagian permukaannya dan ditekan2 sikit supaya melekat
  8. Alihkan ke dalam minyak perlahan2 dan goreng la sehingga warnanya kekuningan
  9. Setiap kali nak menjemputnya basahkan dulu jari untuk memudahkan dan tidak melekat2 di jari...begitu juga dengan alas plastik hendaklah selalu dibasahkan dengan air supaya tak melekat.

Tuesday, November 9, 2010

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Salam semua....Jemput lah makan jemput-jemput pisang ni, panas2 lagi tau..buat jemput2 ni di waktu malam untuk dikunyah2 sambil melipat kain yang menggunung sebab dah 2 hari tak melipatnya. Semasa update n3 ni dah tinggal beberapa ketui je cokodok ni....(pernah dengar tak perkataan COKODOK??) Malam ni tak makan nasi pun, tak larat nak makan sebab penat sangat dengan aktiviti luar (cabut rumput kat depan kedai laaa...) Kalau ada orang suap, best kan... Apa2 pun ini la resepi untuk gorengan jemput-jemput pisang kali ini. Akak kalau buat jemput2 ni ikut bantai je apa yang ada pada waktu tu...Janji bila makan rasanya sedap. Lagi satu, dah nama pun jemput2 mesti la guna jari kan, ada pulak sorang tu (tak leh bagitau nama dia, rahsia la konon2nya) kata dia geli la guna jari, baik guna sudu. Ikut suka la kan, bagi akak baik lagi pakai jari2ku yang comel ni. Kalau ada sesape yang tak reti buat boleh la cuba ya!
BAHAN-BAHANNYA
15 biji pisang yg masak ranum (dibuang kulitnya ok)
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu segar
Minyak untuk menggoreng
Air garam (1 sudu teh garam campur 1 cawan air)
CARA MEMBUATNYA
  • Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air garam ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga pisang betul2 hancur dan sebati
  • Tuangkan ia ke bekas yang bersesuaian
  • Panaskan minyak di kuali dengan api sederhana
  • Ni cara mak akak ajar, celup2 dulu jari-jemari ke dalam air garam sebelum menjemput adunan pisang tu
  • Jemput dengan tangan bulat2 ikut saiz yang kita suka dan masukkan ke dalam minyak perlahan2
  • Alih2kan sekali sekala tapi jgn selalu sgt nanti tak jadi membulat, jadi melonjong pulak
  • Dah agak coklat warnanya bolehlah diangkat dan toskan betul2 dulu minyaknya sebelum dimakan panas2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...