Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Friday, November 30, 2012

LAICI KANG YANG BEST SANGAT...


Assalamualaikum....Lately kat Tapah ni cuaca panas tak menentu. Kejap2 panas terik & tetiba mendung mcm nak hujan tapi tak hujan2 pun. I buat laici kang ni sebagai penyejuk tekak. Tekak dah mula meragam..mana taknya, asyik dengan durian, manggis & rambutan...non stop. 

Stok buah2an ni memang sentiasa ada di rumah. Dah rasa macam ada dusun kat belakang rumah je. Belum lagi jemputan makan durian di kebun kawan2 disana sini. Kalau tak dihalang mahu hubby akak bawak balik berguni2 durian lagi.

Memang best dapat minum laici kang ni, terasa nyaman je tekak yang perit. Boleh la minum berulang kali sampai ke besok. Anak2 pun suka....Actually ikut citarasa masing2 untuk menentukan bahan2 yang disukai dalam laici kang tu. Banyak mana nak guna bahan2 tu pun ikut suka jugak ya. So, jom berkenalan dengan bahan2nya...

Kalau dah nama laici kang, of course kena ada buah laici. Ni buah laici dalam tin, kalau ada yang fresh lagi best

Yang ni pulak namanya buah kembang semangkuk. Ambil beberapa biji, basuh dulu dan letakkan dalam mangkuk,rendamkan dengan air panas. Kejap je buah ni mengembang. Buang bahagian kulit & bijinya.

Yang ni gula batu. Rendam dengan air mendidih dan biarkan larut kesemuanya sehingga jadi air gula


Ni biji selasih. Basuh & toskan dulu. Kemudian direndam dengan air panas sebentar. Biji selasih akan mengembang & toskan.

Ni pulak namanya getah anggur atau nama lainnya kathirah. Sama jugak caranya, basuh dan rendamkan dengan air panas sehingga mengembang


Yang ni biji barli. Basuh biji2 barli & buang airnya. Tambah dengan air semula & masak sehingga biji barli mengembang dan airnya menjadi pekat.


Dan yang terakhir sekali adalah jeli. Cara memasaknya boleh refer pada plastik pembungkusnya. Ikut sukatan yang betul tau...Boleh tuang dalam loyang atau acuan kecil2 mcm akak tu. Potong kecil2 sewaktu dihidangkan



CARA PENYEDIAANNYA :
  1. Ambil sedikit dari kesemua bahan2 yang diatas dan masukkan ke dalam gelas
  2. Kacau2kan & rasa kemanisannya ikut selera masing2. Jika tak cukup manis, tambah air gula batu
  3. Sesuai diminum panas atau jika nak minum sejuk tambahkan ketulan ais ke dalamnya

Wednesday, July 27, 2011

AIS BANDUNG TAPAI UBI SELASIHKU SAYANG

Assalamualaikum...Cuaca yang sememangnya panas terik ni memang kalau boleh nak minuman ais yang menyejukkan tapi kadang kala akak sendiri buntu jugak nak minum apa la pulak kan..So, minuman ni adalah ilham dari pembantu akak. Katanya ini lah minuman kegemaran penduduk kampungnya di Medan, Indonesia. Katanya lagi kalau ais bandung pasti diletakkan tapai ubi didalamnya.. ok, akak pun cubalah sebab memang dah takde idea nak minum apa...

Yang selasih tu pulak akak saja2 tambah. Semenjak 2menjak ni hari2 kalau minum ais mesti nak campurkan sedikit selasih. Selasih ni mengingatkan akak pada seorang rakan sekerja di bank dulu...Emmmm, rindu sangat pada semua gurau sendanya....Selasihku sayang....

Ok laa, senang je nak buat ais ni..Boleh juga nak refer di bawah ni... :)

BAHAN BAHAN 
  • 2 sudu besar gula sirap 
  • 1/2 gelas air masak
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh biji selasih
  • beberapa ketul tapai ubi
  • Ketulan ais batu secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan gula sirap, air masak & susu pekat manis, kacau2kan sehingga sebati
  2. Biji selasih direndam dengan 1/2 cawan air panas sehingga kembang & tapiskan
  3. Masukkan biji selasih, tapai ubi & air batu ke dalam air gula sirap tadi & boleh la terus diminum

Friday, March 11, 2011

MILO AIS TABUR

Assalamualaikum pembuka kata...Kesibukan melanda, akhirnya dapat juga singgah kejap kat sini...Jadi la kan, walaupun tak boleh lama2 sangat kat sini...huhuhukkk...sekarang ni masa agak terbatas untuk blogging, kadang2 tu terjah blog kawan2 pun tak sempat nak bagi salam...
Gempar dengan berita gempa bumi & tsunami di Jepun, kehilangan nyawa, harta benda dan mcm2 lagi. Sesungguhnya Allah menguji setiap manusia dengan pelbagai cara & bentuk. Pasti ada hikmah yang tersembunyi dengan kejadian tersebut. Akak panjatkan doa buat semua muslimin & muslimat yang berada di sana semoga semuanya selamat & dipelihara Allah swt hendaknya. Begitu juga dengan rakyat Jepun yang tidak berdosa, pilu dengar berita2 sebegini.
Tenang2kan fikiran & rehat2kan minda...jom minum Milo ais tabur. Akak buat untuk semua rakyat jelata untuk minum2 di tgh malam2 buta ni. Supper la konon...
BAHAN BAHANNYA
  • 3 sudu besar serbuk Milo
  • 1 sudu besar serbuk krimer
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Air panas secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan 2 sudu besar serbuk Milo ke dalam gelas yang sederhana besar
  2. Tambahkan air panas secukupnya dan kacau2kan sehingga serbuk Milo betul2 larut
  3. Masukkan pula susu pekat manis dan kacau2kan lagi
  4. Tambahkan ketulan ais secukupnya
  5. Taburkan 1 sudu serbuk Milo & 1 sudu serbuk krimer dibahagian atasnya
  6. Sedia untuk dinikmati.

Monday, February 21, 2011

AIR KELAPA GADING MUDA SIRAP JELI

Assalamualaikum...tengahari panas terik ni dapat pulak minum air kelapa muda, huisshhh lega betul la..nyaman rasa tekak. Kelapa muda ni dapat dari jiran sebelah rumah. 6 biji kesemuanya. Memang puas la minum air kelapa muda ni...manis sangat & isinya pun lembut2 gitu.
Tak dapat diterjemahkan dengan kata2 lah...Ditambah pulak dengan jeli sirap yang lembik2 tu, dapat dihirup bersama dengan air kelapa tu...emmmmm....best betul!!!
BAHAN BAHANNYA
  • Kelapa muda
  • 1 paket serbuk jeli Halagel
  • 3 gelas air panas
  • 1 cawan air gula sirap pekat
  • Air gula secukup rasa
  • Air batu secukupnya

CARA MEMBUATNYA

  1. Kelapa muda dibelah dua, asingkan airnya. Isinya dikopek keluar menggunakan sudu
  2. Campurkan serbuk jeli ke dalam air panas dan kacaukan sehingga jeli betul2 hancur
  3. Masukkan air sirap pekat ke dalam jeli yang sudah hancur dan kacau2kan, tuangkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer supaya ia cepat keras
  4. Ambil air kelapa muda tadi dan tambah sedikit air gula dan kacau2kan
  5. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan pula ais batu diikuti isi kelapa muda secukupnya
  6. Gunakan sudu dan hancur2kan jeli sirap yang sudah keras tadi dan tuangkan ia ke bahagian atas air batu tadi sebanyak mana yang disukai
  7. Sedia untuk diminum...

Friday, February 18, 2011

SUNKIST ORANGE JELLY ICE

Assalamualaikum...Salam petang Jumaat buat semua! Panas betui la cuaca tengahari ni. Dapat pekena jelly ice ni amboi lega sungguh la kan! Sekejap je dah habis licin semuanya. Tak sempat nak 2nd round pun...Almaklumlah ramai rakyatnya pun..hehe..Rakyat jelata semua nampak kehausan, kesian lah sgt2...Takpe3, nanti boleh buat lagi. Resepinya senang lah sangat. Kalau diajar anak akak yang 4 tahun tu pon reti dia buat nyer...( iyo lah tuuuu...) BAHAN BAHANNYA
  • 6 biji oren sunkist 4013
  • 1 paket gelatin halagel
  • 3 gelas air panas
  • 5 sudu besar bes minuman sunquick orange
  • 1/2 gelas besar air gula
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 jag air sejuk

CARA MEMBUATNYA

  1. Perah kesemua oren sunkist dan asingkan jus orennya
  2. Ambil jus oren dan campurkan air gula dan tambahkan setengah jag air sejuk dan kacau2kan supaya sebati jusnya
  3. Masukkan pula gelatin ke dalam 3 gelas air panas dan kacau2kan supaya larut
  4. Tambahkan 5 sudu besar bes minuman sunquick oren + 3 sudu besar gula pasir ke dalam larutan gelatin tadi dan kacau2kan lagi sehingga gula larut
  5. Tuangkan larutan gelatin sunquick tadi ke dalam bekas yang sesuai, biarkan gelatin mengeras seperti agar2, nak cepat keras masukkan je ke dalam fridge
  6. Apabila sudah keras, gunakan sudu atau garpu dan pecah2kan gelatin tadi supaya jadi hancur
  7. Tuangkan jus oren secukupnya ke dalam gelas, masukkan kiub ais batu secukupnya, diikuti gelatin oren yang telah dihancurkan tadi di bahagian atas jus oren sebanyak mana yang disukai
  8. Sedia untuk diminum..emmmm...lega rasa hilang dahaga.. :)

Sunday, November 7, 2010

JUS EPAL ASAM BOI

Jom minum jus epal asam boi...emmmm lega tekak dapat minuman macam ni kan!! Ni yang akak buat untuk minum2 selepas lunch tadi. Tengah takde keja tadi belek2 entry masak2 akak baru terperasan belum ada satu pun minuman yang masuk kat sini. Bukanlah sebab akak ni tak pernah buat minuman ya, baru iye tuuu.... Takpe lah since blog ni pun usianya baru bape bulan je kan, belum terlambat lagi, betul tak? Okay, terimalah minuman pertama kat sini untuk semua pembaca yang tersayang....
BAHAN-BAHANNYA
  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji asam boi
  • 3 sudu besar sirap gula
  • 1 gelas air masak
  • Air batu hancur secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Epal hijau dikupas kulitnya dan dibuang bijinya lalu dipotong kecil2
  2. Masukkan kedalam juice blender sekali dengan sirap gula dan air masak
  3. Blend kan sehingga betul2 sebati dan hancur epalnya
  4. Ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas
  5. Masukkan asam boi dan diikuti air batu hancur dan sedia untuk dinikmati
I like!!!......U like ????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...