Showing posts with label PUYUH. Show all posts
Showing posts with label PUYUH. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

PUYUH GORENG MANIS MANJA


Assalamualaikum....Suka tak makan burung puyuh? Ehhh...rugi tau kalau tak suka sebab rasanya sedap apalagi kalau digoreng garing2 gini. Asyik2 makan ayam je, sesekali tukar la makan burung puyuh. Perapan untuk puyuh ni sengaja akak lebihkan manisnya, walaupun dah ada gula, akak tambahkan sedikit madu. Jangan risau, sikit punya pasal takde nya kena penyakit kencing manis.. 

Berbalik pada nama yg manja tu, saja2 akak letakkan namanya begitu mengenangkan tadi  ada anak yang bertanyakan kenapa ada orang dewasa tapi masih diberi panggilan "Anje" oleh mak atau ayahnya, sudah la dewasa, lelaki pulak tu, buat segan je kata anak akak tu. Emmm, payah nak jawap ehhhh kerana ia melibatkan seseorang ni tapi rasanya bila dah terbiasa dipanggil "Anje" sampai dah dewasa ni kesannya pada si dewasa ni banyak ngengada perangai & tabiatnya, anak bongsu mcm aiii pun kalah.....ngeeeee :))  :))

Resepi ada di bawah ni bagi yang teringin nak mencuba, dipersilakan...Jumpa lagi!!

BAHAN BAHAN
  • 8 ekor burung puyuh
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia 
  • 1 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Sedikit garam 

CARA MEMBUATNYA

  1.  Tumbuk bawang besar, bawang putih & halia sehingga betul2 lumat
  2. Keluarkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 yang lain, kacaukan biar betul2 sebati 
  3. Gaulkan bahan perapan ini dengan burung puyuh, biarkan ia betul2 mesra. Untuk rasa yang lebih sedap, perapkan selama 1 - 2 jam
  4. Panaskan minyak yang mencukupi, tunggu sehingga minyak betul2 panas & masukkan burung puyuh satu persatu, goreng dengan api sederhana sehingga betul2 garing
  5. Apabila nampak sudah garing, angkat puyuh, toskan minyaknya terlebih dahulu dan sedia untuk dihidangkan


Thursday, February 3, 2011

KARI PUYUH BERTELURRRR PUYUH

Assalamualaikum! Waaa....tersangat la penat malam ni. Dapat mandi air panas tadi terasa lega seluruh badan yang dah letih lesu ni. Buat masa ni akak agak kesibukan dengan tempahan memasak untuk peserta2 tempat perkhemahan berdekatan. Dari petang tadi sampai ke hari Ahad nanti, memasak untuk breakfast, lunch, dinner & supper setiap hari. Lepas masak kena hantar pulak ke sana. Agak mencabar jugak memasak untuk campsite ni, sebab lepas satu, satu lagi kan..ditambah pulak nak kena masak untuk RTH lagi. Tapi buat akak lagi mencabar lagi akak suka3....Sambil masak2 kita boleh nyanyi2 lagi..lalala..lala.. :) Lain kali akak tunjukkan gambo campsite tu yea. Kot2 ada yang teringin nak camping boleh gi sana. Tadi memang suasana agak kelam kabut sebab bila tengah dok sibuk nak prepare untuk tempahan datang pulak order dari pelanggan RTH. Nasib baik dah berpakat dengan waiter akak yg sorang tu..hanya terima order nasi goreng kampung , mee goreng & nasi goreng biasa. Ada pulak customer tu cakap - Order yg lain tak boleh ke? Dan waiter aka anak sulung akak Aqif pon menjawap "Emak saya tengah sibuk dengan tempahan catering, kalau nak order jugak yang tu je boleh.." Ceh! cam serious bunyi suara anak akak tu. Bagus3...jgn kacau2 mama tengah berperang kat dapur. Sekali tengok2 datang jugak order yg berderet2 & bermacam2 jenis pulak tu..Tapi takpe lah, Alhamdulillah, tengok la tu bila Allah nak bagi rezeki, tak putus2 dia datang. Yang kat gambo tu kari puyuh yang akak masak semalam. Akak jarang masak puyuh ni, sekali sebulan tu ada la jugak. So kali ini akak masak kari pekat yang agak pedas rasanya. Memang pantang akak ni kalau masak kari tak pedas. Siap bertelur lagi puyuh tu dalam kuahnya...haha...Saja2 masukkan telur tu sebab sesuaiiii kan!!! Okey, sayang2 semua....sebelum ntah apa2 melalut lagi baiklah akak letakkan resepi kat sini ok! Jumpa lagi!!! BAHAN BAHANNYA
  • 6 ekor burung puyuh dibelah bahagian tengah
  • Telur burung puyuh direbus & dikupas kulit (ikut suka bape biji nak bubuh arrr...)
  • 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih & 2 cm halis dihiris2
  • Rempah 4 sekawan secukupnya
  • 8 ulas bawang merah *
  • 1 labu bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kas kas
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 biji cili merah dibelah tengah
  • 4 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Bahan bertanda * dikisar bersama2.
  2. Tumiskan bahan hiris, daun kari & rempah 4 sekawan sehingga agak layu
  3. Masukkan bahan2 kisar, rempah kari daging, kas2 & serbuk cili dan kacau2kan supaya sebati, tambah sedikit air jika terlalu pekat & biarkan ia agak garing
  4. Masukkan burung puyuh, diikuti ubi kentang dan kacau2kan biar sebati
  5. Dikuti dengan kerisik, air asam jawa & santan pekat dan kacau lagi
  6. Apabila dah mendidih masukkan tomato, cili merah, telur burung puyuh, garam & gula secukup rasa
  7. Biarkan kuahnya dimasak sehingga mendidih & pekat kuahnya tu baru ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...