Assalamualaikum buat semua dan semoga anda semua berbahagia selalu disamping keluarga tercinta. Selesai je solat Isyak terus online sebab ada resepi yang dihajatkan. Sementara tu dapat jugak mengupdate n3 disini. Grilled chicken chop ni dibuat sempena birthday hubby pada 01-01-2012 yang lalu. Takde birthday cake nampaknya sebab sepanjang December dah jenuh makan macam2 kek. Selalunya kalau kek2 birthday yang manis2 ni pun hubby tak berapa nak layan, begitu juga dgn akak.
Resepi ni akak dapat dari dapur Wana @ Potret Kasih. Waktu ternampak resepinya tu memang dah terasa2 kesedapan chicken chop ni, apalagi bila digrillkan sehingga garing, memang happening la sangat! Anak2 makan pun tak cukup satu, dan sememangnya akak dah buat extra untuk depa semua. Untungkan bila buat sendiri ni boleh makan sampai puas, dari segi rasa pun dah tentu sedap apalagi air tangan emak yang memasaknya...ceewahhh (puji lebih2 pulak, jgn marahhhh..)
Okay lah, buat peminat2 chicken chop macam akak sekeluarga boleh la mencuba resepi di bawah ni yang akak copy dari dapur Wana. Thank you so much to Wana for sharing this recipe. Selamat mencuba :))
SUMBER : WANA YUSUF @ POTRET KASIH
- 1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan jus limau
- 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
- 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
- Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
- Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
- 1 labu bawang besar ( potong dadu)
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
- 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
- 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
- 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
- Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum
dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya
lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
salam k.ina.selamat tahun baru 2012!.Trgodanya tgk grilled chicken chop ni,atie minta izin copy rezepi yer...
ReplyDeleteterima kasih..
salam kak ina..
ReplyDeleteuntungnya kalo dpt mkn ciken cop akak ni..sekor belah 4..kenyang 2 hr..hehehe
Thanks Azlina sudi cuba resepi ni...Semua famili suka ye... Alhamdulillah... Anak2 akak pun kalau makan tak cukup satu... bila masak sendiri boleh masak sampai puas..
ReplyDeleteAzlina,
ReplyDeletesedap2 menu 2 3 hari nie..datang sebab suka ngan chicken chop tu..nak tanya skit leh..steam buttercream tu nak buat camner yea..suka tengok deko kek kat bawah tu..yelah selalu buat bc tu biasa ajer..tak pernah belajar buat yang steam...hehehe
Assalam kak azlina..
ReplyDeletekite satu family mmg suke mkn menu ni..
cumanya tak smpai seru lagi nk try buat sndiri..dah ada resepi ni, ok jugak kan..lagi puas mkn bile buat sndiri..
Assalam kak, sedap tgk chicken chop ni.lama dah tak mkn ni terliur la pula.
ReplyDeletereply: lum tau lagi bila nk blk Msia kak tapi dok berangan nk blk cepatla:)
AzatieSayang..Haaa kan dh tergoda, mmg sedap chicken chop ni, nanti bila anak2 balik cuti baik buat cepat2..mesti depa suka. resepi mmg utk kita share & credit to wana@potret kasih.. :))
ReplyDeleteUmieaisyah..Seekor mmg x cukup bila buat chicken chop ni, 2 ekor baru cukup bab meratah2 ni kami mmg champion..ekeke.. :))
Wana Yusuf..Next time nak buat lamb pulak laa, mmg berbaloi2 buat sendiri boleh mkn banyak2 hehehe..thanks yea wana :))
Kak Asma..Steam bc tu adalah bc yg biasa kita buat tu tp kita stimkan sebentar saja atas api & bila dh cair terus dituang atas kek..senang method ni sbb dh tak perlu nak licin2kan bc atas kek. next time kalau sy ada buat lg steam bc sy akan tunjukkan cara2nya tp sy bukannya pandai tau cuma nk berkongsi idea je.. :))
MummySeri..Waalaikumussalam, kalau dah 1 famili suka baik buat sendiri, lebih jimat & yg paling penting sgt sedap. nanti bila2 free boleh la cuba ehhhh, anak2 mesti suka! maceh yea dtg sini... :)
ReplyDeleteNieza...Waalaikumussalam, tunggu apa lagi tu, cepat2 buat chicken chop ni kalau dh terliur, jgn tunggu lama2..rugi tak dpt rasa tau! hehe...
owhhh, baru berangan2 nak balik ke!! xpe lah, ada lah masa lagi nak berjalan2 tengok negara org puas2, bukan semua org dpt peluang mcm nieza..malaysia tetap di hati kan.. :))
k.ina..suri buat chiken cop malam ni..amik resipi ni tq
ReplyDeleteThis sounds good
ReplyDeleteThank you for the recipe :)