Showing posts with label KAMBING. Show all posts
Showing posts with label KAMBING. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

SUP DAGING KAMBING...MEMANG TERBAIK


Assalamualaikum semua...Bagi peminat daging kambing seperti keluarga akak ni semestinya sedia maklum keenakan rasanya kan! Mungkin bagi yang tidak menggemarinya dengan alasan kambing berbau hamis tapi bagi akak yang memang kerap kali memasaknya tak pernah la pulak berdepan dengan masalah sebegitu. Ada jugak yang takut makan atas masalah kesihatan sedangkan daging kambing adalah kegemaran Rasulullah saw yang pastinya membawa manfaat bukan sebaliknya.

Ada petua melumurkan dagingnya dengan tepung gandum lalu dibasuh bersih2. Tapi bagi I yang kerja semua nak kena cepat ni rasa lambat pulak cara gini. So yang I biasa amalkan berselawat sebanyak mungkin semasa proses membersihkannya. Jangan kata daging kambing, praktikkan untuk segala jenis kerja pasti semua kerja jadi mudah & mendapat hasil yang terbaik.

Bagi penggemar boleh la cuba memasaknya, dapat hadap semangkuk sup ni tak makan nasi pun takpe. Memang betul2 Wow...meletop!!!

BAHAN BAHANNYA

1 1/2 kg daging kambing bercampur tulangnya (direbus sampai empuk)
2 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kisar sendiri)
3 biji ubi kentang dikupas & dipotong seperti biasa
1 batang lobak merah dikerat2 & dipotong dadu
2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun sup & daun bawang dihiris2 halus
Bawang goreng secukupnya

BAHAN2 PENUMIS

3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia dimayang halus
1 batang serai dititik
Rempah penumis empat sekawan : 
1 inci kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih

BAHAN2 KISAR

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia 

CARA MENYEDIAKANNYA
  1.  Panaskan sedikit minyak didalam periuk yang bersesuaian dan tumiskan bahan2 penumis sehingga kekuningan
  2. Masukkan bahan2 kisar dan rempah sup dan kacau2kan, jika terlalu kering tambah sedikit air
  3. Apabila rempah sup sudah agak garing, masukkan daging kambing beserta air rebusan stoknya dan kacau2kan, biarkan sup merenih sehingga daging betul2 sebati dengan kuah
  4. Taburkan serbuk lada hitam dan sedikit garam..kacau2kan, masukkan pula ubi kentang & buah tomato, apabila ubi sudah agak empuk masukkan lobak merah dan biarkan sebentar sehingga empuk barulah dipadamkan api
  5. Taburkan diatas sup dengan hirisan daun bawang & daun sup beserta bawang goreng sebelum dihidangkan
 

Monday, September 10, 2012

GRILLED LAMB SHOULDER WITH BROWN SAUCE


Assalamualaikum...Apa kabo semua? Setelah beberapa hari tak mengupdate,dah malam2 buta camni baru sampai seruannya. Mak aiii, kelunya lidah nak memulakan bicara..kakaka...update blog pun guna lidah rupanya...Rasa macam dah beku la otak nak menyusun kata2 kat sini.

Setelah beberapa lama ditunda menu western food yang diidam2kan oleh anak2, akhirnya mama dengan usaha & kegigihannya berjaya jugak merealisasikan impian anak2 tersayang. Kesian la pulak kat depa sebab sepanjang bulan puasa, anak2 asyik makan nasi ala2 kenduri aje. Dah cemuih tahap giler nak melantak nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato..tengah taip ni pun rasa nak termuntah dah. Akak masak kambing bahagian bahu & beberapa set chicken chop. So, akhirnya tercapai la sudah impian anak2. Mama tunggu je ni apa pulak makanan yang jadi impian depa selepas ni..Resepi yang mudah tetapi sedap di tekak kami sekeluarga...Selamat meng"grill"...:))

GRILLED LAMB SHOULDER
  • 6 kepingan daging kambing bahagian bahu
  • 3/4  sudu besar serbuk lada hitam
  • 3/4 sudu besar rempah Mixed Herb
  • 1 sudu besar Maggi seasoning
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
 Cara menyediakannya :
  1. Cuci kesemua daging kambing seperti biasa & toskan sehingga betul2 kering
  2. Campurkan serbuk lada hitam, rempah mixed herb, Maggi seasoning & 2 sudu besar mentega yang telah dicairkan, gaulkan hingga sebati.
  3. Perapkan daging kambing dengan rempah2 diatas selama sejam
  4. Panaskan oven dengan fungsi "grill", bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga garing. Balik2kan daging beberapa kali semasa proses grill tersebut supaya rata masaknya.
  5. Keluarkan dari oven dan hidangkan bersama2 dengan sos & menu2 tambahan yang lain 
Untuk sayur2annya :
  • Brokoli secukupnya
  • 1 cili benggala@cameron hijau/kuning
  • 1 bawang holland
  • 3 buah tomato
  • Sedikit serbuk lada sulah 

Cara menyediakannya :

  1. Potongkan kesemua sayur2an seperti biasa
  2. Gaulkan dengan sedikit serbuk lada sulah sehingga sebati
  3. Masukkan ke dalam oven dan grill selama 5 minit sambil dikacau2kan
  4. Keluarkan apabila sudah separuh masak, tak perlu tunggu sampai sayur lembik, nanti kurang sedapnya.


Untuk sosnya sila klik ..SINI.

Monday, December 5, 2011

BIRYANI KAMBING ISTIMEWA


Assalamualaikum semua.....Mudah2an kita sentiasa dalam lindungan Allah & diberkati didalam apa jua yang dilakukan. Insya Allah, niat yang baik pasti mendapat keredhaan dari Nya. Buat mereka yang suka berniat jahat, dengki mendengki sesama bangsa & agama, didoakan semoga satu hari mereka ini akan mendapat hidayah Allah. Kesian pun ada jugak pada golongan sebegini, pantang tengok orang Melayu nak maju sikit, mulalah depa tak senang hati, panas jiwa & raga kot...Menabur fitnah usah dicakaplah...biarkan ajelah depa2 ni kan! Jangan kita pun turut sama terikut2 perangai syaitan sebegini. Lebih baik kita jaga diri & peribadi, perbaikilah segala kelemahan diri sendiri kerana ada spesis tertentu ini nanti akan mencari2 kelemahan kita ini untuk menjatuhkan kita...Wallahualam....

Arini seronok rasanya sebab akak sempat nak singgah ke alam blog ni, actually tujuan asal untuk search resepi bubur Asyura. Bukannya tak reti memasaknya cuma nak mencari ilham & kelainan. Insya Allah, esok ada tempahan bubur Asyura di kampung hubby. Berbalik pada yang kat gambar tu adalah masakan kegemaran akak iaitu biryani kambing yang dimasak tak berapa lama dulu. Antara banyak2 masakan biryani, akak paling suka daging kambing. Cuma kalau makan tu jangan la makan banyak2 walau sesedap mana pun sebab nanti mengundang penyakit pulak, especially di usia sebegini..angka 4 dah muncul didepan... ;)  Seperti biasa resepinya ada dibawah ni yea, selamat mencuba bagi yang sudi....


BAHAN BAHANNYA
  • 2kg daging kambing dipotong kiub sederhana besar
  • 3 sudu besar rempah biryani ( dijadikan pes dgn mencampurkan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • 4 sekawan - 2cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan ( dicarik & disimpulkan kemas)
  • 1 cawan yogurt
  • 6 tangkai cili hijau dibelah tengahnya
  • 3 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 2 sudu besar minyak sapi Ghee
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN2 UNTUK DIKISAR BERSAMA2
  • 15 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 6 biji buah gajus
  • 2 tangkai daun ketumbar (dgn batangnya sekali)

CARA MEMBUATNYA
  1. Gaulkan sebati daging kambing dengan 2 sudu besar tepung, tujuan untuk menghilangkan bau (sekiranya ada), cucikan daging bersih2 lalu ditoskan sebentar
  2. Panaskan minyak sapi & minyak masak didalam periuk yang bersesuaian, tumiskan bawang hiris, rempah 4 sekawan & daun pandan sehingga agak layu
  3. Diikuti pula dengan bahan2 yang dikisar bersama dan pes rempah biryani, kacau2kan biar sebati dan agak garing serta naik aromanya
  4. Masukkan daging kambing dan kacau2kan terlebih dahulu biar sebati dengan rempahnya. Apabila sudah sebati masukkan 1/2 liter air dan biarkan daging kambing merenih sampai empuk
  5. Setelah agak empuk, masukkan cili hijau, tomato dan yogurt dan kacau2kan lagi. Biarkan lagi dimasak sehingga cili & tomato hancur & sebati dalam kuah rempahnya
  6. Yang terakhir kita masukkan gula dan garam secukupnya dan masak lagi sehingga agak pekat kuahnya. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, May 7, 2011

MUTTON MASALA

Assalamualaikum semua....Seronoknya dapat berehat waktu petang2 gini kan! Cuaca pulak tu kejap2 panas kejap2 mendung...emmmmm apa aktiviti yang sesuai yea? Rasa macam nak je bawak anak2 berendam kat Batu 7 Kuala Woh yang tak la berapa jauh dari sini. Tapi bila memikirkan waktu yang dah petang, sikit lagi dah nak masuk Asar rasanya baik lupakan je niat tu.. Lauk kambing ni akak masak untuk tengahari tadi. Dah 2 hari berturut2 akak memasaknya. Semalam tak sempat nak diambil gambonye udah abis licin semua. Biasa la, penangan hari Jumaat...Ingat nak cicah dengan roti putih pulak lepas ni. Jika sesiapa yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi dibawah ni yea...Salam Sayang buat semua.... :) BAHAN BAHANNYA
  • 1 1/2 kg daging kambing dipotong kecil, dibersihkan & ditoskan
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 tin susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
  • 4 biji tomato dibelah 2 setiap satu
  • 3 biji cili hijau dibelah tengah
  • 3 biji ubi kentang dikupas kulit & dibelah 4 setiap satu
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :

  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan Untuk Dihiris nipis

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)

CARA MEMBUATNYA

  1. Perapkan daging kambing dengan bahan2 kisar, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih & garam masala selama 1 jam
  2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik aromanya
  3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau2kan buat seketika
  4. Masukkan susu cair yang telah dicampur jus limau tadi dan kacau2kan biar sebati
  5. Biarkan daging merenih agak lama sehingga betul2 empuk sambil dikacau2kan
  6. Masukkan cili hijau, buah tomato & ubi kentang dan tunggu sehingga empuk ubinya
  7. Yang terakhir baru masukkan gula & garam secukup rasa, biarkan kuahnya memekat baru ditutup apinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...