Showing posts with label cheesecake. Show all posts
Showing posts with label cheesecake. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE...MAKAN TAK JEMU2


Assalamualaikum...Akhirnya tercapai jugak nak mengupdate setelah berbulan2 tidak berkesempatan. Masa pulak tu bergerak kemain pantas zaman ni...kejap aje dah masuk ke bulan Mac 2015. Semoga tahun ini bersinar dan membahagiakan buat kita semua ya..

Kek ni dibuat untuk birthday suami pada 1 Januari yang lalu tapi akak buat lambat seminggu sebab keadaan yang agak sibuk pada masa tu. Emmm, suami memang suka kek2 sebegini, jika yang beraising dan bercoklat2 tu memang tak berkenan la ditekaknya tu. Tahun ni dah 44 tahun usia suamiku ini (begitu juga dengan diriku..hehe..) Semoga terus tabah dan berjaya dalam apa yang diusahakan ye Yang...Semoga menjadi anak yang sedia berbakti pada ibubapa dan keluarga. Paling penting menjaga hati emak kerana syurga bagi seorang anak lelaki terletak dibawah keredhaan emaknya bukan isterinya..

Bersyukurlah kita diatas segala perubahan positif yang kita lakukan pada diri kita berdua. Ternyata dengan sedikit perubahan pun telah memberikan kebahagiaan yang besar buat kita. Terasa sungguh kasih sayang Allah, tak disangka2 kita dihadiahkan pula olehNya seorang puteri bagi  melengkapkan keluarga kita, Terima kasih Ya Allah...

Kembali pada cerita kek yang gebusss tersangat2 ni. CSJCC ni dah lamaaa femes dan I pun dah beberapa kali buat sebenornye tapi baru perasan tak pernah ada entri pun lagi tentang ciskek ni. Buat sesape yang masih belum mencubanya jomla try buat. Bila dah siap tu, hidangkan pada suami tercinta, tentu semakin sayanggg suami tu nanti bila selalu dapat makan masakan air tangan isterinya. Okay la dah puas membebel kat sini, jom nengok resepinya kat bawah nun....

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

SUMBER : HANAMEMORIES &
                  ALMA

BAHAN A

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 

BAHAN B
  • 40g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Kemudian masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan & dilapik dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek selama sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
  5. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang. Sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Wednesday, October 15, 2014

KEK KEJU MELELEH LA SANGAT


Assalamualaikum...Rindu kemain nak membaking ni. Teringat saat2 mengandungkan Nailah dulu..semua  kerja2 dapur akak tak berkenan. Memasak pun jadi malas semacam je..Berbeza betul waktu mengandungkan kelima2 anak lelaki rasa sangat2 seronok memasak. Balik ofis ada je nak masak itu dan ini..terbalik pulak situasinya.

Anyway, pengalaman mengandung Nailah adalah sesuatu yang sangat berharga, maklumlah di usia 40an diberi kesempatan  dan rezeki oleh Allah mendapat anak yang dinanti2kan iaitu perempuan. Ehh..dah melalut la pulak...

So, finally kek keju ni atau nama omputihnya snow cheesecake berjaya jugak akak siapkan dengan sedikit bantuan dari anak2. Nak sangat makan kek ni kena la bantu mama kan!! Resepi dari Hanamemories menjadi pilihan kerana triple cheesenya tu..Snowcheese cake asalnya kek span pun sedap jugak kan..tapi dah alang2 nak makan cheese tu baik buat je ciskek, lagipun lama dah tak merasa ciskek...on top of that ciskek ni pun jenis ringan2 je..tak rasa muak pun bila memakannya.

Kalau ikut cara anak2 bujang akak (termasuk babahnya), depa akan masukkan slice cake ke dalam microwave buat beberapa saat bior cheese cair then baru dimakan...Memang sangat2 leleh, I tell u..

Ok, resepinya dibawah ni di copy dari HANAMEMORIES (terima kasih ya)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut
Cara-cara

Untuk Kek -
  •  Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan. 
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath.
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti ais kemudian potong dan hidangkan.

                                                        Kan dah kata....meleleh la sangat...

Thursday, August 4, 2011

CHILLED OREO CHEESE CAKE

 
Assalamualaikum...Rasa agak lama juga tak makan cheese cake ni. Ternampak waktu melawat dapur kak Aidah tempohari, terus rasa berkenan nak mencubanya.Akak buat malam semalam, malam ni baru jadi hidangan selepas selesai terawih. Nak makan banyak2 memang tak larat la bab kek cheese2 ni, sepotong kecil dah memadai janji sempurna hajat nak menjamahnya. 

Bagi sesiapa yang dah mencuba pasti tahu kelazatan ciskek ni..Rasa kejunya tersangat2lah mewah.. Nak buat pun senang sebab kek ni tak perlu dibakar, cuma masukkan ke dalam fridge, biar betul2 sejuk at least 4-5 jam sebelum dipotong.

Terima kasih pada kak Aidah kerana berkongsi resepi cheese cake yang sedap ni. Jika ada sesiapa yang teringin boleh la mencuba resepi di bawah ni yea...
 

RESEPI : CHILLED OREO CHEESE CAKE
SUMBER : AIDAHOMEER

Bahan-Bahan

Untuk base :
  • 120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan
  • 70gm unsalted butter - dicairkan

Untuk Filing

  • 250gm (8oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
  • 200gm whipping cream 
  • 70gm gula kastor
  • 1.5 sudukecil esen vanilla dalam bentuk serbuk putih
  • 1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air
  • 40ml jus lemon
  • 5 - 10 keping biskut oreo (tak perlu buang krimnya) dipatah-patahkan

Cara membuatnya

1. Campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan,  gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.

2. Di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.

3. Di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon,  gelatine cair dan vanilla...putar lagi hingga sebati.

4. Campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.

5. Sejukkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.


Saturday, November 27, 2010

MARBLE CHOC CHEESE CREAM

Salam semua! Ishhh3...tadi konon2nye nak buat aktiviti membersihkan kawasan depan rumah, tengok2 anak semua dah leboh pegi ke pasar malam (walaupun hari baru petang...) ikut babah depa....takpe2 baik mama tengok tv, crite pulak ntah apa2, baik layan je kek ni...
Kali ke dua buat sebab 1st time buat waktu raya haji, anak2 tak puas mkn sebab banyak bagi kat sana-sini. So, kali ni makan puas2 ya...
Mula tringin nak buat kek ni lepas tengok Yatie tayang kat SINI Emmmm memang dah sah terpikat & hasilnya memang tersangat lembut, gebu dan sedap......Cuma marble yang akak buat tu tak jadi secantik yang Yatie buat.
Jom kita tengok resepinya...

SUMBER : Yatiememories  thanks
Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  4. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  9. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi

Jemput makan, kek ni masih panas lagi tau... :)

Tuesday, June 22, 2010

STRAWBERRY CHEESE CAKE

Salam buat semua...strawberry cheese cake ni akak buat awal pagi tadi. Mula tu malas nak layan cheese2 ni sebab kononnya akak ni nak kontrol makan sikit. Tapi bila tengokkan buah2 strawberry yang beli kat Cameron Highlands tu macam dah nak lembik je so teringat pulak nak buat kek ni. Kena la tu kan..cheese cake n strawberry..

Start seawal 7 pagi dan siap sejam kemudian. Seronok buat kek ni..dah la mudah caranya, rasanya pun sedap. Tak la terlalu berkeju sangat rasanya. Rasanya lemak2 berkrim gituuu..habis dietku untuk hari ni. Seminggu exercise pun takkan hilang..hehehe...Best lagi tau buat cheese cake sendiri dari beli kat luar. Walau se"gah" mana pun brand cheese cake tu bagi akak kalau nak makan baik buat sendiri. Semestinya halal dan buatan tangan sendiri lebih terjamin kesuciannya..tak gitu ? Resepinya akak ambil dari sini
  Ni style yang akak tiru dari CMG yang femes sesangat tu..Kalau rajin buat la lorekan begini...nampak lebih cantik kek kita tu. Ambil plastik untuk deko kek tu, potong hujungnya sikit je, masukkan strawberry filling dan picitkan atas kek. 

Mula2 buat lingkaran demi lingkaran di sekeliling kek tu dan lorekkan dengan hujung pisau. Selang seli, dari tengah ke tepi, then tepi ke tengah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...