Sunday, November 27, 2011

SWISS ROLL ZIRAFAH


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua. Swiss roll ni akak buat beberapa hari yang lalu, cuma baru sempat diuploadkan malam ni. Biasalah waktu cuti sekolah begini, kesibukan melampaui hari biasa bila semua anak2 berada dirumah 24jam. Sekejap2 nak makan itu & ini, dan sebagai emak sudah pasti tidak akan menghampakan anak2, sedangkan mereka sendiri tidak pernah menghampakan akak dengan keputusan peperiksaan.

Alhamdulillah, tahun ini anak2 dapat meraih anugerah Akademik Terbaik di sekolah. Sebagai emak pula, akak selalu mengingatkan diri sendiri jangan sampai anak2 alpa di cuti sekolah ini. Walaubagaimana pentingnya pendidikan duniawi sekali pun, janganlah sekali2 diabaikan pendidikan ukhrawi, terutama sekali di zaman yang serba serbi mencabar ini.

Hehe..panjang pulak intro tu kan, al maklum lah dah lama tak mengarang. Berbalik kepada swiss roll zirafah ni, resepinya akak temui dari citarasa wan @ kak wan. Resepi asalnya adalah dari Miss B. Swiss roll ni memang la sedap rasanya, sekali hadap je la dah licin kesemuanya.

Sepatutnya lepas digulung tu, simpan sejam dalam fridge tapi akak tak sempat simpan. Tengok la kat gambar tu, sememeh je rupanya bila dipotong swiss roll tu kan!! Takpe la, lain kali boleh buat lagi ni. Resipi ni akak copy n paste dari blog kak Wan. Thanks to both, kak Wan & Miss B.. :)) 
 
Swiss Roll Zirafah / Giraffee Swiss Roll
Sumber :  MissB@everybody Easts Well
                  Kak Wan@Citarasawan
                 


Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15gm gula kaster
60ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
75gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
8gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan C
3 biji putih telur
50gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****

Cara-cara :
1.  Sediakan loyang 10 x 10".  Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak.  Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi.  Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannnya hingga rata untuk mengelakkan corak dari melekat di kertas apabila di keluarkan.
2.  Adunan Coklat :  Bahan A :  Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, di ikuti esen vanila, air dan minyak.  Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata.  Ketepikan 2 sudu besar adunan *** (untuk corak zirafah).
3.  Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kemudian kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan  bahan B untuk adunan coklat.  Gaul hingga sebati.
3.  Adunan Corak Zirafah : Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk.  Masukkan  2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum.  Kaup balikkan hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.



4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven.  Ketepikan.
5.  Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, ratakan dengan spatula.  Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan.
6.  Bakar pada suhu 190C selama 10-14 minit.
7.  Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas wire rack.  Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas.  Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.

8.  Untuk mengulung :  Potong bahagian tepi kek.  Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan permukaan corak zirafah di bawah.  Sapu jem / filing yang di sukai dengan rata di atas pemukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak.  Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.


Filing
100gm whip cream
15gm gula kaster
(Putar hingga kental dan sapu di permukaan swiss roll)


Filing yg akak guna adalah krim aising :

125 g mentega
225 g gula aising
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkan gula aising dan esen vanila
  2. Pukul sebati sehingga krim menjadi ringan

Saturday, November 26, 2011

SALAM MA'AL HIJRAH 1433


Assalamualaikum...Apa khabar? Didoakan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dan diberikan kesihatan yang baik untuk menempuh hari2 yang mendatang. Ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah akak tujukan buat semua Muslimin & Muslimat diseluruh dunia. Tema Maal Hijrah bagi tahun ini adalah PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH.

Jika pada bulan Zulhijjah yang lalu kita memperingati pengorbanan2 yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim & anakandanya Nabi Ismail, kini tibanya bulan Muharram iaitu bulan pertama bagi kalendar Islam. Bersempena Maal Hijrah, marilah kita bersama2 mengimbas kembali & menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat Baginda ketika penghijrahan dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah sehingga berjaya mengembangkan syiar Islam & terdirinya sebuah negara Islam yang unggul.



RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang mengasingkan diri di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Semoga Hijrah pada tahun ini membekalkan keazaman, kecekalan dan semangat yang baru & sama2 lah kita menjadikan Nabi Muhammad S.A.W yang amat kita cintai & sayangi sebagai Idola & sentiasa mencontohi Baginda didalam segala urusan di muka bumi ini.

Sehingga bertemu lagi....


credit to : rabbitah@halaqah.net

Wednesday, November 16, 2011

TENGGIRI GORENG ASAM CILI PADI


Assalamualaikum buat semua yng sudi hadir di sini walaupun agak lama tiada entry terbaru. Apakan daya, tangan tak sampai...jangan kata tangan, mata nak menjeling ke komputer ni pun tak berapa nak sempat..huk3...Insya Allah tak lama lagi semua kerja2 yang bertimbun2 yang macam tiada endingnya ini akan dapat diatasi. Harap2, selepas itu dapatlah akak masa lapang yang sangat akak rindui.

Ikan tenggiri ni selain dari masak kari, akak pun suka masak style simple2 macam ni. Anak2 pun suka kalau ikan dimasak macam ni. Inilah juadah makan tengahari kami termasuk siput lala tomyam & telur dadar..Itu pun dah cukup menyelerakan buat seisi keluarga. Simple betul kan...semuanya main hiris2 & campak2. Ok lah, resepinya jom tengok kat bawah ni yea...Salam manja dari akak...Bye ;)


BAHAN BAHAN
  • Seekor ikan tenggiri disiang & dibersihkan seperti biasa (dipotong ke beberapa bahagian)
  • 10 cili padi dibelah tengah
  • 1 cili merah dihiris nipis
  • 6 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 1/2 cawan air asam jawa (pekat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit & garam untuk lumur pada ikan
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan sedikit serbuk kunyit & garam pada potongan ikan tenggiri dengan rata & gorengkan seperti biasa sehingga agak garing
  2. Panaskan 3 sudu minyak didalam kuali & tumiskan semua bahan hiris seperti cili padi, cili merah & bawang merah sehingga agak layu, masukkan sos tiram dan kacau2kan
  3. Diikuti dengan air asam jawa, kacau lagi hingga sebati dan masukkan pula gula & garam secukup rasa.
  4. Apabila kuah sudah pekat, perlahankan apinya dan masukkan potongan ikan goreng tadi dan kacau2kan sehingga sebati dengan kuahnya. Tutup api & bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Wednesday, November 9, 2011

KEK BUAH-BUAHAN KURMA


Assalamualaikum buat semua, apa khabar? Diharapkan semuanya sihat2 sejahtera disamping menjalani kehidupan masing2. Setelah beberapa hari bercuti sempena Aidil Adha, kehidupan kembali seperti biasa. Pagi ini rumah sunyi semula apabila anak2 dah ke sekolah, selalunya rumah ni tak pernah sunyi, maklumlah anak2 5 orang hero2 semuanya. Kejap berbaik, kejap bergaduh, perkara biasa di rumah ni...

Kek buah2an kurma yang dalam gambar tu akak buat sempena Aidil Adha baru2 ni. Resepi diambil dari buku Sehebat Chef diilhamkan oleh Chef Liza Zainol. Buku ni diberikan diberikan percuma apabila membeli minyak jagung Daisy tahun lepas. Memang berbaloi buat kek ni, tambahan pulak famili akak memang gemar makan kek yang ada buah2an campuran sebegini. 

Apa kata kita tengok dulu resepinya di bawah ni. Sesiapa yang teringin nak mencuba, dipersilakan... :)

BAHAN BAHAN

A. 80 g minyak jagung Daisy
     3 biji telur
     160 g gula perang

B. 300 g buah2an campuran
     100 g ceri merah & ceri hijau
     100 g buah kurma digunting memanjang
     80 g walnut dicincang kasar ( sy letak badam)
     1/2 sudu kecil serbuk buah pala

C. 220 g tepung gandum      ) campurkan kedua2nya
    1 sudu besar serbuk penaik  ) & ayak
    3 sudu besar susu segar                )
    1 sudu besar air oren                    ) campurkan sekali
    1 sudu besar kulit oren - diparut   )

Hiasan

30 g ceri merah
30 g ceri hijau
40 g badam (dicincang)


 CARA MEMBUATNYA

  1. Putarkan telur selama 2 minit dengan kelajuan sederhana, masukkan gula perang sedikit demi sedikit, putar lagi selama 5 minit
  2. Perlahankan mesin pengadun, masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit , putarkan lagi selama 1 minit
  3. Campurkan kesemua bahan B & masukkan ke dalam adunan telur
  4. Masukkan bahan C & putar selama 1 minit
  5. Masukkan adunan kek ke dalam tin pembakar & hias dengan ceri merah & ceri hijau serta badam cincang
  6. Bakar pada suhu 170C selama 40-50 minit

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H


Bersama-samalah kita menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya...



Nabi Ibrahim AS. adalah salahseorang Nabi yang termasuk ke dalam ulul ‘azmi, yaitu golongan Nabi yang salahsatu cirinya memiliki kesabaran lebih dibanding manusia biasa. Beliau juga dikenal sebagai abul adyan (baca: bapak agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 75-76.
            Kesabaran beliau dapat kita ketahui melalui penulusuran kisah hidupnya. Salahsatu kisah yang menggambarkan kesabaran beliau adalah kesabaran beliau dalam penantian yang lama menunggu kelahiran seorang anak setelah menikah dengan Siti Sarah (isteri pertamanya). Dan kesabaran beliau dalam melaksanakan perintah Allah Swt. setelah memiliki anak.
Kala itu Nabi Ibrahim As. dengan sabar menunggu karunia Allah Swt.. Sampai tibalah suatu waktu, dengan kerelaan istri pertamanya ia menikah dengan Siti Hajar (istri kedua). Dari pernikahannya yang kedua inilah, ia dikaruniai anak laki-laki yang diberi nama Ismail.
Namun kebahagiaan sebagai seorang yang dirasakan Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar kembali diuji oleh Allah Swt.. Ia diperintahkan untuk mengasingkan Siti Hajar serta Ismail yang masih bayi ke bukit Shafa yang gersang nan tandus. Tempat yang jauh dari pemukiman penduduk. Tidak mustahil banyak terdapat binatang buas di tempat tersebut. Tetapi dengan penuh ketaatan dan kesabaran berangkatlah Ibrahim mengantarkan istri dan putranya ke tempat tersebut. Kemudian meninggalkan mereka di bukit gersang nan tandus tersebut.
            Selang beberapa waktu Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim, ujian menyapa mereka. Ismail merasakan kehausan. Sedangkan persediaan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tidak dapat disusukan karena telah banyak keluar tenaga dan asupan tidak ada. Namun, Ismail yang belum cukup faham dengan keadaan ibunya tetap menangis.
Siti Hajar pun diliputi kebingungan. Wajar saja, secara logika di bukit gersang nan tandus akan sangat sulit mendapatkan air. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tidak terhalang oleh hal demikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’i) menuju bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya fatamorgana. Lantas ia pun kembali lagi ke bukit Shafa karena setelah tiba di bukit Marwah ia melihat genangan air berada di bukit Shafa. Tapi yang ia dapati fatamorgana jua. Alhasil, ia hilir mudik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Berlari-lari kecil (baca: sa’i) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salahsatu rukun ibadah haji.
            Setelah cukup lelah hilir mudik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail yang selonjor. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “zam zam ya al ma’u” (kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Alhasil, ronta dan tangis kehausan Ismail pun dapat terobati dengan air yang penuh berkah. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memacarkan berkah bagi semua peminumnya dan tiada pernah kering walau sudah miliyaran orang mereguknya selama berabad-abad.
            Beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat ilham dari Allah melalui mimpi untuk menyembelih putranya Ismail. Tepat ketika Ismail telah tumbuh menjadi anak remaja yang ceria dan mulai terampil membantu sang ayah bekerja. Namun dengan kesabarannya, Ibrahim menyampaikan perintah Allah tersebut (ilham) yang didapat melalui mimpinya kepada Ismail dengan diliputi perasaan gundah, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah bapak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Q.S. Ash Shaaffaat:102).
Tatkala keduanya telah bersepakat melaksanakan titah Yang Mahakuasa, mereka pun pergi mencari tempat untuk melaksanakan penyembelihan. Tetapi kemudian godaan datang dari syaitan, mereka (Ibrahim dan Ismail) dipengaruhi supaya tidak jadi melaksanakannya. Tetapi dengan komitmen yang kuat mereka berdua tetap akan melaksanakan perintah Allah tersebut. Sampai Ibrahim melempar batu mengusir syaitan di beberapa tempat. Inilah asal mula disyari’atkannya lemparjumrah pada saat ibadah haji.
Setelah tiada lagi yang mengganggu, Ibrahim membaringkan anaknya. Dengan penuh kesabaran dan ketaatan, Ibrahim pun menempelkan sebilah senjata tajam (sejenis golok) ke leher Ismail. Puncak penyerahan diri yang optimal kepada Allah. Namun yang terjadi di luar dugaan mereka. Ketika senjata tajam digesekan ke leher Ismail, Allah menggantinya dengan seekor gibas (sejenis domba) yang besar. Demikian ini menjadi sunnah ibadah qurban yang kita laksanakan pada hari ‘Idul Adha dan tiga hari berikutnya.
Demikian kisah yang dialami keluarga teladan dalam mencapai ketaatan pada Yang Maha berhak ditaati. Pengalaman sang ibu yang diasingkan, ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih buah hatinya yang telah lama didambakan serta sang anak yang merelakan diri untuk disembelih.
Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim As. dan keluarganya. Wallahu a’lam bis showab.
sumber: http://lenterapena.wordpress.com/2007/12/30/pengorbanan-dan-kesabaran-nabi-ibrahim/

Thursday, November 3, 2011

SOTONG LEMAK PUTIH HIRISAN


Assalamualaikum...Tengahari ni hujan lebat, Alhamdulillah...nyaman rasanya setelah beberapa hari cuaca yang agak panas tak menentu. Lega betul bila berada di dapur dalam cuaca yang kedinginan ni. Lauk pun dah siap dimasak semuanya. Tengahari ni kita makan sotong...Sotong masak lemak ni adalah masakan yang selalu emak akak masak time dulu2. Kalau ada lauk ni mesti digandingkan pulak dengan ikan cencaru sumbat sambal. Emmmm...teringat2 masakan emak, memang terbaikkk!!!

Tak dapat lama disini sebab masih banyak lagi kerja sedang menanti. Di bawah tu akak sertakan resepi yang agak simple tapi Insya Allah tidak mengecewakan... :))


BAHAN BAHAN

  • 12 ekor sotong (dibersihkan seperti biasa, potong kepada beberapa bahagian & toskan)
  • 4 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis potongan mancis
  • 2 cili merah dihiris nipis potongan serong
  • 2 batang serai dihiris halus2
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 1 mangkuk santan pekat (diperah dari sebiji kelapa bersaiz agak besar)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 hirisan (kecuali cili merah) sehingga agak layu & kekuningan
  2. Dengan api sederhana, masukkan santan pekat dan kacau2kan sebentar
  3. Apabila santan mula mendidih terus masukkan cili merah & buah tomato, kacau lagi dan masukkan pula sotong yang sudah betul2 tos airnya
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sebati, kuahnya harus dikacau, jangan sampai pecah minyak..
  5. Setelah beberapa minit sotong sudah pun masak dan tutup api segera. Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan jadi liat & kecut.

Wednesday, November 2, 2011

CMC TEMPAHAN & AWARD


Assalamualaikum....Kek harijadi ni adalah tempahan dari seorang bekas guru untuk majlis harijadi yang diadakan baru2 ini. Menurutnya, harijadi disambut beramai2 sebab kebetulan ramai family membernya yang dilahirkan dlm bulan Oktober. Memang tak sampai hati nak menolak semasa dia request akak buatkan birthday cake ni, walaupun yang sebenornye akak sendiri memang tak cukup tangan nak membuatnya. 

Tapi memikirkan memang dah minat, akak pun cari2 la jugak masa. Alhamdulillah siap deko dalam masa 1 1/2 jam...


Saja cabar diri sendiri buat  bunga ros, 3 kuntum siap dalam masa 20 minit..hahaha..gelak kuat2 yea! Tengok mcm senang je, tp bagi yang dah expert tu pejam mata je ni kan...emmm nak buat camne, akak memang tak expert....senang lg buat ros fondant dari buttercream.


Ahaaa...yang ni pulak award The Versatile Blogger yang akak dapat dari Sue @ Nenie - Rencah Kehidupan. Sorry la agak lambat kalau bab award2 ni sebab nak kena buat tugasan tu spt di bawah nie...

1. Ucapkan terima kasih & link kepada orang yang beri award

Syukran yea Sue atas kesudian menganugerahkan award ni, terharu rasanya.... :))

Sesaper nak berkenalan dengan Sue boleh la pergi ke SINI < Klik

2. Berkongsi 7 perkara tentang diri sendiri
  • Seorang yang suka aktiviti lasak semenjak zaman persekolahan lagi. Suka masuk hutan, masuk gua, redah sungai, panjat bukit, bermalam dlm khemah, & banyak lagi pengalaman lain, ada antaranya yg mengerikan & yg seram pon ada...semua tu dah aiii rasai.

  • Masa kecik2 suka sangat menari2 depan tv. Ada sekali tu sampai terhantuk dahi I tau, beso jugak luka tu, berdarah pun banyak..parutnya masih ada kat kening kiri I..huhu

  • I tak suka menyusahkan org lain dari dulu lagi..kalau ada masalah aii akan selesaikan sendiri, dgn cara yang tersendiri.. Setakat ini Alhamdulillah mmg tak ada lagi orang yang susah disebabkan aiii, tapi aii disusahkan oleh orang lain ada lerr...

  • Selain dari memasak, I pon suka menjahit tau! Banyak jugak yang dah kena jahit dengan I, mulut orang je yg belum lagi ni, so watch out mulut2 yang suka laser2 tak tentu arah dengan I okay! (gurau saja nie..) Antara yang I reti jahit adalah blouse, baju kurung, kebaya, seluar, skirt labuh, baju melayu, sarung kusyen, langsir scallop & ropol2. So, ada sesaper nak tempah? Lupakan je lah niat tu yea! Masih ada 2-3 baju yang dah siap bergunting semuanya tapi belum sampai seru untuk dijahit lagi..ada yang dah digunting dari 2009 lagi aii tell yuuu...

  • Berbalik kepada nak jahit mulut orang, yang sebenornye I sangat2 tak suka orang yang bermulut lancang atau tak reti beradap bila bercakap dengan orang yang lebih tua.  Ada jugak rasa nak cili2kan mulut orang tu..Astaghfirullah!!! 

  • I ni kalau bab2 kerja (walau apa pun jua) memang sangat2 cerewet. Paling tak suka orang yang buat kerja asal jadi jer, kualitinya zero...geram tengok orang main2 buat kerja ni...tu yang suka jugak pot-pet2 tu, tapi kata orang yg penting hati mau baik!

  • Adehh, jenuh la nak cari yang last ni.....Haaa, I suka pakai kasut tumit tinggi sejak zaman anak dara lagi..hehe...rasa tak puas if tak pakai high heel, mcm tak berkasut je rasanya. Pernah time pregnant pun I belasah high heel sampai kena tegur dgn doktor..apa2 je lahhhh kan.. :)

    3. Berikan kepada 15 blogger yang anda rasa layak
    Buat semua blogger yang tersayang, terimalah award ni dari akak. Anda semua sememangnya layak.

    Yeay yeay dah siapppp!!!!

    Tuesday, November 1, 2011

    OREGANO BEEF PINWHEEL BREAD


    Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini. Kalau ikutkan hati memang banyak sangat benda yang hendak dibuat & diselesaikan segera. Kalau disenaraikan satu persatu mau panjangnya berjela2 list tu. Tarik nafas je la, & cuba pecut selaju yang mungkin, Insya Allah.

    Berbalik kepada yang kat gambo tu adalah roti yang dah banyak kali jugak akak buat tapi baru perasan tak de lagi entry nya disini. Anak2 semuanya gemar akan roti ni, Kalau dah buat tu mesti kena lebihkan sebab depa nak makan berkali2. Macam tu lah anak2 lelaki yang semuanya tengah membesar. Hobi semuanya suka makan, kadang2 tu depa saja buat manja nak minta mama buat itu ini, mama pulak walau pun la ni tengah agak kesibukan dengan macam2 urusan tapi tak mungkin menghampakan anak2 yg tersayang...

    Cara buat roti ni akak belajar dari blog Rozzan beberapa tahun yang lalu, & merupakan salah satu blog terawal yang akak ikuti. Walaupun tuan punya blog seorang lelaki tapi kalau tengok masakannya, memang boleh pengsan..heeee....Contoh yang baik untuk hero2 akak yang berlima tuuu! Oh yea, bahagian intinya akak tak gunakan corned beef sebaliknya akak gunakan inti daging yang dimasak ikut tekak sendiri. Akak copy resepinya disini dengan sedikit pengubahsuaian, jika nak tengok resepi asalnya sila klik di bawah tu yea...thanks to Rozzan!

    SUMBER : ROZZAN Klik SINI

    (dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)

    Bahan A
    • 440 gram tepung roti/ high protein flour
    • 60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
    • 100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
    • 1 sudu teh garam halus
    • 30 gram (2 sudu besar) susu tepung
    • 1 sudu teh bread improver
    • 4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)

    Bahan B
    • 250 ml air
    • 1 biji telur (pukul sikit)

    Bahan C
    • 80 gram shortening /lemak sayuran

    Cara :
    1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.

    2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.

    3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

    4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.

    5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

    6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.

    7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.

    8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.


    INTINYA (My style)

    • 300 g daging bahagian topside (dicincang halus)
    • 3 biji bawang besar (potong dadu)
    • 2 buah tomato (potong dadu)
    • 1/2 sudu besar serbuk oregano
    • 1 sudu teh serbuk lada hitam
    • 2 sudu besar mentega
    • Garam secukup rasa

    UNTUK TABURAN (Atas Roti)
    • 3 kepingan keju (dipotong kecil2)

    Cara membuat intinya:
    1. Panaskan mentega sehingga cair. Tumiskan bawang besar sehingga layu.
    2. Masukkan daging cincang, tambahkan sedikit air, kacau2kan, biarkan seketika sehingga daging empuk
    3. Kemudian masukkan pula bahan2 lain seperti serbuk oregano, lada hitam & garam secukup rasa dan kacau2 biar sebati
    4. Terakhir masukkan tomato, kacaukan sebentar saja dan tutupkan api.

    UNTUK DISAPU PADA PERMUKAAN ROTI :

    • Sebiji telur
    • 3 sudu besar susu cair

    CARA MEMBUATNYA :
    1. Campurkan telur & susu cair, pukul sebentar lalu ditapis
    2. Gunakan  berus untuk disapu di atas permukaan roti


    1. Doh yang sudah dicanai menjadi rectangle, sapukan terlebih dahulu  dengan sos cili sehingga rata
    2. Letakkan inti daging secukupnya diatas sos
    3. Taburkan kepingan keju dengan sama rata diatas inti daging





    1. Gulung bahagian doh roti dengan cermat perlahan2 sehingga selesai kesemuanya
    2. Kemaskan gulungan supaya tiada yang terkeluar





     
    Potong sama besar kepada beberapa bahagian dengan pisau tajam (akak dapat 6 bahagian)



     
    1.Bahagian roti yang sudah dipotong, susun diatas dulang pembakar dan sapukan permukaan roti dengan bahan sapuan iaitu telur + susu cair. 
    2.Rehatkan selama setengah jam. Bakar selama 15 minit pada suhu 180C.


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...