Showing posts with label LALA. Show all posts
Showing posts with label LALA. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

LALA TUMIS BAYAM


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua yang hadir disini. Semenjak pagi sampai tengahari hujan tak berhenti, nyaman betul la suasana. Rasa macam nak lepak2 je, malas nak masuk dapur, tapi bila memikirkan hero2 yang bakal balik dari sekolah, emmmm tak jadi malas...

So, inilah lala tumis bayam yang menjadi menu pilihan tengahari ini. Selain itu akak juga masak kari ikan & ayam goreng berjintan. Dalam dah cemuih masak ayam terpaksa masak juga untuk anak2. Lala ni favourite anak2, kalau dah tak tahu masak apa, lala selalu jadi pilihan. Semenjak 2 menjak ni dah macam no idea nak masak apa. Hubby pulak setiap hari sebelum ke pasar dia akan tanya nak beli lauk apa untuk famili. Fenin la kepala nak jawap kalau hari2 kena tanya soalan yg sama kan..so hari ni akak suruh dia beli yang pelik2. Tapi bila tengok takde pun yang pelik2 dibawak baliknya....rasanyakan hubby pun dah naik bosan kerja gi pasar. Mungkin kerja tu kena serah kat aii kot? :(

Oklah, resepi yang amat simple, main campak2 je segalanya. Selamat makan tengahari :) :)

BAHAN BAHAN
  • 1 kg sipu lala (direndam sebentar utk membuang kotoran & basuh berkali2 biar betul2 bersih & toskan)
  • RM 2.00 sayur bayam (agak banyak juga sebab anak2 suka, nak jadi kuat macam popeye kot..ngeh3)
  • 2 ulas bawang besar dimayang nipis2
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga agak layu, masukkan sos tiram, serbuk lada putih & kiub ikan bilis, kacau2kan 
  2. Kemudian masukkan siput lala dan kacau2 kan selalu sehingga masak. Apabila semua siput sudah terbuka menandakan ia sudah masak
  3. Diikuti pula dengan sayur bayam, kali ini kuatkan api dan kacau2kan beberapa kali biar sebati dengan lala, jangan masak terlalu lama sayur ni, nanti lembik pula dah tak sedap kan!
  4. Tutup api, angkat & sedia dihidangkan.


Friday, November 26, 2010

LALA BERSOS TIRAM & DAUN BAWANG

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua. Ni akak sempat jugak update n3 sambil tunggu ayam panggang dalam oven tu. Senang buat ayam panggang ni, tak payah makan nasi dah. Ok, kat gambo tu siput lala yang akak masak tengahari tadi. Sedapnya lala ni tak terkira tau..isinya pulak beso2 gitu, rasa isinya pulak teramat la manis. Memang berbaloi membelinya. Cara memasaknya pun simple je tapi walaupun nampak simple rasanya sedap...yang penting lala tu mesti la fresh. So bagi sape yang suka makan lala boleh la cuba memasaknya begini, ok!! BAHAN-BAHANNYA
  • 1 kg siput lala
  • 6 biji bawang putih dicincang2 halus
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 pokok daun bawang dipotong2
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar untuk menumis
CARA MEMASAKNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti kiub pati ayam dan tambah sedikit je air supaya tak terlalu kering dan kacau2kan
  3. Masukkan siput lala dan kacau2kan sehingga semua kulit terbuka sehingga nampak isinya
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya, kacau hingga rata dan boleh la ditutup apinya.

Tuesday, July 27, 2010

LALA TUMIS TOMYAM

Assalamualaikum buat semua...malam ni free sikit dari semalam. Ada la can nak update blog ni... Kesibukan semalam memang teramat2 la sangat, tambah pulak dengan projek baking yang tak menjadi. Huishhh memang betul2 geram rasanya. Udah la masa yang habis untuk projek tu lebih dari 3 jam, tengok2 hasilnya tak menggembirakan...huhu..sedih3...Rasa2nya akak akan stop dulu dengan projek baking membaking ni sampai hati dah betul2 cool...Ni ha, lala yang akak masak tengahari tadi. Manis rasa lala tu bercampur masam dan pedas memang sesuai sangat. Akak memang suka makan masakan yang simple begini, tambah2 seafood..memang best ! 2 kg lala 1 bawang besar dihiris nipis 2 biji bawang putih dihiris 15 biji cili padi dipotong serong 3 batang serai dipotong serong 2 biji tomato dibelah2 1 kiub perencah tomyam 1 sudu makan cili kisar 1 sudu makan sos tiram Sedikit garam dan gula 3 helai daun limau purut Mula2 panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi,serai dan cili kisar. Masukkan sedikit air, diikuti perencah tomyam, sos tiram dan tomato. Masukkan lala dan gorengkan hingga sebati dengan sos tadi. Sesuaikan dengan rasa garam dan gulanya. Masukkan daun limau purut yang dicarik2. Apabila semua lala dah terbuka tandanya dah masak dan sedia untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...