Showing posts with label PASTRY. Show all posts
Showing posts with label PASTRY. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

QUICHE AYAM BERKEJU


Assalamualaikum....Kembali semula setelah beberapa hari menghilang. Selsema, sakit tekak & demam yang bersilih ganti, buatkan akak lebih rela menghabiskan masa diatas katil je. Alhamdulillah, petang ni dah macam biasa dan dapatlah akak sambung semula kerja2 yang terbengkalai selama ini.

Hidangan kali ini adalah quiche ayam yang dibuat beberapa hari yang lalu. Mula timbul keinginan buat quiche ni bila tengok Chef Jo menghidangkan sajian quiche belut panggangnya dalam Masterchef tak berapa lama dulu. Resepinya akak ambil dari buku masakan Chef Wan tapi akak telah diubahsuaikan sedikit. Apa kata kita tengok je bahan2nya yang simple & senang pulak membuatnya.


SUMBER : BUKU MASAKAN SEDAPNYAAA : CHEF WAN

BAHAN BAHAN

  • 125 g mentega sejuk, dipotong dadu
  • 250 g tepung gandum
  • 1 sudu teh air lemon
  • Air secukupnya
Intinya: 
  • 1 ketul isi ayam bahagian dada dicincang
  • 1 bawang besar dipotong dadu kecil2
  • 1 sudu besar rempah pes tom yam
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 2 kepingan keju cheddar yang dipotong kecil2

KASTARD
  • 3 biji telur 
  • 1 cawan susu
  • 1/2 cawan krim putar
  • Sedikit garam

BAHAN TABUR
  • 1 biji tomato dihiris bulat2
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Gaul dan ramas mentega dengan tepung dan air lemon sehingga menyerupai serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam
  2. Canai doh dan masukkan menutupi dasar loyang 8". Tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya. Tujuan  buat begini supaya doh cantik dan sekata.
  3. Bakar kosong didalam yang telah dipanaskan pada 180C. Setelah 20 minit angkat kertas timah dan kekacang tadi & ketepikan
  4. Untuk intinya : Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  5. Masukkan rempah tomyam dan isi ayam dan kacau2kan selama 2 minit. Sejukkan
  6. Untuk kastardnya : Pukul telur sehingga ringan. Masukkan susu, krim putar dan garam, pukul sehingga gebu & tapiskan
  7. Letakkan inti ayam ke dalam kulit pastri, taburkan keju dan tuangkan kastard sehingga penuh
  8. Susunkan hirisan tomato dibahagian atasnya, diikuti dengan hirisan daun ketumbar. Bakar selama 180C selama 25 minit atau sehingga nampak garing.



Thursday, May 5, 2011

CREAM PUFF

Assalamualaikum...Kembali di sini dengan cream puff yang comel & sangat sedap rasanya. Terima kasih pada Antan @ Yusaniza kerana mencetuskan keinginan di hati ini untuk membuatnya secepat mungkin. Memang ni lah first time akak buat cream puff, selama ini bila tengok rupanya asyik tertanya2 camne la rasanya. Puas hati bila dah buat & ternyata hasilnya memang memuaskan.
Resepinya akak salin dari dapur Antan kat SINI. Diintai dari dapur CMG kat SINI . Baru teringat dulu akak pun pernah mengendap dapur CMG & memang terliur tengok cream puff yang dibuatnya. Izinkan akak siarkan resepinya di sini untuk dikongsikan dengan yang lain & sebagai future reference. Thanks to both of you yea !!!
BAHAN CREAM PUFF
  • 50 gram mentega
  • 125 ml air
  • 1/3 camca teh garam
  • 75 gram tepung gandum, diayak
  • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
  • 1/2 camca teh esen vanilla
BAHAN CUSTARD CREAM
  • 1 kuning telur
  • 150 ml whipping cream
  • 1 1/4 camca besar tepung custard
  • 25 gram gula halus
  • 1 camca besar parutan keju cheddar
  • 1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA 

UNTUK CUSTARD CREAM :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati.
  2. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
UNTUK CREAM PUFF :-
  1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
  2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.
  3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
  4. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
  5. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing.
  7. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri... 

Wednesday, January 12, 2011

PUFF PASTRY SOSEJ

Assalamualaikum & salam petang.....Petang tadi waktu susun barang2 dlm freezer terjumpa pulak kulit puff pastri yang dah berbulan2 akak beli. Lambat lagi expire tapi buat je la sebab senang punya kerja. Budak tahun 1 pun boleh buat rasanya kalau diajar, betul tak? Anak2 memang suka makan puff sebegini. Yang ni akak letak sosej ayam kat dalamnya. Lagi setengah jam dah nak masuk waktu Maghrib, so permisi dulu ya.... 

BAHAN BAHANNYA
  • Beberapa kepingan puff pastry
  • Sosej ayam secukupnya
  • Sedikit Mayonis
  • Kuning telur
CARA MEMBUATNYA
  1. Ambil sekeping puff pastry dan sapukan sedikit mayonis di atasnya
  2. Letakkan sosej di atasnya dan cantumkan pastri itu dengan menggulungkannya dengan kemas
  3. Kelar2kan sedikit di atas puff tu dengan pisau
  4. Sapukan kuning telur diatasnya
  5. Masukkan ke dalam oven 180C selama 20 minit
  6. Tunggu sejuk sebentar dan boleh la diangkat untuk dinikmati.

Monday, November 15, 2010

PAI AYAM & CENDAWAN

Assalamualaikum...malam2 gini makan pai ayam yang tersangat la yummy...dah abis dah ni, jadi tak boleh nak mintak2 ya! Jangan marah...Buat pai ni waktu perut anak beranak dah kelaparan tambahan hari hujan pulak tu, tgh sejuk2 ni rasa macam kat Cameron Highlands pulak..dapat pulak makan pai ayam ni tengah panas2, cuba bayangkan! Takpe3, sape teringin nak makan boleh la cuba buat sendiri ya. Bukannya susah pun. Intinya tu kalau taknak letak ayam boleh tukar kepada tuna, udang atau daging... 

BAHAN-BAHANNYA
PASTRI PAI
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan shortening
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan air ais
INTI PAI
  • 2 ketul isi ayam bahagian dada di potong kecil2
  • 1 tin sup ayam cendawan
  • 10 biji cendawan butang dalam tin dihiris nipis2
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis2
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar susu segar (takde pun tak pe ok)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar mentega
  • 3 keping keju dipotong kecil2
CARA MEMBUATNYA
  • Ayakkan tepung gandum dan garam bersama2 sebanyak 2 kali
  • Masukkan shortening dan mentega ke dalam tepung tadi dan gaul secara perlahan sehingga jadi berderai seperti serbuk roti
  • Masukkan air ais sedikit demi sedikit, uli tepung secara perlahan2 dan tak perlu diuli lama2, asalkan dah jadi doh cukup la
  • Bungkuskan dalam plastik dan masukkan dalam fridge selama 20 minit
  • Untuk intinya: panaskan mentega dan tumis bawang besar dan isi ayam sehingga kekuningan
  • Masukkan cendawan butang, lada hitam dan susu segar diikuti sup ayam cendawan dan kacau2kan hingga sebati
  • Bila inti dah pekat, masukkan gula dan sedikit garam ikut citarasa masing2 dan boleh la ditutup apinya
  • Keluarkan pastri dari fridge dan bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian ukurannya besar sedikit dari bekas pie dish & 1 lagi bahagian cukup untuk menutup bahagian atas pai nanti, canaikan pastri dengan ketebalan sederhana
  • Masukkan bahagian yang lebih besar ke dalam bekas dan tekan2 sedikit di sekeliling bahagian tepi
  • Tuangkan kesemua inti pai ke dalam pastri tadi, taburkan potongan keju di bahagian atas inti
  • Tutupkan permukaannya dengan sekeping lagi pastri dan kelimkan bahagian tepi supaya melekat kuat
  • Cucuk2 dengan hujung garfu supaya pai tak mengembung semasa dibakar nanti
  • Panaskan oven 200C dan masukkan pai dan dibakar selama 1 jam atau sehingga nampak garing permukaannya
  • Bila dah diangkat biarkan dulu selama 20 minit baru la boleh dipotong dan dihidangkan.
Rangup, lemak & berkrim.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...