Showing posts with label AWARD/TAG. Show all posts
Showing posts with label AWARD/TAG. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

CMC TEMPAHAN & AWARD


Assalamualaikum....Kek harijadi ni adalah tempahan dari seorang bekas guru untuk majlis harijadi yang diadakan baru2 ini. Menurutnya, harijadi disambut beramai2 sebab kebetulan ramai family membernya yang dilahirkan dlm bulan Oktober. Memang tak sampai hati nak menolak semasa dia request akak buatkan birthday cake ni, walaupun yang sebenornye akak sendiri memang tak cukup tangan nak membuatnya. 

Tapi memikirkan memang dah minat, akak pun cari2 la jugak masa. Alhamdulillah siap deko dalam masa 1 1/2 jam...


Saja cabar diri sendiri buat  bunga ros, 3 kuntum siap dalam masa 20 minit..hahaha..gelak kuat2 yea! Tengok mcm senang je, tp bagi yang dah expert tu pejam mata je ni kan...emmm nak buat camne, akak memang tak expert....senang lg buat ros fondant dari buttercream.


Ahaaa...yang ni pulak award The Versatile Blogger yang akak dapat dari Sue @ Nenie - Rencah Kehidupan. Sorry la agak lambat kalau bab award2 ni sebab nak kena buat tugasan tu spt di bawah nie...

1. Ucapkan terima kasih & link kepada orang yang beri award

Syukran yea Sue atas kesudian menganugerahkan award ni, terharu rasanya.... :))

Sesaper nak berkenalan dengan Sue boleh la pergi ke SINI < Klik

2. Berkongsi 7 perkara tentang diri sendiri
  • Seorang yang suka aktiviti lasak semenjak zaman persekolahan lagi. Suka masuk hutan, masuk gua, redah sungai, panjat bukit, bermalam dlm khemah, & banyak lagi pengalaman lain, ada antaranya yg mengerikan & yg seram pon ada...semua tu dah aiii rasai.

  • Masa kecik2 suka sangat menari2 depan tv. Ada sekali tu sampai terhantuk dahi I tau, beso jugak luka tu, berdarah pun banyak..parutnya masih ada kat kening kiri I..huhu

  • I tak suka menyusahkan org lain dari dulu lagi..kalau ada masalah aii akan selesaikan sendiri, dgn cara yang tersendiri.. Setakat ini Alhamdulillah mmg tak ada lagi orang yang susah disebabkan aiii, tapi aii disusahkan oleh orang lain ada lerr...

  • Selain dari memasak, I pon suka menjahit tau! Banyak jugak yang dah kena jahit dengan I, mulut orang je yg belum lagi ni, so watch out mulut2 yang suka laser2 tak tentu arah dengan I okay! (gurau saja nie..) Antara yang I reti jahit adalah blouse, baju kurung, kebaya, seluar, skirt labuh, baju melayu, sarung kusyen, langsir scallop & ropol2. So, ada sesaper nak tempah? Lupakan je lah niat tu yea! Masih ada 2-3 baju yang dah siap bergunting semuanya tapi belum sampai seru untuk dijahit lagi..ada yang dah digunting dari 2009 lagi aii tell yuuu...

  • Berbalik kepada nak jahit mulut orang, yang sebenornye I sangat2 tak suka orang yang bermulut lancang atau tak reti beradap bila bercakap dengan orang yang lebih tua.  Ada jugak rasa nak cili2kan mulut orang tu..Astaghfirullah!!! 

  • I ni kalau bab2 kerja (walau apa pun jua) memang sangat2 cerewet. Paling tak suka orang yang buat kerja asal jadi jer, kualitinya zero...geram tengok orang main2 buat kerja ni...tu yang suka jugak pot-pet2 tu, tapi kata orang yg penting hati mau baik!

  • Adehh, jenuh la nak cari yang last ni.....Haaa, I suka pakai kasut tumit tinggi sejak zaman anak dara lagi..hehe...rasa tak puas if tak pakai high heel, mcm tak berkasut je rasanya. Pernah time pregnant pun I belasah high heel sampai kena tegur dgn doktor..apa2 je lahhhh kan.. :)

    3. Berikan kepada 15 blogger yang anda rasa layak
    Buat semua blogger yang tersayang, terimalah award ni dari akak. Anda semua sememangnya layak.

    Yeay yeay dah siapppp!!!!

    Monday, May 2, 2011

    JOM KITA BERKENALAN !



     Assalamualaikum... Ambil kesempatan malam ini untuk menyelesaikan tag dari Fie, KLIK Bila Periukku Berbunyi untuk melawat blog adik Fie nie..Kiranya akak ni agak terlambat dalam bab2 cam gini, apa2 pun akak appreciate sangat & ingin mengucapkan terima kasih pada Fie yang sudi untuk mengenali akak walaupun di alam blogging saja. Tapi, mana lah tahu mungkin kita boleh bersua satu hari nanti kan! Tiba lah masa untuk menjawap soalan yang berderet2 seperti di bawah...emmmmm (sambil menggaru2 kepala yg tak gatal pun ni...) ok lah jom la jawap satu persatu..hik2
     Apakah status anda ? 

    Seorang isteri, ibu kepada 5 org putera

    Ceritakan tentang diri anda 
     
    Dilahirkan pada tahun 1971 (cerrr kira bape dah umur akak..) sangat meminati bidang dekorasi dan masakan
    Berjiwa romantis, manja & peramah (jika dah kenal)
    Tegas, serious dan garang bila berkaitan hal2 pekerjaan
    Pernah terlibat dalam dunia perbankan & kini telah pun bersara awal dengan rekod yang baik, tujuan asal bersara awal adalah untuk beri perhatian kepada rumahtangga, khususnya anak2
    Baru terlibat dalam bisnes makanan secara kecil2an & turut menerima tempahan katering bagi majilis kenduri kendara

    Cerita tentang blog anda
     
    Blog akak ni baru berusia setahun jagung
    Tujuan untuk mengumpul resepi & bercerita berkaitan apa sahaja yang ingin dikongsikan disini
    Juga untuk dijadikan reference & kenangan manis di masa akan datang, Insya Allah...
    Apa pandangan anda tentang dunia blog Dunia blog adalah dunia tanpa sempadan yang dapat dicapai oleh sesiapa sahaja secara baik atau buruknya. Terpulang lah pada individu itu untuk mendapat manfaat sebanyak mungkin atau merugikan diri sendiri dengan cara yang tidak sepatutnya...

    Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak buat blog


    Buat blog cepat2 & bagitau akak link dia, bila2 free boleh akak ziarah.. :)

    Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda


    Emmmm....tiada yang unik. Blog yang biasa2 sahaja. Akak berblog bukan untuk mencipta sesuatu yang unik, cuma ingin berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi hadir disini

    Sampai bila hendak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

    Akan terus berblog selagi ada kelapangan. Impian akak dalam dunia blog semoga mendapat manfaat yg berterusan & dikurniakan kawan2 blogger yang menceriakan setiap kali akak berada disini...

    Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat

    Tak dapat nak tag sebab ramai sangat yang akak nak kenal, otak pun dah tak boleh nak fikir lagi dah ni...semuanya blogger yang manis2 belaka, semuanya nak kenal & selalunya akak kenal rakan2 melalui blog masing2 menerusi cerita yang dikongsikan disana

    Thursday, April 14, 2011

    YUHUUUUU.......

    Assalamualaikum......CHAKKKKK!!! Lama cuti berblog atas alasan kerja, kerja & kerja yg bertimbun2...Alhamdulillah semua dah kembali normal & dapatlah akak meneruskan kehidupan seperti biasa.
    Okayyy, sebelum akak terlupa baiklah akak cepat2 tayang award yg akak dapat baru2 ni. Actually, sebelum ni ada jugak beberapa award yg akak tak ambil2 lagi sebab masa tu dah terlupa kejap, bila teringat balik terasa malu pulak nak pergi ambil...(macam2 la akak ni...)Thanks to Nieza, Noorsha & Norlieharumaini sebab sudi bagi award ni. Terharu sebab akak rasa akak ni tak seaktif mana dalam berblog. Kalau berkesempatan baru akak akan berblog & update n3. Jom la tengok apa yg harus dijawap.... :)
    I. Post linking back
    Norlieharumaini (Ilham Masakanku)
    II. Share 7 random things about yourself
    1. Aii adalah seorg yg tak suka bercakap tentang benda2 yg remeh temeh, yg boleh penin2 lalatkn kepala aii..so kalau ada org yg suka cerita yg merepek meraban especially bercerita tentang hal org lain aii akan cepat2 cakap SHUT UP YUUU....selalunya berkata dlm hati je sambil tersenyum...HAHAHA
    2. Tak suka sembang2 Mak Limah atau borak2 Kak Limah yag zeroooo..kalau nak sembang or borak dengan aiii pastikan ada membawa manfaat
    3. Aiii sgt suka berikan senyuman kat semua org yang aiii kenali. Kalau senyum aiii akan pastikan senyuman aiii betul2 ikhlas & manissss sekali...(jgn nyampah2 bila baca ni tau, tak baik dosa..) Sgt2 tak suka & meluat tengok orang yg bermuka sombong....
    4. Owh yea...aiii ni sgt2 tak boleh tahan tengok sesiapa yg dlm kesakitan. Bila aii tengok org sakit aiii rasa mcm aii pun sakit jugak. Kalau melibatkan anak2 aii lagi laa....
    5. Aii sgt suka mengira, aiii sentiasa ada 2 calculator dlm handbag tau. Mana la tau kalau2 yg 1 lg tu buat hal so aii ada 1 lg, takde la sampai xleh mengira...hik3
    6. Aiii sangat suka memasak semenjak darjah 2. Semenjak dulu2 sampai sekarang sangat suka bagi famili makan air tangan aiii dari yang beli kat luar sebab aiii takut depa termkn air tgn ntah sape2 yg tak betul nawaitunye...takut jugak ntah apa2 yg depa bubuh dlm masakan tu....
    7. Yang terakhir, aiii sgt2 tak suka menonton drama bersiri. Rasanya lebih baik tak payah tengok tv dari terpaksa mengikuti cerita yang tak tahu bila kesudahannya...
    III. Award 15 recently discovered blogs.
    Aii rasa baik aii bagi je award ni kat semua blogger, sebab aii rasa semuanya lovely2 belaka...
    IV. Drop them a note & tell them about it
    Untuk semua yang hadir disini terima lah award ni dari aiii sebab aiii really appreciate semua blogger....Sayang Semua.....

    Saturday, December 11, 2010

    AWARD DARI SI CANTIK MANIS AMANDA

    Firstly nak minta maaf kat AMANDA si comel lote yang duk nun jauh di Sabah, sebab lambat ambik award ni...sebab jauh tu yang lambat sampai tu.. :) Thank you sis, akak appreciate sangat. Tapi yang bab nak jawap soalan2 ni yang akak lazy sikit ni. Tapi dah ambik award tu takkan taknak jawap soalan pulak kan...Ok, jawap jangan tak jawap.. Nama blog dan nape letak nama itu ? Nama blog ni Dapur Azlina @ Terminal Hijrah, nama tu ada kaitan dengan my life, penghijrahan yang akak buat demi mencari keberkatan Allah dari segi pekerjaan, kehidupan dan banyak lagi. Url blog dan dari mana datangnya ? Url blog http://terminalhijrah.blogspot.com/ Idea untuk blog ni datang bila akak mulakan bisnes berkaitan makanan Apa kaedah penulisan blog ni ? Resepi masakan dan sesekali tu ada juga terselit sesuatu yang lain dari masakan Apa perasaan bila tengok blog orang cantik while ur not? Perasaan akak bila tengok sesuatu yang cantik mestilah suka, kalau tak suka maknanya ada something wrong with u la...Bagi akak blog tu nampak cantik jika tak terlalu sarat dengan mcm2 widget, nampak simple but interesting to follow... Bila blog ni wujud ? Semenjak April 2010 Siapa orang pertama tahu tentang blog ? Yang pertama semestinya anak2 akak yang juga sangat suka mengikuti setiap apa yang akak update disini... Tag 5 blogger Emmmm.........nak tag lebih, mana cukup 5....

    Thursday, November 25, 2010

    AWARD DARI AKMA MATA-HATI-JIWA

    Assalamualaikum...ni award yang akak dapat dari Akma , malam ni baru sempat nak ambik. Terima kasih Cikgu Akma @ Cikma atas ingatan terhadap akak ni. Appreciate sangat. Ok, dah ambik award tu kena pulak jawap soalan2 seperti kat bawah ni.... 1) Nickname untuk tuan empunya blog Kak Ina 2) Ucapan untuk yang memberi award Syukran 3) 6 favourite artist/singer/group Susah nak cari jawapan ni...rasanya takde yg favourite 4) Tag award pada 10 rakan blogger Mak aiiii....

    Sunday, October 3, 2010

    TAG DAN PERSAHABATAN DARI KERULL

    Salam...sebenonye dah lama akak kena tag dengan Kerull ni, memang dah lama niat nak menjawapnya tapi baru malam ni misi terlaksana..ewah3. Maafkan akak yea Kerull sebab ambil masa sebulan nak jawap tag ni. Ok la tanpa membuang masa ni akak nak jawap soalan2nya one by one okay! Soalan 1 : Adakah anda rasa HOT ? Akak rasa hot kalau kat dapur bila masak > dari 10 jenis lauk non stop. HOT jugak kat rumah esp waktu malam...(yg ni utk sape yg faham2 je la.....) Soalan 2 : Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang ? Gambar baby girl tengah isap ibu jari...ngeh3 Soalan 3 : Cerita pasal gambar ni ? Teringin nak baby girl punya pasal la, berkenan tengok gambar tu kiut la sangat... Soalan 4 : Kali terakhir makan pizza ? Uisssh, baru tau dah lama rupanya akak tak makan pizza, dah sampai tak ingat pun bila...takpe3 nanti nak buat pizza yang sendiri bikin punyeee.. Soalan 5 : Lagu terakhir anda dengar ? Lagu terakhir yang akak baru je terdengar dari TV tadi...lagu Halimah Jongang Soalan 6 : Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni ? Sambil tangan menaip ni, akak sempat lagi minum sirap bandung yang dibuat oleh anak teruna sulung akak Aqif... Soalan 7 : Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa ? Selain dari Nor, Ina, Kak Ina, Lina dan Azlina, akak juga dipanggil dengan nama Mama, Acik, Kak Yang, Mak Yang , Ibu dan Sayang... Soalan 8 : Tag lagi 5 orang... Akak sebenornya nak tag semua kawan2...boleh tak?????

    Untuk Kerull, terima kasih sebab sudi terima akak sebagai sahabat di alam maya ni, semoga berkekalan ya!!!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...