Thursday, March 12, 2015

KEK CHOCOLATE INDULGENCE..SEDAP TAK TERKIRA


Assalamualaikum...Kek chocolate indulgence ni dibuat untuk birthday anak perempuan akak pada 14 Februari yang lalu. Actually akak memang dah lamaaa tau teringin nak buat kek yang disebut2 sangat sedap nih, Tak dinafikan memang teragak2 jugak nak buat pada mulanya, especially bila memikirkan kek sebegini bukannya mudah pembuatannya, kena betul2 teliti dan fokus. Memikirkan sikecil yang seminit pun tak reti duduk diam tu lagi...alaa caayang baby mama tuuu...

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas 3 hari 2 malam finally berjaya jugak I siapkan kek ni without neglecting my daughter. Cuma I tak puashati dengan deko nya tu, sepatutnya boleh dicantikkan lagi cuma dah tak sempat coz tetamu dah sampai depan rumah..;) Anyway, akak puashati sangat2 dengan rasanya yang extremely delicious.

 I ada le anto gambar kek ni through WA to a friend and according to her dah sebijik macam kek Secret Recipe (konon2nye lah..saja ayat nak ambil hati I je tu..) ...actually akak ni tak pernah masuk pun mana2 kedai Secret Recipes ni apatah lagi membeli kek disitu. 

 Resepinya akak dapat dari blog Puteri Manja. Thanks ya & izinkan akak share resepinya disini, for my future reference jugak nih.Kalau nak lebih detail, boleh tengok step by step diblognya. Akak memang suka style resepinya yang ringkas dan mudah difahami. 


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

SUMBER : PUTERI MANJA

Chocolate Chiffon

Bahan A

  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila
Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60gm gula kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
  1.  Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  2.  Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  3.  Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

 Mousse Coklat Hitam 
  • 200gm chocolate masakan hitam
  • 2 kuning telur (di pukul dahulu)
  • 2 putih telur (di putar hingga kembang)
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 tbsp mentega
  • 250ml whipping cream (non-diary) dipukul hingga pekat
  • 1 1/2 tbsp gelatin
  • 50ml air
(simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara cara
  1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih 
  • 200gm coklat masakan putih
  • 100ml susu segar UHT
  • 2 kuning telur (di pukul dahulu)
  • 2 putih telur (di putar hingga kembang)
  • 60gm gula kastor
  • 250m whipping cream (non-diary) - di pukul hingga pekat
  • 2 tbsp gelatin
  • 50ml air
Cara cara
  • Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  • Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  • Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
  • Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal  dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Topping Coklat Ganache
  • 150ml whipping cream (non-diary)
  • 350gm coklat masakan hitam
  • 1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Hiasan : 
  • Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. 
  • Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. 
  • Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
(Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border)



Cara-cara penyediaan kek :
  1. Potong kek kepada 4 lapisan. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  2. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  3. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  4.  Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
  5. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.


Sunday, March 8, 2015

KEK MINYAK OREN PANDAN TERLAJAK GEBUSS..

.

Assalamualaikum....Orang lain dah lama meletop letop dengan kek minyak tapi saya jugak lah yang ketinggalan keretapi...Waktu nengok resepinya tertanya2 lah jugak sedap ke kek ni..guna minyak masak biasa je pun..kek coklat biasa la guna minyak kann..and setiap kali kek ni terkeluar di my bloglist asyik tertanya2 sedap ke kek ni?? 
Tu yang langsung tak terbuat2 sudahnya..dok asyik tertanya2 je kejenye..hehe

So bila dah merasa hasil kejadiannya baru le rasa nyesal nape la dari dulu I tak cuba. Start baking lepas Asar dan lepas Isyak kami pun makan beramai2...yeayy...anak2 semua suka, hubby pun makan berpotong2 nampaknya..siap tapaw bawak ke SMATT the next morningnya tu...

Kek ni kegebuannya melampaui batas gitu..Cer try cucuk kek ni dengan jari, sure kek ni kembali ke asalnya macam span! Tahan lasak kemain kek nih. Yang I buat ni berperisa pandan dan oren. So apalagi kawan2 yang belum mencuba..meh le kita membaking kek minyak ni untuk dihidangkan buat keluarga tercinta. Resepinya boleh la tengok kat bawah ni...macam biasa la ya...

KEK MINYAK

SUMBER : KEMMA81
                    LINAPG - TERATAK MUTIARA KASIH

Bahan-bahan ( saiz loyang 8 x 8 x 2 inci )

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
  • 1 cawan susu pekat  
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka (saya guna perisa oren, pewarna oren &
  •  perisa pandan, pewarna hijau)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 warna.
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.

Saturday, March 7, 2015

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE...MAKAN TAK JEMU2


Assalamualaikum...Akhirnya tercapai jugak nak mengupdate setelah berbulan2 tidak berkesempatan. Masa pulak tu bergerak kemain pantas zaman ni...kejap aje dah masuk ke bulan Mac 2015. Semoga tahun ini bersinar dan membahagiakan buat kita semua ya..

Kek ni dibuat untuk birthday suami pada 1 Januari yang lalu tapi akak buat lambat seminggu sebab keadaan yang agak sibuk pada masa tu. Emmm, suami memang suka kek2 sebegini, jika yang beraising dan bercoklat2 tu memang tak berkenan la ditekaknya tu. Tahun ni dah 44 tahun usia suamiku ini (begitu juga dengan diriku..hehe..) Semoga terus tabah dan berjaya dalam apa yang diusahakan ye Yang...Semoga menjadi anak yang sedia berbakti pada ibubapa dan keluarga. Paling penting menjaga hati emak kerana syurga bagi seorang anak lelaki terletak dibawah keredhaan emaknya bukan isterinya..

Bersyukurlah kita diatas segala perubahan positif yang kita lakukan pada diri kita berdua. Ternyata dengan sedikit perubahan pun telah memberikan kebahagiaan yang besar buat kita. Terasa sungguh kasih sayang Allah, tak disangka2 kita dihadiahkan pula olehNya seorang puteri bagi  melengkapkan keluarga kita, Terima kasih Ya Allah...

Kembali pada cerita kek yang gebusss tersangat2 ni. CSJCC ni dah lamaaa femes dan I pun dah beberapa kali buat sebenornye tapi baru perasan tak pernah ada entri pun lagi tentang ciskek ni. Buat sesape yang masih belum mencubanya jomla try buat. Bila dah siap tu, hidangkan pada suami tercinta, tentu semakin sayanggg suami tu nanti bila selalu dapat makan masakan air tangan isterinya. Okay la dah puas membebel kat sini, jom nengok resepinya kat bawah nun....

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

SUMBER : HANAMEMORIES &
                  ALMA

BAHAN A

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 

BAHAN B
  • 40g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Kemudian masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan & dilapik dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek selama sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
  5. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang. Sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...