Assalamualaikum...Ni lah biskut suji Brunei yang akak buat semalam. Rugi tak buat dari dulu sebab biskut ni sangat2 la sedapnya. Rangup, gebu & cair di mulut. Akak dah lama intai resepi ni di blog Cik Mat Gebu. Tengok ada juga resepinya dalam majalah. Tapi bila buat perbandingan rasanya yang Cik Mat punya resepi lebih mantap dari segi bahan2nya.
Lepas salin resepinya terus pergi beli bahan2 yang diperlukan. Senang buat biskut ni main gentel2 & salut2 aje. Satu bancuhan ni dapat 126 biji. Rasanya 16 biji dah masuk peyut masing2 semalam. Nampaknya balang biskut raya ni perlu disorok untuk elakkan dari habis sebelum raya..Mana nak sorok ehh??
Bagi sesiapa yang teringin nak rasa keenakan biskut suji ni bolehlah mencubanya. Resepinya akak letakkan di bawah ni. Akak copy dari Cik Mat Gebu. Boleh jugak tengok di SINI << Terima kasih kerana sudi berkongsi resepinya :)
RESEPI ASAL : HARLINA MAHDAR RN
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN CIK MAT GEBU
BAHAN-BAHANNYA
- 200 gram minyak sapi
- 100 gram lemak sayur @ shortening
- 180 gram gula halus @ kastor
- 100 gram cornflakes, kisar halus
- 1 kuning telur
- 80 gram suji (semolina)
- 80 gram tepung jagung
- Tepung gandum secukupnya @ 370 g
BAHAN SALUT
- Nestum yang dikisar halus secukupnya
- Susu tepung secukupnya
- Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)
CARA MEMBUATNYA
- Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
- Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram).
- Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Akak timbang 8 g setiap satu biskut untuk dapatkan bentuk yang sama besar & kemudian dibulat2kan. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
- Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan.
Nampak k tersangat sedap biskut suji brunai ni...umah akk pun nak kena sorok hgak ni, kalo tak licin heheh
ReplyDeleteassalam kak ina, jauh mai biskut suji ni..Brunei mari ni hehehe..rajin ngukis..kite baru satu jenis tu je la..asyik bz jer ni adoyai..
ReplyDelete