Showing posts with label KATERING. Show all posts
Showing posts with label KATERING. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

MENGGAPAI IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Assalamualaikum buat semua pembaca2 yang sudi hadir disini...mudah2an kehidupan kita sentiasa dilimpahi keberkatan & dipermudahkan Allah swt dalam setiap yang kita lakukan. Lamaaa le pulak bercuti dari berblog ni dan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada ketiadaan entry disini. Tak yah citer la ya.. :))

Pejam celik..pejam celik udah nak menginjak ke penghujung tahun dah nampaknya. Mengimbau semula dari permulaan tahun ni sehingga kini, Alhamdulillah....melangkah biar perlahan supaya tidak tersungkur di pertengahan jalan. Dalam proses menjadikan setiap impian di hati menjadi kenyataan...

Prinsip berniaga, biar keikhlasan bersemi di hati & sanubari.. Jangan bangga & riak bila dipuji..jadikan ia sebagai motivasi diri. Begitu jua, tak mungkin diri rebah bila dianiaya & disakiti, kelak ada yg bersukaria nanti. Biar lambat nampak di mata, kerana bukan kita saja nak berniaga, periuk nasi orang lain harus dijaga, jangan disebabkan kita, bisnes orang rosak binasa.Cara kotor, menindas & mengeji sesama manusia bukan pakaian yg bergelar insan..Biarlah lambat, janji selamat ke destinasi yang ditujui dengan cara yang diredhai..Insya Allah

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi menempah katering & memberi kepercayaan kepada katering yang setahun jagung ini. Terharu sgt rasanya...tapi takde la sampai nak nangis2... ;-) 

Antara pelanggan2 baru & lama (yg sempat dicatit dlm diari)

Surau Dato Kamaruddin - Tapah Road (4x)
En Basar - Taman Bunga Raya
TH Firdaus - Tapah
TH Hassan - Tapah Road
 Sufis Campsite - Jln Pahang
Mak Ngah Toyah - Kg Seri Azam (3x tempahan)
Makcik Midah - Darul Aitam
TH Ismail (3x)
Dato Azian
 Cikgu Thani
Encik Ishak 
Kilang J K Tapah Road (2x)

JKR Tapah
TH Alias
TH Badaruddin (My FIL) - Kg Batu 3
SMK Hamid Khan Tapah
SMK Chenderiang
TH Suhaimi - Batu 3

Ustaz Salehuddin (My BIL) - SMKA Bidor 
Encik Abdul Samad - Bt 6
Encik Yusaini - Tmn Seri Damai
TH Abd Wahab (3x)
Staf Pej Pendaftaran Tapah
En Asmadi

 TH Bakri (2x)
Masjid Jamek Tapah (5x)
SMK Buyong Adil Tapah
Surau Jalan Damai (4x)
TH Yusuf - Tapah Road (3x)


SAR Tapah / Ustazah Nor Fadila (My SIL)
TH Ibrahim
                                                                    SK Kg Poh Bidor(2x)
Akademi Islam Ipoh / Ustazah Nur Afifah (My SIL)
Student UITM Shah Alam 
                                                         Cikgu Johari - GB SK Kg Poh Bidor


Sepanjang terbabit dalam kehidupan berniaga ini (iaitu setelah berhenti kerja dari makan gaji) I sangat2 memahami erti hati budi. Ada yang ditelan menjadi hempedu, ada juga ditelan menjadi madu. 

Amenda la yg I merepek ni...gara2 lately selalu sangat baca novel..ayat2 pun jadi berbunga2 la konon2nya...Ok la, dah lewat ni...tidur dulu..Nite2...sleep tight ya... :))

Sunday, September 16, 2012

GIGIH MEMASAK SAMPAI TAK TIDUR


 Assalamualaikum...Salah satu cabaran memasak untuk tempahan katering esp dlm kuantiti yang besar adalah untuk menyiapkan semua juadah on time & memastikan semuanya menyelerakan. Bagi akak adalah perkara biasa jika tak tidur semalaman apabila dapat tempahan sebegini. Bila diceritakan pada orang (yg bertanya), rata2 semua berkata yang depa takkan sanggup jika bekerja sampai tak dapat tidur. Tapi bila bercerita dengan orang yang biasa buat bisnes makanan, samada katering, tempahan kek & yg seumpamanya, bagi mereka itu perkara biasa & sememangnya begitulah yang sepatutnya. So bagi akak tak tidur bila memasak ni small matter jer...So bagi sesape yang rasa terfikir alahai kesiannya dia, teruknya dia kerja, penatnya dia kerja, lupakanlah ya...

Semalam memasak sakan untuk open house di Petronas Kampar. Kali ni ada photographer so adalah gambar2nya untuk dijadikan kenangan manis dikemudian hari..

Sejak pagi2 lagi ada pelbagai acara untuk para jemputan. Antaranya pertandingan mewarna untuk kanak2, cabutan bertuah, persembahan tarian (ala gangnam style..huhu..), tu yang kat atas persembahan seni silat. & macam2 lagi la acaranya...
 
 Selesai saja kesemua acara, barulah semua tetamu dijemput makan. Disebabkan dah terlalu lama sangat menunggu semua tetamu terus menyerbu ke tempat buffet, sesetengah makanan clear dalam masa tak sampai sejam. Menunya : lemang, nasi impit, rendang ayam, rendang daging, laksa, mee goreng & bubur pulut hitam.

Bagi tetamu VIP pula selain dari menu diatas, disediakan juga nasi minyak, ayam gareng berempah, daging masak hitam, dalca ayam & jelatah. Penat hilang bila tetamu berpuashati. Segala pujian yg diterima menjadi pemangkin semangat dimasa hadapan, Insya Allah..


Comel & ayu....My SIL Nor Fadila & anak sedara Anis...cayanggg dia...Terima kasih Kak Yang ucapkan kerana sentiasa ada disisi diwaktu susah & senang. Kak Yang sangat2 hargai & hanya Allah yg dapat membalasnya.

Thursday, July 5, 2012

HARI2 KATERING...KEEP IT UP ANGAH :))


Assalamualaikum buat semua & semoga hari2 yang anda lalui penuh dengan keceriaan & kebahagiaan hidup disamping keluarga tersayang. Bahagianya hidup seseorang bukannya terletak pada harta setinggi gunung, betul tak? Bagi akak, anak2 yang didepan mata tu merupakan aset yang tak ternilai harganya. Memang tak boleh dinilai dengan emas atau berlian...(bersyukur sangat2 dengan kurniaan Allah)

Alhamdulillah, banyak juga tempahan yang telah akak terima & ada juga yang dah booking untuk Ramadhan nanti. Alhamdulillah, rezeki untuk anak2 sentiasa ada. Ntah camne kali ni sempat pulak akak ambil beberapa keping gambar. Biasanya jangan haraplah...So udah ada gambo tu akak masukkan je lah sebahagian dari menu2 yang akak masak. Boleh jugak tengok2 balik bila dah pencen nanti..kih3 

Ramai orang suka makan nasi ayam termasuklah anak2 akak, hari2 pun ok jer....


Ayam masak merah tomato....Muzany tak reti jemu kalau nampak lauk ni!!


Daging masak hitam...hitamnya mak ngahhh. actually takde lah hitam sgt pun



Dalca Maghribi disukai ramai...


 

Untuk Angah, sorry sebab mama tak dapat hadir ke majlis anugerah petang tadi. Cukuplah babah sorang yang hadir tahun ni ya..fahamilah kesibukan mama yang tiada noktahnya ni..Apa2 pun, congrats & keep it up ya :))

                                          Nak tahu apa hadiahnya kenalah tanya Ceny..... :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...