Showing posts with label KEREPEK. Show all posts
Showing posts with label KEREPEK. Show all posts

Monday, January 9, 2012

KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD


Assalamualaikum....Semestinya anda semua sudah minum petang kan! Akak pun, petang ni kita mengunyah kerepek ni je lah. Kerepek bukan sebarang kerepek tau! Bak kata makcik cina yang sama2 dengan akak dok memilih ngaku ni di Tesco tempohari...."Ini haa satu tahun satu kali balu ada jual...manyak sidap goreng hoooo...." Akak dalam hati berkata2 balik pada dia."Apa yuuu ingat aii tak tahu ke? Aii ni blogger masakan tau, dah pernah tengok ramai blogger buat kerepek laaa...(ececehhh..bunyi gaya cakap macam eksyen je aii ni kan! Tapi tu kan dalam hati je...hahaha...

Kerepek ngaku ni memang sedap, memang rangup, memang berbeza dari kerepek2 lain dari segi rasanya, silap2 sekali hadap boleh habis 1 balang. Bagi sesiapa yang teringin nak tahu macamana rasanya boleh la mencubanya sendiri.  Dapatkanlah ngaku di Tesco atau di mana2 pasaraya yang berhampiran anda sekarang juga...Kalau tak kenal rupanya boleh tengok kat bawah ni sebagai panduan...Selamat mencuba !



BAHAN BAHAN
  • Ubi ngaku @ arrowhead
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. Kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti
  2. Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...
  3. Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan
  4. Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi
  5. Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..
  6. Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka. Akak letak sikit saja untuk menaikkan rasa lemaknya.

Monday, August 29, 2011

POPIA BERSIRA PEDAS




Assalamualaikum semua, sempat lagi akak nak tayang popia pedas hasil resepi dari dapur Mas ni. Akak buat bersama anak2 semalam lepas iftar... bab menggulung kulit popia ni suka sangat la depa semua. Yang paling bongsu si Amsyar pun sibuk nak buat, kalau tak bagi menangis pulak. So, kami pun pakat buat beramai2.
 
Memang asyik rasanya bila mengadap popia pedas ni. Anak2 akak semuanya suka. Sebaik je siap depa berulangkali makan. Nasib baik buat banyak...Bagi sesiapa yang teringin nak rasa kerangupan popia pedas ni silalah cuba resepinya dibawah ni yang akak copy dari dapur Mas, terima kasih yea sebab sudi berkongsi resepinya. Anda juga boleh klik di SINI <<
 
 
Resepi : MasDuniaku
 
Bahan :
  • 1 bungkus besar kulit popia 
  • 1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh
 
Bahan untuk sambal :
 
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 biji sederhana bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 5 sudu besar gula                              
 
Bahan sampingan :
  • ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
  • kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • bijan - goreng sikit tanpa minyak


Cara membuatnya :
  1. Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
  2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
  3. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
  4. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
  5. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...