Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

PUDING TRIFLE STRAWBERI


Assalamualaikum semua! Tadi pergi mengendap masakan teman2 blogger membuatkan perut dah bertambah2 lapor apalagi ternampak makanan yang lazat2 kesemuanya. Takpe2 banyakkan bersabor ye peyut..kalau nak kurus kena sabar, nak apa2 pun didunia yang bersifat sementara ni kena banyakkan bersabar kann!

Lamaa tak makan puding trifle. Sepanjang dah 40 tahun lebih akak hidup ini adalah kali ke 3 membuatnya. Jarang2 sangat lah sebab tak semua anak2 yang suka makan, hubby apatah lagi..Buat ni pun sebab nak menghabiskan swissroll anak2. Senang giler pulak tu membuatnye, sambil dukung baby Nailah pun boleh siap, cuma bab potong memotong tu takde la aii berani dukung si kecik tu.

Tu yang kat gambo tu satu mangkuk untuk bagi MIL, yang bekas 4 segi tu baru untuk rumah ni. Sudahnye tunggu punya tunggu hubby tak hantar2 jugak trifle ni ke rumah mak mertua aii, sampai dah beku dalam fridge tu. Fridge akak ni pun satu hal, asal simpan puding lebih 3 hari mesti beku walaupun letak tempat yang biasa..nape le agaknye!

Resepi trifle ni adalah main agak2 je sukatannya tapi Alhamdulillah menjadi seperti diharapkan. Jeli & kastad ni akak buat agak lembut. Kalau tak suka lembut kena kurangkan sukatan air & susunya. So, apalagi jom masak puding trifle yang memang best sangat2 ni,,,

BAHAN BAHAN

  • Kek swissroll strawberi
  • 1 kotak kristal jeli strawberi
  • 4 cawan susu segar
  • 3 cawan air
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 7 sudu besar strawberi concentrate
  • Buah strawberi & kiwi secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Mula2 potong swissroll kepada beberapa bahagian dan susun dalam bekas puding menutupi dasarnya. Ambil 2 sudu pekatan strawberi dan tuangkan sikit2 keatas kek swissroll cukup untuk melembapkan kek.
  2. Potong kecil buah2 strawberi dan kiwi dan ketepikan.
  3. Kemudian masukkan susu segar, gula dan tepung kastad dalam periuk dan dengan api perlahan kacau2kan tanpa henti sehingga sebati dan agak pekat. Tutup api.
  4. Didalam periuk berasingan, panaskan 3 cawan air hingga mendidih lalu masukkan kristal jeli. Kacau sehingga betul2 larut diikuti dengan 2 sudu besar gula.
  5. Apabila dah larut kesemuanya tutup api dan masukkan pula 3 sudu besar pekatan strawberi. Kacau2kan sebentar.
  6. Tuangkan kastad secukupnya diatas swissroll yang dah disusun, ratakan dengan sempurna diikuti dengan lapisan jeli. Kemudian taburkan potongan buah2an diatas jeli secukupnya.
  7. Dah siap, masukkan kedalam fridge sehingga betul2 sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, October 28, 2014

SEDAPNYA PUDING KARAMEL NI..


Assalamualaikum...Dilanda kebizian melayan anak2 menghadapi exam sepanjang minggu ni. Dalam sibuk2 tu sempat jugak masak puding karamel ni, Puding ni tak guna telur, memang tak muak dimakan. Nak membuatnya pun punya la senang.

Anak2 pulak kalau puding jenis ni suka sangat berebut air gula karamelnya. Memang tak cukup kalau buat style biasa tu so untuk memuaskan hati anak2 akak buat air gula karamel yang berasingan supaya dapat banyak. Bukan susah pun  just tambah air sewaktu buat karamel dan masak sehingga larut.

Antara dessert yang amat mudah disediakan. Mudah camne pun resepinya tetap ada di bawah ni.
Resepinya akak ambil dari majalah Rasa keluaran Julai tapi ada buat penambahan di bahagian karamelnya. Jom tengok resepinya...

BAHAN BAHANNYA

BAHAN A
  • 10 gm agar2 serbuk
  • 1liter air
  • 120 gm gula pasir
  • 125 ml susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan2 karamel :
  • 60 g gula pasir
  • Sedikit air ( 3 sudu besar )
Saya tambah air gula karamel :
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3/4 cawan air

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Untuk karamel, cairkan gula sehingga menjadi gula hangus. kacau gula diatas api perlahan sehingga gula cair kesemuanya. Ketepikan dahulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sambil dikacau2kan sehingga sebati kesemuanya
  3. Masukkan gula hangus ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga rata.
  4. Kemudian tuangkan ke dalam bekas dan biarkan ia mengeras. Simpan didalam peti ais sebelum dimakan.
  5. Untuk gula karamel yang banyak : Masak di api perlahan 5 sudu besar gula di dalam periuk sehingga cair kesemuanya dan tuangkan air perlahan2 sehingga habis sambil dikacau2 supaya larut kesemuanya. Berhati2 semasa proses ini takut terkena tangan.
  6. Simpan di dalam peti sejuk dan curahkan pada puding sewaktu makan.

Wednesday, October 8, 2014

PUDING BUAH-BUAHAN KOKTEL


Assalamualaikum...Setelah beberapa hari tak mengupdate nampaknya petang ni baru berpeluang. Bukannya malas tapi lately ni baby Nailah pantang sangat tengok akak ngadap komputer mula la dia buat macam2 nak perhatian. Kalau dah angkat dia letak sebelah pun mau terbalik komputer dibuatnya..lasak anak perempuan yang sorang ni..So tengah baby tidur ni sempat la mamanya lepak kejap kat sini.

Petang2 yang panas macam sekarang ni kalau dapat makan puding memang nyaman rasa tekak. Kat rumah akak ni selalu jugak buat puding. Puding koktel ni setelah beberapa kali dibuat akak pun dah adjust serba sedikit untuk dapat rasa yang sesuai di tekak. Selera akak kalau puding suka yang manis dan lembut sikit...kalau tak suka manis boleh dikurangkan sukatan gula. Kuahnya tu kalau taknak buat pun takpe, puding tu pun dah cukup sedap..Kuah tu saja I ngada2 nak buat. Ok lah, resepinya di bawah ni....

BAHAN BAHANNYA

20 gm agar2 bertali
150 gm gula pasir
1 tin buah2an koktel (mixed fruit cocktail)
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 liter air

BAHAN2 UNTUK KUAH PUDING
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 sudu besar esen vanila
  3. 1 cawan air dari tin buah2an koktel

CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 terlebih dahulu kemudian masak dengan air sehingga agar2 larut kesemuanya
  2. Tambahkan gula pasir dan kacau2 sehingga gula sebati dengan agar2
  3. Campurkan tepung kastad dengan susu cair didalam bekas yang lain, kacau sehingga sebati
  4. Tuangkan ia ke dalam periuk larutan agar2 tadi dan perlahankan api serta kacau2kan.
  5. Sementara itu,asingkan secawan air dari buah2an dalam tin dan tuangkan kesemua buah2an serta air yang selebihnya kedalam larutan agar2,
  6. Biarkan ia mendidih dan pekat kemudian tutupkan api
  7. Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam.
  8. Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan2 lalu dimasak diatas api sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan didalam fridge 
  9. Tuangkan kuah secukupnya (jika suka) untuk dimakan bersama2 dengan puding. 

Monday, July 2, 2012

KEK PUDING ROTI KARAMEL...SAKIT DI MATA TAPI SEDAP DI TEKAK ;-))


Assalamualaikum semua!!  Malam ni sejuk betul kat area tempat akak ni memandangkan petang tadi hujan selama beberapa jam. Lepas Maghrib sempat ngajo anak mengaji lepas tu sempat aii masuk selimut kejap sementara tunggu Isyak...nasib baik tak terlelap..hehe..Actually kan, arini memang sangat2 memenatkan sebab petang tadi akak memunggah & mengemas tak habis2, siap bertukang lagi..ketuk paku sana, ketuk paku sini...ubah peralatan dapur ke sana & ke sini..huhhh, memang memenatkan!! Bior ler aii buat sendiri, malazzz dah nak suruh2 orang ni. Pendek kata, arini puas la hati akak sebab dah nak hampir siap dah nampaknya...ok lah tu daripada tak berusik kan!

Cerr tengok gambo kek puding karamel akak tu..memang tak lawo kan!! Walaupun tak jadi cantik tapi tetap akan tersiar di sini, takde pilih2 kasih punya...hehe..Jelas adunan kek sudah bercampur ke adunan puding nampaknya kan!! Memang tak puashati dengan percubaan pertama ni, tapi sebab aii ni bersemangat waja & tak cepat putus asa, Insya Allah akan ada yang kedua tak lama lagi..Saja2 nak citer maybe ada beberapa sebab yang menyumbangkan kepada ketidaksempurnaan kek ni.  

Firstly, selepas akak letak adunan kek atas adunan puding akak ambil masa yang agak lama jugak sebelum ia dibakar sebab waktu tu baru akak sedar kat tempat oven tu takde la pulak tempat suisnya...(gara2 baru pindah & first time nak membaking di tempat baru...) Dah siap sedia kesemuanya (after 20 minutes la jugak) baru dapat letakkan oven akak di tempat & suis yang sesuai & baru  mula proses membakar kek ittew; akak setkan masa selama 1 jam.  

Secondly, after 45 mins, akak pun jenguk2 la kot2 dah naik ke kek rupa2nya oven pun tak panas2 (walaupun pada awalnya akak dah check oven tu memang dah panas..huhhh..geram betul temann)  Akhirnya akak ubahkan oven ke tempat lain pulak dan start baking semula. So, akak rasakan mungkin itulah faktor2 penyebabnya kek jadi tak cantik, anda rasa betul tak apa yang akak rasa tuuu?

Walau bagaimanapun, don't judge a book by its cover, ok! Rasa kek ni dah tentu lazat dan berbeza Bagi anda semua yang nak tengok kek ni versi yang cantik boleh la pergi ke link nya seperti di bawah tu, kek karamel air tangan Lina_pg. Memang sgt2 cun keknya, tu yang buat akak rasa nak buat sangat2 tu..Maceh akak ucapkan ya & izinkan akak c n p resepinya tu di sini untuk future reference & mungkin buat sesiapa saja yang ingin mencubanya kelak..


RESEPI KEK PUDING ROTI KARAMEL BY MUNIRA
                    EMBUN ROSALIZA  

BAHAN - BAHAN
BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
(Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok 


                                                        Tak cantik tapi sedapppp.....next time try lagi sampai cunnnnn

    Tuesday, August 9, 2011

    DOUBLE CHOCOLATE PUDDING


    Dah selesai semua urusan, boleh la rehat2kan diri kejap sambil jamah pudding ni. Kali ni akak buat sikit je, selalu tu memang akak buat lebih utk simpanan stok dlm fridge tu tapi memandangkan fridge dah sendat & padat  makanya cukuplah buat untuk sekali makan.

    Pudding ni sedap dimakan sejuk2, kalau makan mesti tak cukup satu punya, aii tell yuuu! Rupa2nya dalam kesukaan akak sekeluarga makan pudding ada jugak orang yang tak berkenan memakannya. Baru pagi tadi dapat tahu...Awat la hang tak suka makan pudding ni, cuba habaq mai? Ke hang jeles tak dapat makan pudding ni..Tu la, mai la sini mesti dapat makan siap boleh kasi tapau bawak balik lagi...Saja2 nak menyakat kawan akak yg sorang ni..kot2 dia ada nak baca....

    Sesiapa yang teringin nak makan tu boleh la tengok resepi di bawah ni, dan selamat mencuba. Tapi kalau tak suka makan pudding ni jgn jeling2 resepi ni tau, nanti kena cubit..haha...gurauan je ok!

    BAHAN BAHAN (Akak buat separuh sukatan)
    • 25 g serbuk agar2
    • 5 biji kuning telur
    • 1 tin susu cair
    • 2 sudu besar tepung kastad
    • 300 g gula
    • Secubit garam 
    • 100 g coklat masakan
    • 100 g coklat putih
    • 2 sudu besar esen vanilla
    • 1 liter air
    • Sehelai daun pandan dicarik & disimpulkan
    CARA MEMBUATNYA
    1.  Campurkan serbuk agar2 dengan air, gula & daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut    kesemuanya, tutup api & keluarkan daun pandan
    2. Dalam bekas berasingan, campurkan telur, susu cair, tepung kastad & secubit garam,  kacau2kan sebentar & tapiskan
    3. Masak semula agar2 dan masukkan adunan diatas tadi sambil dikacau2kan, tunggu sehingga mendidih baru ditutup apinya
    4. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyaknya
    5. Selepas itu, ambil coklat masakan biasa dan cairkan secara double boil, apabila sudah cair tuangkan ke satu bahagian agar2 & dikacau sehingga rata kesemuanya
    6. Buat perkara yang sama dengan coklat putih pula, tuangkan ke satu lagi bahagian agar2, kacau rata juga
    7. Ambil acuan agar2 dan tuangkan adunan agar2 berselang seli antara satu sama lain. Tunggu satu bahagian agak keras baru dituangkan bahagian yang lain pula. Buat sehingga habis kesemuanya
    8. Masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam & sedia untuk dimakan.

    Wednesday, August 3, 2011

    AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH


    Assalamualaikum...Selain dari kurma, akak memang suka sangat kalau waktu iftar makan didahului dengan manisan seperti agar2 dan puding. Kalau nasi tu boleh tunggu kemudian je la. Sememangnya lega sangat rasa di tekak ni kalau dapat makan benda2 yang lembut sebegini.

    Agar2 santan ni memang akak sengaja buat banyak untuk disimpan dalam fridge. Seisi keluarga pun gemar makan agar2 & puding ni. So, bila2 nak makan nanti buka je fridge tu, kan senang semua dah depan mata, boleh la dimakan berkali2 selagi tak habis. Ok lah, resepi akak di bawah ni yea....Selamat berbuka puasa buat semua :)

    BAHAN BAHAN
    • 1 paket agar agar (25 g)
    • 1 cawan gula merah
    • 3/4 cawan gula pasir
    • 3 cawan santan pekat
    • 2 bii telur ayam
    • 6 cawan air
    • 1 helai daun pandan dicarik & disimpulkan
    CARA MEMBUATNYA
    1. Agar agar direndam dan dicuci terlebih dahulu. Masak dengan 6 cawan air & masukkan sehelai daun pandan, biar mendidih & larut kesemua agar2. Tapiskan
    2. Dalam periuk yang lain, masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan secawan air. Biar mendidih & pekat barulah ditutup api. Tapiskan
    3. Pecahkan telur ayam dan kacau2kan sedikit saja dan masukkan ke dalam santan pekat, kacau biar sebati
    4. Panaskan semula agar2, masukkan gula merah dan biarkan mendidih
    5. Masukkan campuran telur & santan dan kacau2kan. Apabila mendidih cepat2 tutup api
    6. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai, biarkan ia mengeras terlebih dahulu. Masukkan ke dalam fridge, lebih sedap jika dibiarkan betul2 sejuk sebelum dimakan.

    Sunday, July 24, 2011

    PUDING JELLY OREN


    Assalamualaikum....Nampaknya dah ramai yang mencuba puding jelly oren ni, akak pun tak nak ketinggalan, tambahan pula seisi rumah sememangnya menyukai puding. So, sewaktu menyiapkan bahan2 untuk nasi baryani  yang ditempah akak pun curi2 masa untuk membuat puding ni. Tu lah hasilnya...hehe..ada lapisan tu kejadiannya senget la pulak..Takpe lah kan nak makan sendiri. Yang penting tu rasanya yang sedap & sangat menyegarkan dengan jus orennya yang manissss sekali...

    Resepi ni nampak di dapur Kak Nor & asalnya pula dari dapur Juwita Fariz. Izinkan akak berkongsi  resepinya disini yea...Thank you  :)




    RESEPI ASAL : JUWITAFARIZ
    SUMBER : KAK NOR SECUBIT GARAM

    Lapisan Jernih

    4 g serbuk agar-agar
    500 ml air
    5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
    sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
    sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)

    cara-cara

    • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
    • Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
    • ketepikan

    lapisan puding

    4 g serbuk agar-agar
    200 ml air
    300 ml susu
    5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
    sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
    sedikit pewarna kuning


    Cara-cara
    • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
    • Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
    • Masak sebentar dan ketepikan
    cara-cara untuk melapis.


    •  sediakan bekas yang sesuai.
    • masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
    • Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
    • Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

      Monday, July 18, 2011

      PUDING TELUR BEROTI




       

      Assalamualaikum...Tercari2 resepi yang menggunakan lebihan roti, teringat pula pada resepi kak Rosaliza ni. Ramai juga yang dah mencuba puding roti ni nampaknya. Memang sedap puding ni, lain la sikit dari puding telur yang biasa dibuat tu. Puding sebegini memang digemari oleh seluruh rakyat. So, kepada sesiapa yang tak de idea nak buat apa dengan lebihan roti boleh cuba resepi ni yang sememangnya enak.

      Resepinya akak copy dari dapur Rosaliza. Terima kasih yea kak Rosa kerana sudi berkongsi2 resepi yang lazat ni.

        

      RESEPI DARI : EMBUN KASEH ROSALIZA

      Bahan2nya
      •  3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
      •   4 keping roti gardenia
      •   3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
      •   2 cawan air suam
      •   1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis
      •   esen vanilla (1 sudu teh)

      Cara- cara

      1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus kemudian ketepikan. 
      2. Panaskan pengukus 
      3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. 
      4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. 
      5. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak..(akak kukus 15 minit je sbb guna acuan kecil2)



      Saturday, June 18, 2011

      PUDING SARANG BURUNG

      Assalamualaikum.....Akhirnya tercapai juga tangan akak ke komputer ni. Aduhai, keinginan untuk selalu mengupdate blog nampaknya terpaksa diketepikan buat seketika. Hal2 lain berkaitan kehidupan terpaksa diberi keutamaan.
      Ada tak sesiapa yang rasa dah malas asyik nak jaga hati orang lain tapi orang lain tu tak kisah pun nak jaga hati kita? Macam tu lah yang akak rasa sekarang ni. Selama ni akak terlalu sangat jaga hati orang sampai hati sendiri terluka berkali2....Dan kali ni lukanya amat dalam & payah untuk disembuhkan lagi. Kadang2 bila kita selalu bersikap tak kisah, selalu memaafkan, menyebabkan orang mengambil kesempatan atas diri kita. Apa2 pun akak serahkan segala2nya kepada Allah, biarlah saja Allah membalas kepadanya setimpal dengan betapa dalamnya luka yang dah berbekas dihati akak ini...

      Puding ni akak buat semalam. Baru je lepas menghabiskan saki bakinya tadi. Memang best la sangat bila dimakan sejuk2 apalagi waktu cuaca yang agak panas buat masa ini kan! Resepinya dari emak akak. Sekarang ni akak memang selalu juga berulang alik ke Kampar, selain dari untuk membeli barang2 keperluan dapat juga ziarah emak yang keseorangan tu. Sejuk juga hati akak bila dapat menghabiskan masa dengan emak akak.
      Baru kejap tadi dapat call dari emak akak mengkhabarkan cerita kesihatan abang ipar akak yang baru saja balik dari IJN. Minggu hadapan terpaksa ke IJN lagi untuk rawatan selanjutnya. Akak doakan semoga abang ipar akak tabah menghadapi rawatan & semoga cepat sembuhnya. Oklah, untuk resepinya boleh tengok di bahagian bawah ni yea....Salam sayang dari akak buat semua.... :)

      BAHAN BAHANNYA
      BAHAGIAN DALAM
      • 8 g agar2 bertali
      • 90 g susu cair
      • 1 biji telur diambil bahagian kuningnya sahaja
      • 6 cawan air
      • 120 g gula pasir
      • Sedikit buah2an campuran dipotong kecil2 & 1 cawan airnya
      • Sedikit pewarna kuning
      • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
      BAHAGIAN LUAR
      • 15 g agar2 bertali
      • 150 g gula pasir
      • 10 cawan air
      • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
      CARA MEMBUATNYA
      1. Untuk bahagian dalam puding :- Agar2 dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk, tambahkan air dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemua agar2, masukkan gula & kacau2kan dan tunggu hingga gula larut dan perlahankan api
      2. Dalam satu mangkuk, kuning telur dipukul sebentar, masukkan susu cair dan kacau2kan
      3. Keluarkan daun pandan dari larutan agar2, masukkan adunan kuning telur & susu kedalam larutan agar2 tadi dan kacau2kan di atas api yang sederhana buat seketika
      4. Tutup apinya dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
      5. Apabila dah keras, keluarkan dari loyang dan ambil penyagat & sagatkan agar2 hingga habis
      6. Untuk bahagian luarnya :- Masukkan agar2 & air + 1 cawan air dari buah2an campuran dlm tin dan masak sehingga mendidih & tambahkan gula, kacau2kan tunggu hingga mendidih & larut kesemuanya
      7. Gunakan acuan agar2, masukkan agar2 yang disagat tadi kedalam acuan, cukuplah separuh saja, jangan sampai penuh
      8. Masukkan pula buah2an campuran yang sudah dipotong agak kecil ke dalam acuan tadi
      9. Yang terakhir, tuangkan agar2 bahagian luar tadi sehingga memenuhi acuan agar2
      10. Biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam fridge sebelum dinikmati.

      Tuesday, May 17, 2011

      PUDING SAGU & KISAH MISTERI....

      Assalamualaikum...Kembali disini dengan puding sagu yang sememangnya sedap sehingga menjilat sudu & piring. Actuallykan, dah lama akak mengidam nak makan puding sagu ni cuma baru berkesempatan nak membuatnya. Semenjak dua menjak ni ada 1 perkara yang bermain2 di fikiran akak, nak kata tension pun ada...Akak ni bukan jenis orang yang suka membebankan fikiran dengan masalah remeh temeh, tapi bila melibatkan sesuatu yang misteri sebegini...
      Seorang lelaki (orang luar) singgah ke kedai runcit...beli sedikit barang2 runcit sambil sembang dengan hubby.."Camne ok ke bisnes di kawasan ni?" tanya lelaki tu.. Hubby jawap, "Dulu ok tapi semenjak org sebelah buka kedai, dah la jual benda yang sama, lepas tu lelong harga murah2, jual di bawah harga kawalan pulak tu, bisnes dah banyak kurang dari biasa. Sekali orang tu jawap balik begini "Takpelah, biar orang buat kita, jgn kita buat orang..banyakkan sembahyang hajat, sembahyang dhuha, selawat & banyakkan doa setiap hari, Insya Allah..apa2 pun pahala dah tentu dapat.. Saya tengok dari luar pun memang terasa macam kedai ni tutup je, bila masuk pun hati jadi lain macam. Memang ada yang tak kena ni. Takpe Encik, jgn putus asa... "

      Macam tu lah ceritanya. Cerita kedai nampak tutup...Dan sebenarnya, banyak lagi cerita2 misteri yang lain. Malas la akak nak cerita kat sini...Yang mencadangkan kami jumpa bomoh2 ni, siap nak temankan sekali pun memang ramai.... Bagi diri akak & hubby, kami ada usaha & berdoa yang berterusan. Tak perlulah dicanangkan & dihebahkan, apa sahaja yg kami lakukan biarlah antara kami & Allah sahaja yang tahu. Ya...sememang perit bila menghadapi situasi sebegini, hanya yang menanggung saja yang tahu. Yang melihat tu memang ramai & boleh la cakap apa saja (selagi belum kena batang hidung sendiri!)..."Kenapa tak buat macam ni?...Kenapa tak buat macam tu...? Kenapa boleh jadi macam ni?....Kenapa boleh jadi macam tu?...Cakap2 sebegini sangat negative, & sangat tak bermakna. Cakap macam orang tak berotak & tak tahu agama...Bagi akak & hubby, kami yakin rezeki di tangan Allah & rela diuji. Kami ikhlas nak berniaga walaupun terpaksa berdepan dgn masalah2 sebegini. Nak balas2? Owh...tak perlu balas2..biar Allah je yang balas....Takkan senang hidup orang berniaga dengan cara kotor sebegini. Wallahualam.... 

      Dan akak terharu bila dengar ayat ini dari mulut seorang bff baru2 ini..."Takpe Ina, kuatkan semangat. Bagus awal2 lagi Ina & suami dah diuji dalam perniagaan ni. Sesetengah orang tu pada awal bisnes nampak maju, berjaya, tapi di penghujungnya pulak menghadapi masalah besar. Semua nama2 besar yang dah berjaya dalam bisnes mengalami banyak masalah pada awal perniagaannya. So, Ina...u are one of them...tabahkan hati....kejayaan pasti menyusul" Sejukkan hati dengar orang cakap begini. Very positive, sangat membina...


      Cukup la sudah dengan cerita misteri. Bagi akak ujian ni sangatlah kecil...akak pernah dilanda ujian yang besar macam tsunami pun ada...Sekarang akak perlu tumpukan pada tempahan2 katering yang sudah diterima. Seronok buat katering ni, sehari masak, seminggu boleh rehat...(Amboi!!!) Jom layan puding sagu ni, dah tentu sedap rasanya. Tuang susu cair tu lebih sikit, gula melaka tu pun kena lebih baru la best kan! Oklah, resepi nya akak copy dari Lina. Thanks yea Lina... 

      RESEPI: PUDING SAGU 

      By: linapg.blogspot.com KLIK SINI
       
      Sagu:
      • 1cawan biji sagu (warna putih)
      • 1 liter air
      • 1 helai daun pandan simpul
      • Pewarna kegemaran
      Cara-Cara:
      1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
      2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
      3. Masak hingga sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika
      4. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji
      5. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu
      6. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
      Untuk Manisan
      • 1 ketul gula melaka/gula nipah
      • 1/2 cawan gula pasir
      • 1/2 cawan air
      • 1 helai daun pandan simpul
      Cara-Cara:
      1. Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis
      Untuk menghidang:

      Keluarkan sagu dari acuan, curahkan susu cair dan juga kuah gula melaka.
      Note: Puding ni sedap dimakan bila disejukkan beberapa jam.

      Monday, April 25, 2011

      PUDING KARAMEL TANPA TELUR



      Assalamualaikum ....agak lama tidak berkesempatan untuk update n3 disini. Faham2 aje lah ya kalau blog ni tak berupdate tu tandanya tuan punya dapur sedang kesibukan. Emmm...ni lah puding karamel yang akak buat semalam. Memang best la puding ni, tak muak memakannya. Rakyat kat sini memang suka makan puding karamel. Normally akak buat yang bertelur tapi yang jenis ni pun tetap sedap..Ok la, nak lama2 disini pun tak boleh nampaknya...Insya Allah hujung minggu ni dapat la akak ber lazy2 semula...


      Resepinya akak dapat dari dapurdriyadh. TQ kerana berkongsi resepi puding yang sedap ni. Klik2 kalau nak intai resepinya ok....SINI

      Tuesday, March 22, 2011

      PUDING COKLAT VANILA

      Assalamualaikum...Tentu semua dah makan malam kan! Tapi kat umah akak ni belum lagi sebab masing2 kesibukan macam tak berapa heran nak makan je rupanye...Depa ni sebenonye kan dah hentam makan keropok 1 paket, masa tu akak masih belum sampai kat rumah lagi, tengah jadi supir ambik rakyat pergi balik tuition daaa...Si abang yg sulung jadi tukang goreng kopok, maka habis la dapur tu terpercik minyak kat sana sini sinun...takpe3 mama tak kisahnye, janji tak kena kat badan minyak panas tu udah ler...  
      Puding yang kat gambo tu dibuat janji siap je, tuang semua bahan, kacau2 atas api kejap & sejukkan, maka siap lah puding yang menjadi rebutan ramai pria2 kat umah nie...masih ada setengah bekas lagi tu, dijangkakan esok petang baru habis dimakan...akak memang sengaja buat puding ni untuk penuhkan fridge... :)  
      Resepinya adalah sangat2 simple & senang, semudah A, B & C...tak caye cherr tengok...
       

      BAHAN BAHANNYA
      • 1 paket agar2 serbuk
      • 1 1/2 cawan gula pasir
      • 1/2 tin susu cair
      • 1 cawan air
      • 1 biji telur
      • 2 sudu besar tepung kastad
      • 1 sudu besar serbuk koko
      • 2 sudu teh esen vanila
      • 2 sudu besar mentega
       
      CARA MEMBUATNYA
      1. Masakkan serbuk agar2 dengan secawan air sehingga betul2 larut agar2nya
      2. Tambahkan gula dan masak sehingga gula betul2 hancur & mendidih. Perlahankan api
      3. Dalam bekas yang lain campurkan tepung kastad, susu cair & telur,kacau biar sebati & tidak berketul2
      4. Masukkan adunan tadi ke dalam larutan agar2 dan kacau2kan sebentar
      5. Terakhir baru masukkan mentega dan kacau lagi sehingga mentega sebati & tutup api
      6. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian biarkan seperti biasa, 1 bahagian lagi campurkan dengan serbuk coklat yang telah dilarutkan dengan sedikit air panas
      7. Tuangkan adunan berselang seli, atau ikut kreativiti masing2 ke dalam bekas yang sesuai
      8. Sejukkan dahulu sebelum dimakan

      Tuesday, January 18, 2011

      AGAR AGAR PANDAN BERSANTAN

       
      Assalamualaikum....daun pandan kat depan rumah tu dah merimbun. Hari minggu tu dah kena cantas2 pun daunnya, nak buang sayang sebab akak memang suka baunya yang wangi tu. So, akak pun hiris2 dan tabur kat celah2 laci dapur, letak kat celah2 almari baju, kat bonet kereta pun akak letak. Kalau letak kat celah2 katil dalam bilik tidur tu terasa macam bilik pengantin je pulak...
      Ambil jugak sedikit daun pandan untuk buat agar2 bersantan ni. Senang je nak buatnya, tak sampai 1/2 jam dah siap.

      Tengok resepi kat bawah ni...
      BAHAN BAHANNYA
      • 11g agar2 serbuk
      • 200g gula pasir (boleh ditambah / dikurangkan ikut citarasa masing2)
      • 3 helai daun pandan
      • 1/2 cawan air
      • 2 biji telur ayam
      • 800ml air
      • 200ml santan pekat = 1 kotak santan segera
      • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
      CARA MEMBUATNYA
      1. Kisarkan daun pandan dengan 1/2 cawan air, tapiskan dan ambil patinya saja
      2. Masak agar2 serbuk dengan air dan gula,masukkan pati air pandan (boleh tambah sedikit pewarna hijau jika perlu) dan kacau2kan sehingga larut agar2 & gula dan tunggu sehingga mendidih
      3. Sementara itu pecahkan telur ayam dan kocak2kan
      4. Masukkan santan pekat ke dalam telur yg dikocak tadi dan kacau2kan
      5. Masukkan adunan telur ke dalam larutan agar2 dan kacaukan ia sehingga sebati dan tunggu ia mendidih sebentar
      6. Tutupkan api dan tuangkan kedalam acuan agar2 yang bersesuaian
      7. Sedap dimakan setelah disejukkan selama beberapa jam.

      Saturday, December 25, 2010

      PUDING SUSU

      Assalamualaikum...betul2 geram dengan line internet yang tersangat la slow, terpaksa la lupakan niat untuk blogwalking di tengah2 malam ni. Harap2 esok line kembali normal. Kat gambar tu saja nak tunjuk agar2 pudding yang dibuat masa harijadi anak akak kelmarin. Pudding bersusu macam ni memang sedap dimakan sejuk2, nak buat pun mudah. Rasanya kat n3 sebelum ni pun akak dah pernah buat pudding lebih kurang je macam yang ni tapi bentuk je yang berbeza.. Resepi pudding macam ni biasa la kan...mesti ada telur & susu cair baru sedap betul tak? Kot2 ada sesiapa yang baru nak belajar buat pudding yang simple2 tu boleh la cuba ya! 

      BAHAN BAHANNYA
      • 1 bungkus serbuk agar2
      • 1 biji telur
      • 1 cawan gula pasir
      • 1/2 tin susu cair
      • 2 sudu makan tepung kastad
      • 4 cawan air
      CARA MEMBUATNYA
      • Masak agar2 bersama air dan gula sehingga mendidih dan tutup api
      • Bancuhkan tepung kastad, telur dan susu cair, sebatikan betul2 & tapiskan
      • Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam agar2 dan kacau2kan di atas api perlahan sehingga sebati
      • Tutup api dan bahagikan kepada beberapa warna yang disukai
      • Masukkan berselang seli ke dalam bekas acuan agar2 yang bersesuaian
      • Simpan ke dalam fridge selama beberapa jam dan boleh la dimakan bila dah sejuk

      Friday, December 17, 2010

      PUDING LAICI

      Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini...Yes3, akak memang tersangat la sibuk..ada jugak kawan yg sorang tu kata akak buat2 je sibuk, tak baik tau :)) Takpe3, akak tak marah. Dan buat teman2 blogger yang sudi menjenguk tu, really appreciate you all semua, akak pun dah lama tak blogwalking ni...Nanti akan akak terjah teman2 semua satu persatu ya! 

      Puding laici ni akak buat malam semalam, dah disimpan semalaman di fridge baru je kejap tadi upacara memotongnya dan kejap je dah nak licin pun. Makan sambil tengok TV ni faham2 je la, tambah ada buah2 laici tergolek2 kat sekeliling puding tu apa lagi la budak2 kat rumah ni, especially budak kecik yg 3 years old tu...emmm budak2 macam tu la kan, mamanya dulu masa kecik2 pun 2 x 5 jugak kalau bab meratah buah laici nih..hik3

      Ok la, ni resepi puding laici yang akak dapat dari Edisi Khas LBM 2003 tapi dah akak ubahsuai sikit ikut citarasa akak. Yang akak buat ni 1/2 adunan je. Best puding ni, tak manis sangat, just nice je...sape teringin nak makan tu cuba la buat ya, jgn lazy2 tau!!!

      BAHAN BAHANNYA
      • 2 tin laici
      • 1 tin susu cair
      • 5 ketul gula batu
      • 1 bungkus agar2
      • 3 biji kuning telur
      • 2 sudu makan tepung kastad
      • 1 sudu makan esen vanila
      CARA MEMBUATNYA
      1. Basuh agar2 dan masak dengan air sebanyak 5 cawan dan gula batu sehingga mendidih dan cair agar2 & gula tersebut
      2. Laici dikisar bersama2 dengan airnya dan ketepikan dulu
      3. Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastad
      4. Kemudian campurkan susu cair dan esen vanila ke dalam adunan telur tadi
      5. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan2 termasuk laici ke dalam agar2 dan masak sebentar, tak perlu tunggu mendidih, kacau2kan sehingga sebati
      6. Kemudian masukkan ke dalam bekas, sejukkan di dalam fridge dan boleh la dimakan bila dah sejuk.
      Tambah buah laici dan sirapnya semasa makan puding ni...

      Tuesday, November 23, 2010

      PUDING WARNA WARNI

      Assalamualaikum... dah tengah malam gini orang semua dah tidur akak je yang belum tidur2 lagi nie.  Sambil layan internet ni ada sorang budak kecik kat sebelah akak ni ....tengah malam ajar English kat anak yg 7 years old, si Muzany tu..Akak kesian kat dia sebab banyak perkataan dlm English yang dia tak berapa reti nak sebut lagi, so before it is too late baik akak cepat2 bertindak. Alhamdulillah senang ajar Muzany ni sebab terang hati dia, senang dapat bila diajar sesuatu. 

      Oh ya, kat gambar tu kan puding yang akak buat semalam untuk balas pinggan jiran sebelah rumah jugak...Puding ni sedap dimakan sejuk2, rasanya lembut sangat. Resepinya dah lama akak ambil dari blog Kak Hanieliza dan dah buat banyak kali pun. Jutaan terima kasih pada Kak Liza sebab tak lokek berkongsi resepi masakan yang lazat2 belaka. Akak sememangnya dah lama mengikuti blognya semenjak zaman pekerjaan dulu..... 

      Ok, resepinya adalah seperti kat bawah ni...

      RESEPI ASAL : HANIELIZA'S COOKING

      BAHAN2NYA 

      BAHAN A
      • 1 paket agar agar
      • 6 mug air
      • 2 cawan gula
      BAHAN B
      • 1 tin susu cair
      • 1 cawan tepung kastad
      • 1/2 cawan mentega (ni akak tambah)
      • 1 biji telur gred A (ni pun akak tambah)
      BAHAN C
      • Beberapa titik pewarna yang dibenarkan (ikut suka warna apa nak bubuh)
      CARA MEMBUATNYA
      1. Agar2 dimasak bersama2 air dan gula sehingga mendidih dan cair gulanya dan tutup api
      2. Tapiskan agar2 dan ketepikan dulu
      3. Campurkan semua bahan B kecuali mentega dan kacau sehingga sebati
      4. Masukkan ke dalam larutan agar2 tadi dan masak semula di atas api perlahan
      5. Masukkan mentega dan kacau2kan lagi sehingga mentega cair kesemuanya
      6. Boleh la ditutup api, tak perlu tunggu mendidih
      7. Bahagikan kepada beberapa bahagian ikut la berapa jenis warna nak bubuh ek....
      8. Titiskan pewarna pada adunan agar2 dan kacau2 kan biar sebati warnanya
      9. Tuangkan ke dalam apa2 bekas puding yang disukai dengan cara melapis satu persatu warna2 tersebut
      10. Buat sehingga habis dengan cepat sebab puding ni akan cepat mengeras dan jika dah keras terpaksalah dimasak semula atas api dan sambung semula kerja melapis agar2 tu
      11. Bila dah siap masukkan ke dalam fridge selama 2-3 jam dan boleh la dinikmati selepas itu.

      Tuesday, September 28, 2010

      PUDING KARAMEL

      Salam semua...siapa teringin nak makan puding karamel tgh2 malam ni, meh sini cepat! Tinggal 2 potong je lagi nie..Puding nie akak buat sebab geram punya pasal. Time puasa aritu tergatal la beli puding mcm ni kat bazar Ramadan. Bila makan, rasanya tersangat2 lah mengecewakan. Anak yang kecik umur 3+ tahun pon tau tak sedap, uwek katanya..Rasa mcm makan tepung, takde rasa susu dan telur. Mahal la pulak, sepotong 3 henggit ooo...Padan muka akak, reti buat tapi nak beli sangat, kan dah terkena.

      Puas tersangat2 makan bila buat sendiri. Sedap dimakan sejuk2. Dah tinggal 2 potong baru teringat nak ambil gambar. Kuah karamelnya pun dah kering dikerjakan anak2 akak. Depa ni kalau makan puding mesti banjir kuahnya. Takpe2, janji puas makan ya sayang!! 

      Resepinya seperti di bawah ni: 

      BAHAN BAHANNYA
      • 5 biji telur ayam  
      • 1 tin susu pekat manis  
      • Air ikut sukatan 1 tin susu 
      •  1 sudu teh esen vanila 
      • 1 sudu makan tepung jagung  
      • 5 sudu besar gula pasir
      1. Pecahkan kesemua telur dalam mangkuk 
        1. Masukkan susu, air, esen vanila dan tepung jagung dan guna mixer gaulkan hingga sebati
        2. Ambil 1 loyang dan letakkan 5 sudu besar dan panaskan di atas api sederhana
        3. Kacau2 selalu dan tunggu hingga gula hancur dan keperangan
        4. Tuangkan 5 sudu besar air dan cepat2 kacau gula itu dan tutup api
        5. Biarkan je kalau gula tu berketul2, tak kisahnya
        6. Tuangkan perlahan2 adunan susu tadi ke atas gula karamel
        7. Panaskan pengukus dan kukuslah puding selama 30 minit
        8. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

          Saturday, September 25, 2010

          FRUIT CUSTARD PUDDING

          Assalamualaikum...dah lunch ke belum? Mesti ramai yang mkn kenduri hari ni, so dapur tak berasap la kan. Sama la macam dapur akak ni...best dapat lazy2 kat rumah layan kerenah anak2 ni. At the same time dapat pulihkan kulit di tangan yang melecur kena percikan minyak panas semalam. Puding ni untuk dimakan2 sambil ber lazy2 kat rumah. Sedap dimakan sejuk2 dengan kuah yang melimpah2 banyaknya...abaikanlah lemak yg terkandung tu yeaa. Sesekali layan benda macam ni memang best, kalau selalu muak la pulak kan!!! Yang leceh tu bila dah buat, anak2 tak berkenan sangat memakannya. Adakah akak yang terpaksa menghabiskan kesemua ni...Oh tidak!!! 
             
          Jom tengok resepinya... 

          Bahagian pudingnya : 
          100 g tepung kastad 
          1000 ml air 
          3 sudu makan susu pekat manis 
          Secubit garam 

          Bahagian sosnya : 
          200 ml susu cair 
          1 sudu makan mentega 
          100 ml air 
          200 ml sirap dari fruit cocktail 
          120 g gula pasir 
          1 sudu teh esen vanila 
          1 sudu makan tepung kastad 
          1 tin fruit cocktail 

          CARA MEMBUATNYA
          • Mula2 campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati
          • Masak dia atas api sederhana dan kacau selalu sehingga agak pekat dan tutup api
          • Ambil fruit cocktail (buah je) dan masukkan ke dalam bekas acuan yang sesuai
          • Tuangkan adunan kastad secukupnya di atas fruit cocktail tadi
          • Sejukkan dulu bahagian puding kastad ni
          • Untuk sosnya, campurkan kesemua bahan2nya, kacau hingga sebati
          • Masak di atas api perlahan sehingga pekat, tak perlu tunggu mendidih
          • Sejukkan dulu dan bolehlah dituangkan di atas puding semasa nak memakannya

          Saturday, August 28, 2010

          PUDING MARBLE

          Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dirahmati Allah, didoakan semoga semua ceria disamping famili tersayang. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke tempat yang tak seberapa ni, lama tak berupdate pulak tu! Akak agak busy menyiapkan tempahan masakan sejak kebelakangan ni. Memasak dalam kuantiti yang banyak agak mencabar di bulan puasa. Nasib baik semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah! 


          Tu yang kat gambar saja2 akak tunjuk puding marble yang selalu akak buat. Kot2 ada sesape yang masih tak reti membuatnya boleh la cuba buat ya!
           

          BAHAN BAHANNYA
          • 18 g agar2 bertali
          • 1 liter air
          • 1 cawan gula pasir
          • 1 cawan susu cair
          • 80 g mentega
          • 5 biji telur ayam
          • 1 sudu besar tepung kastad
          • 1 sudu besar serbuk koko
          • sudu teh esen vanila
          CARA MEMBUATNYA
          1. Mula2 masak agar2 dengan air dan gula sehingga mendidih dan tutup api dulu.
          2. Di bekas berasingan, pukul telur sampai sebati masukkan susu cair dan tepung kastad.
          3. Kacau adunan tu dan tapiskan.
          4. Masukkan kedalam larutan agar2 dan masak semula di atas api sederhana.
          5. Kacau2kan sehingga rata dan masukkan mentega dan esen vanila.
          6. Bila dah larut mentega tu tutup api.
          7. Bahagikan kepada 2 sama banyak.
          8. 1 bahagian warna asal dan satu bahagian lagi campurkan serbuk koko.
          9. Tuang 1 senduk setiap warna berselang seli sampai habis.
          10. Sejukkan sebelum dimakan.
          Kalau nak buat warna warni macam ni pun boleh. Gambar blur sebab waktu shooting selepas tengah malam tu..Adunan dibahagikan kepada beberapa warna yang disukai, dan buat selang seli dalam loyang yang dialas dengan apa2 supaya tinggi sikit dihujungnya. Apabila dah selesai letak loyang dikedudukan asal, maka jadilah puding pelangi..

          Tuesday, July 20, 2010

          BREAD AND BUTTER PUDDING


          Assalamualaikum, Salam buat semua....Dari petang tadi sampai ke malam hujan tak henti2,best la hujan malam2 gini. Malam ni tengah dok layan anak2 buat homework, tiba2 terasa nak buat pudding..Ntah kenapa tiba2 teringat dah lama tak buat bread butter pudding ni, seingat akak last sekali masa zaman kerja dulu2...
          Teringat dulu walaupun bekerja dari pagi sampai petang akak memang tak jemu2 mencuba pelbagai resepi yang asal jumpa je dan rasa nak try tu akak terus buat..dan anak2 la jadi mangsa sebab kena makan apa yang mama depa dah masak tu kan..nasib baik resepi selalunya menjadi, tapi ada jugak sesekali tak menjadi tu, biasa la kan! 


          Yang teringat tu sebab dulu first time buat pudding ni anak2 semua tak suka, ada la makan tapi tak banyak. Resepi pulak akak jumpa kat blog omputih mana ntah dah lama dah, main salin je.. So, akak ingat nak buat lagi sekali tapi ubah suai sikit kot2 kali ni depa suka....dan resultnya masa makan tadi...YES anak2 suka! Ni ha resepi dia... 


          BAHAN BAHANNYA
          • 50 g mentega
          • 10 keping roti putih
          • 100 g sultana/kismis
          • 8 biji kurma dicincang
          • 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
          • 1/4 sudu teh serbuk buah pala
          • 350 ml susu segar
          • 50 ml whipping cream
          • 2 telur saiz A
          • 30 g gula pasir
          • 1 sudu teh esen vanila
          CARA MEMBUATNYA
          1. Griskan dengan sedikit mentega pada bekas yang bersesuaian, akak guna saiz 20 x 10 cm.
          2. Sapukan mentega pada semua kepingan roti, potong2kan kepada bahagian kecil. 1 keping dapat 9 bahagian.
          3. Susun kepingan roti dalam bekas tadi, cukup2 je utk 1 lapisan.
          4. Taburkan sultana dan kurma cincang ke atas roti tadi.
          5. Taburkan sedikit serbuk buah pala dan kulit kayu manis di atasnya.
          6. Ulangi langkah diatas sehingga dapat 3 lapisan roti.
          7. Dalam satu periuk kecil, panaskan susu segar dan whipping cream, tak perlu mendidih.
          8. Masukkan gula dan kacau sebati.
          9. Dalam 1 bekas lagi, 2 biji telur dipukul bersama sedikit esen vanila.
          10. Masukkan adunan telur ke dalam adunan susu segar, api dah tutup time ni. Pukul lagi hingga sebati.
          11. Tuangkan perlahan2 adunan telur ke dalam bekas roti yang siap disusun tadi hingga tenggelam semuanya. Biarkan 20 minit.
          12. Panaskan oven 200 C dan bakarlah ia selama 40 minit atau hingga kuning keemasan.
          13. 10 minit yang terakhir, keluarkan bekas dan taburkan sultana, kurma cincang dan gula pasir di atasnya dan sambung bakar lagi 10 minit.
          Dah siap pun, setengah jam je buatnya..sedap dimakan panas2. Boleh juga dimakan dengan aiskrim, ikut selera masing2.

          LinkWithin

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...