Showing posts with label DECO. Show all posts
Showing posts with label DECO. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

KEK FONDANT BIRU 3 HARI 2 MALAM

Assalamualaikum....Anda semua apa khabar? Didoakan moga2 semuanya sihat sejahtera dan diberkati Allah dalam apa jua yang anda lakukan. Nampaknya baru berkesempatan menjengah ke sini..Kesibukan dengan macam2 hal, ada masanya seperti memaksa diri untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

Semalam betul2 semput menyediakan 2 tempahan. Untuk makan tengahari seramai 200 orang & makan malam seramai 100 orang. Actually I memang kurang setuju untuk terima 2 customer on the same day tapi memandangkan yg order untuk sebelah malam adalah Penghulu Tapah so terima sajalah walaupun kepenatan memasak untuk yang sebelumnya belum lagi hilang. 

Ya! Memang penat...tapi itulah realitinya sebagai seorang tukang masak. Macam akak ni boleh la gelar tukang masak yang always happy..Sebab penat memasak macamana pun rasa happy & puas bila berjaya siapkan dengan sempurna tugasan memasak tersebut. Apabila ada minat, pasti boleh melakukannya... 


So, berbalik pada cerita disebalik gambar ini. Kek fondant untuk hantaran perkahwinan my adik ipar..huishhhh 3 hari 2 malam menyiapkannya disebabkan tukang buatnya bukanlah seorang yang pakar. Kek ni bila dah siap tu takde lah sebesar mana tapi beratnya melebihi 2 kg sebab keknya adalah kek buah2an. 

Menggunakan resepi yang sama untuk fondant unfortunately agak mengecewakan apabila gula aising yang dibeli dari kedai yang berbeza telah menyebabkan fondant berderai & sukar dibentuk. Adakah akak menyalahkan gula aising sebab nak cover diri sendiri, absolutely tidak...Sebelum ni akak pernah terdengar & terbaca yang jika salah beli gula aising akan menimbulkan masalah & akhirnya akak yang mengalaminya sendiri. Takkan beli lagi gula aising kat kedai tu jika nak buat fondant....



Seronok tau kerja menghias kek ni...sape2 yang pernah buat je yang tahu keseronokannya walaupun sampai tak cukup tidur tapi jika ada minat tiada masalah. Nampak macam senang? Tapi hakikatnya ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau yang tak cukup sabarnya tu lebih baik jangan cuba2 nak buat, nanti kena campak ke dinding pulak kek tu kan sayang je kan!  :))


Monday, November 26, 2012

SIBUK NAK MENGHITUNG HARI JUGAK ...



Assalamualaikum....Setiap hari dok sibuk menghitung hari...or shall I say "menyibuk menghitung hari"..emmm tu yang lebih sesuai lah sangattt..ngeee :) Sebab yang nak nikah tu bukannya I tapi my BIL. Insya Allah, tarikhnya pada 9hb Disember nanti.

Untuk majlis kenduri yang besar ni setiap ahli keluarga dah diberikan tugas masing2. Seperti biasa, tugas I sudah semestinya di bahagian dapur. Kalau dah kenduri kawin namanya tentulah bab menu hidangan & masakan adalah no 1 pentingnya dlm carta. So, bangga rasanya bila dapat menyumbang tenaga di bahagian tersebut.

Actually memang dari dulu2 waktu belum terbabit dalam bisnes katering lagi, setiap kali famili buat kenduri kawin dsbnya memang I & my hubby suka involved kan diri kami dalam penyediaan masakan. Seronok rasanya walaupun penatnya usah dikenanglah kan...Tapi bila ada minat, disitu pasti ada jalannya.

Cupcakes hantaran pertunangan ni yang dibuat beberapa bulan yang lalu. Baru sampai seru nak post di sini. Enjoy betul bila dapat buat deko2 ni. Cadangnya nak buat jugak kek untuk hantaran perkahwinannya kelak. Best jugak kalau akak sempat prepare kek untuk majlis potong kek & buka hadiah disebelah malamnya.

 Masalahnya sempat ke nak buat macam2 ni.. And my SIL pun akan bertunang on that day, I pun teringin gak nak buat kek untuk hantaran pertunangannya. Sempat ke tu? Lagi satu hal, sehari sebelum majlis ada tempahan dari Kilang JK untuk sarapan, lunch & minum petang..aduyaiiii, dalam banyak2 hari dipilihnya hari tu pulak nak buat course untuk staffnya. Depa ni dah considered as one of my very important customer. Mana mungkin nak tolak...

Inilah faktor utama kenapa I tak dapat & tak berani nak kembangkan dunia kek yang dicintai. Bila semua kerja bertindih2, kerja memasak & deko kek...semuanya memerlukan tangan & jari jemari yang sama. 
Sayang rasanya....nak promosi lebih2 memang tak berani buat masa ni. 


Anyway, tunggu & lihat saja nanti. Adakah akak akan berjaya buat kek2 hantaran tersebut atau pun sebaliknya. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kerja akak nanti..Amin

Masih dalam proses belajar & melatih jari dalam bab2 deko ni. Practice makes perfect...Tapi deko fondant memang paling akak sukai compare dengan deko buttercream. Resepi untuk bunga akak guna resepi seperti di bawah ini, bagi akak resepi yang terbaik.


GUM PASTE ( Untuk bahagian bunga, daun dsbnya)


SUMBER : BAKING PROJECT

THANKS TO YASMIN SANUSI 
 
INGREDIENTS
  • 500 g icing sugar
  • 1 tablespoon gum tragacanth
  • 1 1/2 tablespoon cold water
  • 2 teaspoon powdered gelatine
  • 2 teaspoon liquid glucose
  • 1 tablespoon shortening
  • 1 egg white
Method :
  1. Mix the icing sugar with the gum trag, and sieve. Put in a heavy duty mixer bowl.
  2. Sprinkle the gelatine over the water, and wait until it becomes spongy. Then double boil until it turns into liquid again. 
  3. Add the glucose, stir until it turns liquid too, then add in the shortening . Continue stirring until all are melted.
  4. Remove from heat. 
  5. Pour into the icing sugar, and mix in the egg white. Beat until the paste becomes white and elastic.
  6.  Remove the gumpaste, put in an airtight container and let it rest for at least 12 hours before using.

 Rolled Fondant ( Digunakan untuk menutupi permukaan kek)

  • 1 tablespoon plus 2 teaspoons unflavored gelatin
  • 1/4 cup cold water
  • 1/2 cup Glucose
  • 2 tablespoons solid vegetable shortening
  • 1 tablespoon Glycerin
  • 8 cups sifted confectioner’s sugar (about 2 lbs.)
  • Icing color and flavoring, as desire
  1. Combine gelatin and cold water; let stand until thick. Place gelatin mixture in top of double boiler and heat until dissolved. Add glucose, mix well. Stir in shortening and just before completely melted, remove from heat. Add glycerin, flavoring and color. Cool until lukewarm.
  2.  Next, place 4 cups confectioner’s sugar in a bowl and make a well. Pour the lukewarm gelatin mixture into the well and stir with a wooden spoon, mixing in sugar and adding more, a little at a time, until stickiness disappears. Knead in remaining sugar.
  3.  Knead until the fondant is smooth, pliable and does not stick to your hands. If fondant is too soft, add more sugar; if too stiff, add water (a drop at a time).
  4.  Use fondant immediately or store in airtight container in a cool, dry place. Do not refrigerate or freeze. When ready to use, knead again until soft.

This recipe makes approx. 36 oz., enough to cover a 10 x 4 in. high cake.

Wednesday, February 29, 2012

TAHUN LOMPAT & DEKO3


Assalamualaikum....Anak akak yang ke 4, Muzany 9 tahun sejak dulu seorang yang sangat suka bertanya. Pantang ada saja topik atau apa2 yg dirasanya pelik pasti akan dirujuk pada akak...akak pun sememangnya suka layan soalan2 dari anak2.Selalu jugak soalan kelakar yang diberikannya...so datang pulak abang2nya tokok tambah maka riuh rendah la rumah ni dengan gelak ketawa...Anak2 permata hati & penghibur hati!!!

Sempena tahun ini merupakan tahun lompat atau leap year & hari ni 29 Februari, sekembalinya anak akak Muzany dari sekolah terus dia bercerita tentang tahun lompat yang baru didengarnya disekolah pagi tadi. Nak jugak dia dengar dari mulut mamanya tentang tahun lompat & jawapan Mama  tadi :

Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366  hari berbanding 365 hari pada tahun biasa

Nasib baik si abang2 takde di rumah, cerr kalau ada mau macam2 jawapan yg tak disangka2 keluar dari mulut depa semata2 nak menyakat adik tercinta...Soalan begini pun boleh jadi kelakar kalau ada si abang2 yg kaki mengusik tu...

Berbalik kepada gambar berikut adalah deko2 cupcakes yang akak buat tak berapa lama dulu....Saja2 untuk cuci mata... :))




                                                                       Pertunangan 





                                                                     Harijadi




                                                             Perkahwinan

Thursday, February 2, 2012

KEK PERKAHWINAN & KISAH SEDIH DI HARI KENDURI ITU


Assalamualaikum...Petang ni cuaca agak mendung, baru kejap tadi hujan tapi sekejap saja. Macamana dengan cuaca ditempat anda? Walau apa pun keadaannya seharusnya kita bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang bernafas di dunia yang sementara ini.

Petang ni akak sempat pulak singgah disini walaupun di dapur tu tengah rancak memasak menu2 yang ditempah. Sesetengah lauk tu tak perlu la ditunggu memanjang so akak pun layan la internet ni kejap, tambah pulak ada resepi yang dihajatkan.

Terpanjang pulak intronya, actually nak cerita pasal kek perkahwinan yang akak buat semasa kenduri kawin di Taman Bunga Raya, Tapah waktu CNY tempohari. Selain dari menyediakan masakan kenduri yang terdiri nasi biryani, ayam masak merah, rendang tok, kari dalca, acar buah & jelatah, akak jugak turut menyediakan 2 ekor ayam golek untuk pengantin. 

Kenduri kawin menyambut menantu perempuan sulungnya yang sepatutnya meriah menjadi muram apabila pagi kenduri tu nenek pengantin lelaki tiba2 terjatuh di dalam rumah & pengsan lalu dikejarkan ke hospital Tapah. Allah lebih menyayanginya,  doktor mengesahkan bahawa nenek pengantin sudah pun meninggal dunia. 

Khabarnya, malam sebelum kenduri allahyarhamah baru saja tiba dari JB dan kepenatan membawa kepada jatuhnya itu. Sesuatu yang tidak dapat diduga, melainkan dengan kuasa Allah ia terjadi untuk menguji insan2 terpilih.


Ok...berbalik kepada kek akak ni, macam biasa suka sangat buat steam bc ni. Udah la nampak cantik & kemas (takpe kan terpuji sikit je ni...) dari segi rasanya pun lebih sedap dari bc yang dilepa2 atas kek tau! Tak muak bila dimakan, soft saja....Kali ni kek yang dibuat agak besar..(emmmmm...bila la akak nak berani buat kek yg bertingkat2 ni..?? teringin sgt nak buat!!!) 

Ada problem sikit la kali ni coz after akak curah bc jadi retakan sikit. Tu yang kena cover dengan cornelli lace disekeliling kek walaupun retak tu sikit je sebenarnya...Tapi rasa2nya mcm dah kenal pasti punca terjadi retakan tu...


Kalau tengok kek2 yg ditempah sebelum2 ni, kebanyakannya warna purple & pink aje. Nak buat camne, warna customer yg request, kita kena ikutkan saja. Ikutkan hati akak teringin jugak nak cuba warna yg mencabar spt gold, silver, hitam dll...

Walau macamana pun, deko kek tetap menjadi kegilaan akak & keseronokan semasa mendeko ni memang bagi sesiapa yang membuatnya saja yang tahu...Akak pun sedar masih terlalu banyak yang perlu dipelajari, cerr tengok daun pun ada yg sharp hujungnya & ada yg tidak kan!! :))   :))  :))

Wednesday, January 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY AMSYARKU SAYANG....


Senang bebenor buat kek padang bola ni. Terbalikkan saja kek tu dah jadi mcm padang...
                                                                            

                                                                          

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 5 buat sayang mama...Azfarul Amsyar......cayangggg diaaaa

Thursday, January 5, 2012

RINDUNYAAA........


Assalamualaikum pembuka bicara setelah agak lama tak bersiaran di sini. Semoga kita semua sentiasa diberi keberkatan & dilindungi Allah selalu didalam menjalani kehidupan sehari hari. Ketiadaan akak dengan n3 terbaru disini agak lama juga kali ini. Sepanjang cuti yang lepas akak mendapat tempahan demi tempahan katering yang boleh dikatakan tak putus2 jugak.

Ada untuk kenduri kawin, kenduri balik dari menunaikan haji, kenduri naik buai dll..Ada sekali tu kena memasak untuk kenduri 2 hari berturut2, tak tidur malam dibuatnya. Memang penat tapi seronok jugak dapat pengalaman sebegini kerana dengan pengalaman inilah kita dapat pergi melangkah lebih jauh lagi, Insya Alllah...Petang tadi pun  baru selesai memasak untuk tempahan dari Tapah Road. Alhamdulillah, rezeki di bidang katering nampaknya...

Kalau tengok tajuk RINDUNYAAA, memang akak rindu nak berblog semula. Hanya orang yang ada blog yang tahu rindunya tu kan!! Dengan berblog ni bagi akak la kan dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang dalam apa jua bidang yang dipilih atau diminatinya. Rindu jugak nak bw ke dapur2 sahabat. Insya Allah, nanti nak jalan2 jenguk dapur la pulak, jangan marah yea kalau nanti akak geledah dapur anda semua..haha...

Selain itu, akak jugak sangat2 rindukan anak akak yang dah masuk sekolah asrama baru2 ini. Dah 3 hari tak dengar gelak tawanya yang special bunyinya tu, teringat2 dia suka letak kepala atas peha mama bila tengah duduk di sofa. Bila memasak pun terasa sedih bila mengenangkan anak yang sorang tu tak dapat merasai masakan yang disukainya...emmmm mcm2 lagilah gelagat anak yang bermain2 di mata.

 Begitulah perasaan seorang emak & akak pasti semua ibu2 berperasaan begini bila terpaksa berjauhan dengan anak2 kan! Semoga Wajdi dapat mengekalkan rekod akademik terbaiknya di sekolah menengah pula.



Oklah, berbalik pada gambar ni pulak adalah cupcakes pertunangan yang sempat akak buat di musim cuti sekolah baru2 ini. Tempahannya berupa cupcakes hantaran, kek steam buttercream & puding. Ada jugak beberapa kek lain yang akak buat atas permintaan dalam kesibukan musim cuti sekolah.


Teknik yang baru dipelajari, buat bunga ros tanpa guna kon. Bila buat deko atas kek hati berbunga2 cerianya seperti bunga ros itu...:))

Wednesday, November 2, 2011

CMC TEMPAHAN & AWARD


Assalamualaikum....Kek harijadi ni adalah tempahan dari seorang bekas guru untuk majlis harijadi yang diadakan baru2 ini. Menurutnya, harijadi disambut beramai2 sebab kebetulan ramai family membernya yang dilahirkan dlm bulan Oktober. Memang tak sampai hati nak menolak semasa dia request akak buatkan birthday cake ni, walaupun yang sebenornye akak sendiri memang tak cukup tangan nak membuatnya. 

Tapi memikirkan memang dah minat, akak pun cari2 la jugak masa. Alhamdulillah siap deko dalam masa 1 1/2 jam...


Saja cabar diri sendiri buat  bunga ros, 3 kuntum siap dalam masa 20 minit..hahaha..gelak kuat2 yea! Tengok mcm senang je, tp bagi yang dah expert tu pejam mata je ni kan...emmm nak buat camne, akak memang tak expert....senang lg buat ros fondant dari buttercream.


Ahaaa...yang ni pulak award The Versatile Blogger yang akak dapat dari Sue @ Nenie - Rencah Kehidupan. Sorry la agak lambat kalau bab award2 ni sebab nak kena buat tugasan tu spt di bawah nie...

1. Ucapkan terima kasih & link kepada orang yang beri award

Syukran yea Sue atas kesudian menganugerahkan award ni, terharu rasanya.... :))

Sesaper nak berkenalan dengan Sue boleh la pergi ke SINI < Klik

2. Berkongsi 7 perkara tentang diri sendiri
  • Seorang yang suka aktiviti lasak semenjak zaman persekolahan lagi. Suka masuk hutan, masuk gua, redah sungai, panjat bukit, bermalam dlm khemah, & banyak lagi pengalaman lain, ada antaranya yg mengerikan & yg seram pon ada...semua tu dah aiii rasai.

  • Masa kecik2 suka sangat menari2 depan tv. Ada sekali tu sampai terhantuk dahi I tau, beso jugak luka tu, berdarah pun banyak..parutnya masih ada kat kening kiri I..huhu

  • I tak suka menyusahkan org lain dari dulu lagi..kalau ada masalah aii akan selesaikan sendiri, dgn cara yang tersendiri.. Setakat ini Alhamdulillah mmg tak ada lagi orang yang susah disebabkan aiii, tapi aii disusahkan oleh orang lain ada lerr...

  • Selain dari memasak, I pon suka menjahit tau! Banyak jugak yang dah kena jahit dengan I, mulut orang je yg belum lagi ni, so watch out mulut2 yang suka laser2 tak tentu arah dengan I okay! (gurau saja nie..) Antara yang I reti jahit adalah blouse, baju kurung, kebaya, seluar, skirt labuh, baju melayu, sarung kusyen, langsir scallop & ropol2. So, ada sesaper nak tempah? Lupakan je lah niat tu yea! Masih ada 2-3 baju yang dah siap bergunting semuanya tapi belum sampai seru untuk dijahit lagi..ada yang dah digunting dari 2009 lagi aii tell yuuu...

  • Berbalik kepada nak jahit mulut orang, yang sebenornye I sangat2 tak suka orang yang bermulut lancang atau tak reti beradap bila bercakap dengan orang yang lebih tua.  Ada jugak rasa nak cili2kan mulut orang tu..Astaghfirullah!!! 

  • I ni kalau bab2 kerja (walau apa pun jua) memang sangat2 cerewet. Paling tak suka orang yang buat kerja asal jadi jer, kualitinya zero...geram tengok orang main2 buat kerja ni...tu yang suka jugak pot-pet2 tu, tapi kata orang yg penting hati mau baik!

  • Adehh, jenuh la nak cari yang last ni.....Haaa, I suka pakai kasut tumit tinggi sejak zaman anak dara lagi..hehe...rasa tak puas if tak pakai high heel, mcm tak berkasut je rasanya. Pernah time pregnant pun I belasah high heel sampai kena tegur dgn doktor..apa2 je lahhhh kan.. :)

    3. Berikan kepada 15 blogger yang anda rasa layak
    Buat semua blogger yang tersayang, terimalah award ni dari akak. Anda semua sememangnya layak.

    Yeay yeay dah siapppp!!!!

    Tuesday, July 12, 2011

    RED VELVET CUPCAKES & BIRTHDAY CAKE FOR MY DEAREST SISTER



    Assalamualaikum...Salam penuh keceriaan. Bukan senang nak berblog awal2 pagi ni, akak pun macam tak percaya pulak rasanya tapi disebabkan dah on internet untuk check email dr seseorang so akak pun terlajak mengupdate blog ni.

     Semalam dah terlanjur nak buatkan untuk sis akak red velvet cake, akak pun lebihkan adunan dan dapatlah 12 cupcakes, cukuplah untuk rakyat dirumah ni menikmatinya. Cupcakes dengan frosting yang sangat yummy, cream cheese orange....


    Akak makan 1/2 cupcake je. Beruntung akak ada pembantu yang tak reti jemu makan kek. "Kek ibu semua enak sekali...."katanya. Emmmm, kalau kata tak enak nanti tak dapat pulak makan kek ibu ehhh? Macam2 lah kan..apa2 pun dialah pembantu yang amat akak sayangi, dah lebih 8 tahun dia setia bersama akak, disaat jatuh bangunnya kehidupan akak...Woishhh, dah melalut kemana ceritanya ni kan...

    Okay lah, jom tengok resepi di bawah ni..Akak guna resepi red velvet cake yang berbeza dari yang pernah akak buat sebelum ni, tapi rasanya tetap lazat...salin resepi ni dah lama, tak tahu dah dari mana asalnya sebab masa tu main salin je, yang pasti dari blog omputih...resepi kat bawah ni akak translatekan ke BM ikut pemahaman akak. 

    BAHAN BAHANNYA
    • 2 cawan tepung kek
    • 2 sudu besar serbuk koko
    • 1/2 sudu teh garam
    • 3/4 cawan buttermilk ( 3/4 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan)
    • 2 sudu besar pewarna merah
    • 120 g mentega
    • 1 cawan + 2 sudu besar gula halus
    • 2 biji telur gred A
    • 1 sudu teh esen vanila
    CARA MEMBUATNYA
    1. Mula2, campurkan tepung kek, garam & serbuk koko, ayakkan bersama2
    2. Dalam bekas pengadun, guna mixer pukul gula & mentega sampai kembang
    3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan adunkan lagi sehingga sebati
    4. Tambahkan esen vanila, adunkan lagi dengan kelajuan sederhana
    5. Buttermilk dicampurkan dengan pewarna merah & kacau2kan terlebih dahulu
    6. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi di selang seli dengan buttermilk, diakhiri dengan tepung, kacau sehingga betul2 rata
    7. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai, griskan dengan mentega & lapik dengan kertas baking dulu sebelum tuang adunan
    8. Panaskan oven 180C dan bakar selama 40 minit atau sehingga betul2 masak

    UNTUK CREAM CHEESE FROSTING - CUPCAKES

    BAHAN BAHAN
    • 80 g cream cheese
    • 60 g mentega
    • 1 cawan gula aising (diayak ) boleh kurangkan
    • 1 sudu teh orange oil
    CARA MEMBUATNYA
    1. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising, pukul sehingga betul2 kembang
    2. Masukkan orange oil & pukul lagi sehingga sebati 


      Actually kan, niat nak buat red velvet cake untuk my dearest sister sejak bulan lepas lagi. Dah sebulan birthdaynya baru akak berkesempatan membakingkan untuknya.. So, sebaik je siap terus hantar ke pintu rumah sis akak. Cewahhh, door to door service lagi..only for my sis okay!! Kami pun pergi macam rombongan Cik Kiah & sempat makan2 lagi. Ada, meehoon goreng Singapura, pizza & keropok Terengganu.

      Kek berbentuk love akak bahagikan ke 3 bahagian maka dapatlah 2 bahagian disapu dengan cream cheese ni.. Resepi cream cheese frostingnya macam di bawah ni

      BAHAN BAHAN
      • 120 g cream cheese
      • 1/2 cawan gula aising (boleh dikurangkan)
      • 150 ml whipping cream
      • 1 sudu teh esen vanila
      CARA MEMBUATNYA
      1. Masukkan whipping cream dalam bekas pengadun yang disejukkan dalam fridge terlebih dahulu, pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga betul2 kembang
      2. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising dalam bekas berasingan, pukul sehingga betul2 kembang juga & masukkan whipping cream tadi dan pukul lagi
      3. Yang terakhir masukkan esen vanila & sambung pukul lagi sebentar saja 


        Inilah rupa kek untuk sis akak Cikgu Rohaya...Okay lah, hari ni akak ada tempahan masakan untuk Tuan Magistrate Tapah. Menu pilihannya adalah nasi minyak, ayam kicap bercili, kari daging kentang, masak lemak nangka & ikan kering, sambal belacan & ulam2an serta pencuci mulutnya bubur pulut hitam...

        Nampaknya akak akan memasak dari pagi sampailah ke petang...lalalalaaa.....Memasak akan jadi sangat menyeronokkan sekiranya betul2 ada minat, betul tak ? Sehingga berjumpa lagi.... :)

        Monday, July 4, 2011

        KEK PERKAHWINAN 2 TINGKAT STEAM BUTTERCREAM

        Assalamualaikum buat semua....Biasalah kan, blog Terminal Hijrah ni kalau tak berupdate menandakan tuannya dilanda kesibukan. Niat hati nak update blog selalu terpaksalah dilupakan bila banyak sangat kerja2 yang perlu diselesaikan. Menerima tempahan demi tempahan sehingga tak tidur selama hampir 48 jam dah pun akak rasa. Alhamdulillah semuanya dah selesai dan dapatlah akak tidur lena selepas itu.

        Saja2 akak nak share di sini kek perkahwinan 2 tingkat yang akak buat 2 hari yg lepas. Alhamdulillah menjadi walaupun agak gementar rasanya sewaktu diletakkan kek di bahagian atasnya tu. Nampak macam tak stabil je pada mulanya. Just imaginelah kalau kek tu runtuh depan pengantin, macamana lah kan!! Itulah akibatnya jika tak berkesempatan berguru terlebih dahulu...
        Kaedah steam butter cream ni agak mudah jika compare dengan cara melepa kek dengan bc sebab kdg2 melepa kek ambil masa yg lebih lama (hanya bagi org mcm akak yg sgt2 tak pro ni...haha ). Dengan cara steam bc ni curahkan saja bc yang dah di stim kan tu, sekejap je dah siap...akak suka !!! 
         
        Sewaktu menyiapkan kek ni akak juga bersilat menyiapkan tempahan kenduri kawin untuk 1000 org. Banyak sungguh pengajaran yang akak dapat kali ni. Antaranya, jangan sesekali ambil mudah apabila memasak dalam kuantiti yang banyak sebab kadang2 perkara yang tidak disangka2kan mungkin berlaku. Belajar dari kesilapan...belajar dari pengalaman...sesuatu yang amat berharga!

        Gambar2 ni akak ambil kat tempat kenduri. Memang kek ni akak buat dalam keadaan yang sgt2 kelam kabut, tak delah sempat nak diambil2 gambarnya mcm kek2 yg sebelum ini. Semua gambar yang diambil ni pun waktu akak letak kek ni di belakang lori. Kelabu semacam je gambar2 semua kan!


        Nasib la ada jugak gambar kek 2 tingkat ni walaupun di zoom dari jauh saja. Memang tak terfikir langsung nak ambil gambar dulu sebelum letak kat meja pengantin tu. Ok lah, lepas ni akak nak lepas gian, nak bw kejap....Jumpa lagi!!!

        Tuesday, May 10, 2011

        CUPCAKES CHOC MOIST FONDANT HANTARAN

        Malam ni akak agak free, anak2 pun dah tidur...bermakna tugas akak sebagai cikgu tuisyen depa pun dah berakhir untuk malam ni. Kat gambar ni adalah tempahan hantaran yang berupa cupcakes fondant. Tak dapat dibayangkan betapa seronoknya akak menyelesaikan tugasan ini, walaupun di hati tu tetap berdebar2 mengalahkan pengantin perempuan yang menempah ni pulak. Alhamdulillah, dapat disiapkan tepat pada waktunya. 

        Sangat2 fun lah layan fondant nih !!! Terhibur sangat hati :)
        Kena susun elok2 dulu alphabet nya....baru boleh letak atas cupcakes 

        Tuesday, May 3, 2011

        KEK FONDANT HANTARAN PERNIKAHAN

        Assalamualaikum....Malam ni akak nak tunjukkan kek fondant yang akak buat minggu lepas. Kek red velvet pilihan pengantin perempuan. Usaha membentuk bunga ros ni memakan masa berhari2...Mana taknya, akak hanya berkesempatan untuk mengadap kerja2 sebegini selepas segala tugasan di dapur selesai. 

        Cuaca yang selalu hujan di sebelah petangnya menyebabkan bunga2 ros fondant ini payah benar nak kering. Nak membentukkannya pun satu hal jugak. 
          Pengantin nak riben pink diikat disekeliling keknya. Emmmm....jenuh la jugak akak pusing keliling pekan Tapah ni mencari riben yang agak cantik. Memang payah kat Tapah ni dalam membeli barang2 sebegini. Tak banyak pilihan. Nak ke Kampar ambil masa pulak. Belek punya belek jumpa la jugak riben ni. 

        Ni dah siap masuk dalam kotak hantaran. Huishhhhh, lega betul la.... 

        Seronok tau buat deko kek fondant ni....Enjoy sangat...

        Saturday, April 30, 2011

        SOCCER BALL BIRTHDAY CAKE UNTUK MUZANY


        Assalamualaikum buat semua pembaca yang hadir di sini, apa khabar semua? Semoga semuanya sihat & ceria selalu disamping keluarga tercinta. Akhirnya dapat juga akak lapangkan masa untuk ke sini setelah beberapa lama dihimpit kesibukan yang agak mengerikan. Ngeri sampai termimpi2 dibuatnya...Nak tergelak pula bila teringatkan mimpi2 tu.

        Actually mimpi tu hadir akibat kerisauan akak sewaktu menyiapkan tempahan yang diterima. Tempahan berupa hantaran adalah sangat mencabar. Gementar sungguh rasanya jika tak sempat siap, tambahan pulak ia adalah untuk majlis pernikahan. Alhamdulillah, lega sungguh bila semuanya berjalan dengan lancar.

        Soccer ball cake ni adalah yang akak buat untuk birthday anak akak yang ke 4, Muzany pada 26 April yang lalu. Memang dia yang request kek berbentuk bola. Sudahlah akak sibuk menyiapkan tempahan, sekali anak pun turut sama menempah kek untuk birthdaynya....Nak je akak say no tapi kesian pulak kat anak. Bila dah siap kek ni dia pulak sayang nak potong & makan. Emmm....macam2 pulak perangai.
        Sayaaangggg anak mama.....Mmmuuuahhhhh!!! Sempat pose dengan birthday cake sebelum keluar makan. Akak cuma siapkan kek je, makanan lain di taja oleh babah.... 


        Kek span ni 1 bancuhan aje tapi dibakar dalam 2 tin berasingan. 1 perisa vanila & 1 lagi perisa strawberi. Tengok bahagian vanila agak leper kan! Macam tu lah kalau buat kerja dalam situasi yang kelam kabut...haha... 

        Kena trim sikit bentuknya biar macam bola. Selepas tu sapu dengan buttercream. Nampak tak tu kawasan kerja yang agak sesak. Mana nak membuat bunga fondant lagi, mana nak mendeko kek bola ni lagi...Masa akak tengah buat ni takde sape yang berani datang dekat. Takut depa semua tengok muka akak yang serious tu kot..hik2...Muka je macam tu tapi hati berbunga2 ceria, suka sangat kerja mendeko2 ni.... 
         

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...