Friday, November 30, 2012

LAICI KANG YANG BEST SANGAT...


Assalamualaikum....Lately kat Tapah ni cuaca panas tak menentu. Kejap2 panas terik & tetiba mendung mcm nak hujan tapi tak hujan2 pun. I buat laici kang ni sebagai penyejuk tekak. Tekak dah mula meragam..mana taknya, asyik dengan durian, manggis & rambutan...non stop. 

Stok buah2an ni memang sentiasa ada di rumah. Dah rasa macam ada dusun kat belakang rumah je. Belum lagi jemputan makan durian di kebun kawan2 disana sini. Kalau tak dihalang mahu hubby akak bawak balik berguni2 durian lagi.

Memang best dapat minum laici kang ni, terasa nyaman je tekak yang perit. Boleh la minum berulang kali sampai ke besok. Anak2 pun suka....Actually ikut citarasa masing2 untuk menentukan bahan2 yang disukai dalam laici kang tu. Banyak mana nak guna bahan2 tu pun ikut suka jugak ya. So, jom berkenalan dengan bahan2nya...

Kalau dah nama laici kang, of course kena ada buah laici. Ni buah laici dalam tin, kalau ada yang fresh lagi best

Yang ni pulak namanya buah kembang semangkuk. Ambil beberapa biji, basuh dulu dan letakkan dalam mangkuk,rendamkan dengan air panas. Kejap je buah ni mengembang. Buang bahagian kulit & bijinya.

Yang ni gula batu. Rendam dengan air mendidih dan biarkan larut kesemuanya sehingga jadi air gula


Ni biji selasih. Basuh & toskan dulu. Kemudian direndam dengan air panas sebentar. Biji selasih akan mengembang & toskan.

Ni pulak namanya getah anggur atau nama lainnya kathirah. Sama jugak caranya, basuh dan rendamkan dengan air panas sehingga mengembang


Yang ni biji barli. Basuh biji2 barli & buang airnya. Tambah dengan air semula & masak sehingga biji barli mengembang dan airnya menjadi pekat.


Dan yang terakhir sekali adalah jeli. Cara memasaknya boleh refer pada plastik pembungkusnya. Ikut sukatan yang betul tau...Boleh tuang dalam loyang atau acuan kecil2 mcm akak tu. Potong kecil2 sewaktu dihidangkan



CARA PENYEDIAANNYA :
  1. Ambil sedikit dari kesemua bahan2 yang diatas dan masukkan ke dalam gelas
  2. Kacau2kan & rasa kemanisannya ikut selera masing2. Jika tak cukup manis, tambah air gula batu
  3. Sesuai diminum panas atau jika nak minum sejuk tambahkan ketulan ais ke dalamnya

8 comments:

  1. Syoknya lama tak makan laici kang.
    Ingat keluar dinner malam ni orang ajak nak order nilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...hopefully dah dpt la order laici kang tadi ya. kalau dkt boleh jugak I hulur segelas besarrr punya :))

      Delete
  2. Diana..jgn tak order ..baru lepas bersalin minum yg suam je..

    Azlina..salam.. ada juga org letak buah kembang semangkuk .. untuk sejukkan badan jga.. special ni..ada jeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau lepas bersalin x elok minum yg berais2 ni. sy main hentam letak je apa2 yg ada dlm stok & yg senang dpt di kedai. ada jugak yg letak telur puyuh kan! tp I tak suka la pulak..hehe :))

      Delete
  3. Air kesukaan akk ni tp susah nk jumpa yg sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak zana..bila buat sendiri boleh letak laici banyak2 kan baru puas hati. penjual sekarang berniaga semua nak untung banyak..:))

      Delete
  4. biaser la org berniaga... mesti nk untung...xder org berniaga nak rugi... tapi apa2 pown laici kang Akak ni memang power. baru tgk gambar, blom rasa lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu...kalau berniaga mesti nak untung xde yg nak rugi.sy pun xde mention tentang rugi pun, betul tak? tapi untung biar le berpada2, jgn cekik darah org pula..FYI sy pun org berniaga juga :))

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...